Sotong Katak

(Dilencongkan daripada Sotong katak)

Sotong Katak (bahasa Inggeris:Cuttlefish) ialah haiwan laut dalam dari Sepiida. Sotong katak tergolong dalam kelas Cephalopoda (yang juga termasuk sotong, kurita, dan nautilus). Kajian terkini menunjukkan sotong katak merupakan antara invertebrata yang paling bijak.[1] Sotong katak juga mempunyai salah satu daripada kadar otak terbesar dalam semua invertebrata berbanding saiz badannya.[1]

Sotong Katak
Sepia latimanus, East Timor
Pengelasan saintifik
Suborder dan Famili
Sotong Katak Broadclub (Sepia latimanus) ini dapat bertukar warna daripada warna sawo matang dan perang (atas) ke kuning dengan gelap (bawah) dalam kurang daripada satu saat.

Sotong katak mempunyai cangkerang dalaman (tulangnya), pupil berbentuk W yang besar, dan lapan lengan dan dua tentakel dengan penghisap bergigi kecil, digunakan untuk menangkap mangsanya. Sotong katak biasanya ada pelbagai saiz daripada 15 cm (5.9 in) hingga 25 cm (9.8 in), dengan spesies terbesar, Sepia apama, mencapai 50 cm (20 in) dalam panjang mantel dan beratnya melebihi 10.5 kg (23 lb).[2]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b NOVA, 2007. Cuttlefish: Kings of Camouflage. (television program) NOVA, PBS, April 3, 2007.
  2. ^ Reid, A., P. Jereb, & C.F.E. Roper 2005. Family Sepiidae. In: P. Jereb & C.F.E. Roper, eds. Cephalopods of the world. An annotated and illustrated catalogue of species known to date. Volume 1. Chambered nautiluses and sepioids (Nautilidae, Sepiidae, Sepiolidae, Sepiadariidae, Idiosepiidae and Spirulidae). FAO Species Catalogue for Fishery Purposes. No. 4, Vol. 1. Rome, FAO. pp. 57–152.

Pautan luar

sunting

Templat:Edible molluscs

  NODES
COMMUNITY 1