Sukan Asia Tenggara
Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA, boleh juga di panggil SEA Games (Southeast Asian Games)), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini diasaskan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.
Singkatan | SEAG |
---|---|
Edisi pertama | Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1959 di Bangkok, Thailand |
Diadakan pada setiap | 2 tahun (setiap tahun ganjil) |
Edisi seterusnya | Sukan Asia Tenggara 2025 di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla, Thailand |
Kegunaan | Acara pelbagai sukan untuk negara-negara di benua kecil Asia Tenggara |
Ibu pejabat | Bangkok, Thailand |
Presiden | Charouck Arirachakaran |
Laman sesawang | SEAGFoffice.org |
Sukan Asia Tenggara ialah salah satu daripada lima Sukan subregional Majlis Olimpik Asia (OCA).[1]
Penyertaan negara
suntingKod IOC | Negara / IOC | Tahun penyertaan | Kod ISO | Nota |
---|---|---|---|---|
CAM | Kemboja | 1959 | CAM | - |
LAO | Laos (kod IOC: Republik Demokratik Rakyat Laos) | 1980 | LAO | - |
MAS | Malaysia | 1959 | MYS | - |
MYA | Myanmar | 1959 | MYR | BIR 1948-1992 |
SIN | Singapura | 1959 | SIN | - |
THA | Thailand | 1959 | THA | - |
VIE | Vietnam (kod IOC: Viet Nam) | 1959 | VIE | - |
BRU | Brunei (kod IOC: Brunei Darussalam) | 1988 | BRU | - |
INA | Indonesia | 1977 | INA | IHO 1952 kod-FIFA IDN |
PHI | Filipina | 1977 | PHI | - |
TLS | Timor Leste | 2003 | TLS | IOA 2008 |
Sejarah
suntingPada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand pada masa itu. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan kepada negara-negara semenanjung Asia Tenggara. Tujuan Sukan Asia Tenggara adalah bahawa acara sukan serantau akan membantu menggalakkan kerjasama, persefahaman dan menguatkan hubungan antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Komiti Persekutuan Sukan SEAP mula dibentuk selepas itu.
Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.
Sukan SEAP ke-8 pada 1975, Persekutuan SEAP membawa masuk kontinjen negara dari Indonesia dan Filipina. Dua negara itu diterima pada 1977, tahun yang sama yang mana Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara. Brunei diterima masuk pada Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam.
Sukan SEA ke-23 diadakan di Filipina, yang mana diadakan bermula 27 November dan berakhir 5 Disember 2005, yang menjadi hos temasya dwi-tahunan ini buat kali ketiga.
Acara
suntingUntuk melihat senarai acara sukan terkini yang dipertandingkan, lihat acara sukan Sukan Asia Tenggara.
Edisi
suntingSukan Semenanjung Asia Tenggara
suntingTahun | Edisi | Bandar raya tuan rumah |
---|---|---|
1959 | I | Bangkok |
1961 | II | Yangon |
1963 | Dibatalkan | Phnom Penh |
1965 | III | Kuala Lumpur |
1967 | IV | Bangkok |
1969 | V | Yangon |
1971 | VI | Kuala Lumpur |
1973 | VII | Singapura |
1975 | VIII | Bangkok |
Sukan Asia Tenggara
suntingTahun | Sukan | Bandar raya tuan rumah |
---|---|---|
1977 | IX | Kuala Lumpur |
1979 | X | Jakarta |
1981 | XI | Manila |
1983 | XII | Singapura |
1985 | XIII | Bangkok |
1987 | XIV | Jakarta |
1989 | XV | Kuala Lumpur |
1991 | XVI | Manila |
1993 | XVII | Singapura |
1995 | XVIII | Chiang Mai2 |
1997 | XIX | Jakarta |
1999 | XX | Bandar Seri Begawan |
2001 | XXI | Kuala Lumpur |
2003 | XXII | Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh3 |
2005 | XXIII | Manila |
2007 | XXIV | Nakhon Ratchasima5 |
2009 | XXV | Vientiane |
2011 | XXVI | Jakarta dan Palembang6 |
2013 | XXVII | Naypyidaw |
2015 | XXVIII | Singapura[2][3] |
2017 | XXIX | Kuala Lumpur |
2019 | XXX | Filipina |
2021 | XXXI | Vietnam |
2023 | XXXII | Kemboja |
2025 | XXXIII | Thailand |
2027 | XXXIV | Malaysia |
2029 | XXXV | Singapura |
2031 | XXXVI | Laos |
2033 | XXXVII | Filipina |
- 1 Ditukar nama selepas Filipina & Indonesia menyertai temasya ini.
- 2 Ia adalah kali pertama dalam sejarah SEAG sebuah bandar bukan ibu negara menjadi tuan rumah temasya ini.
- 3 Ini kali pertama dalam sejarah SEAG yang venues temasya ditempatkan di dua bandar iaitu Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh. Daerah lain termasuk Haiphong, Hải Dương, Nam Định, Ninh Bình, Phú Thọ, Vĩnh Phúc dan Hòa Bình.
- 4 Daerah lain yang menjadi tuan rumah adalah beberapa bandar dalam Metro Manila, Los Baños dan Calamba City di Laguna, Cebu, Bacolod, Angeles dan Subic, Zambales.
- 5 Bandar raya Chonburi dan Bangkok antara lokasi di mana Sukan SEA ke-24 diadakan.
- 6 Palembang adalah tuan rumah rumah temasya, Jakarta akan menyokong tuan rumah bersama
Kedudukan penganjuran
sunting
Kedudukan penganjuran dari 1959 ke 1975.
|
Kedudukan penganjuran dari Sukan Asia Tenggara 1977–semasa.
|
1 – Kemboja sepatutnya menganjurkan Sukan Asia Tenggara ke-3 tetapi dibatalkan berikutan situasi tidak mengizinkan
2 – Singapura telah diberi hak penganjuran Sukan Asia Tenggara ke-27 tetapi ia memilih untuk melepaskan hak tersebut kemudian
Pungutan pingat sepanjang masa
sunting- Sehingga Sukan Asia Tenggara 2021
Kedudukan | NOC | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Thailand (THA) | 1885 | 1930 | 1943 | 5758 |
2 | Indonesia (INA) | 1824 | 1703 | 1780 | 5307 |
3 | Malaysia (MAS)[2] | 1303 | 1273 | 1685 | 4261 |
4 | Filipina (PHI) | 1067 | 1193 | 1477 | 3737 |
5 | Singapura (SGP) | 947 | 1002 | 1363 | 3312 |
6 | Vietnam (VIE)[3] | 928 | 967 | 991 | 2886 |
7 | Myanmar (MYA)[4] | 564 | 741 | 992 | 2297 |
8 | Kemboja (CAM)[5] | 69 | 115 | 258 | 442 |
9 | Laos (LAO) | 69 | 93 | 319 | 481 |
10 | Brunei (BRU) | 16 | 56 | 163 | 235 |
11 | Timor-Leste (TLS) | 3 | 6 | 26 | 35 |
Jumlah (11 NOC) | 8675 | 9079 | 10997 | 28751 |
- ↑[1] - 2017 Southeast Asian Games medal counts are not yet included in these medal standings due to ongoing doping cases during those games
- ↑[2] – Competed as Malaya in the inaugural games until 1961.
- ↑[3] – The Republic of Vietnam was dissolved in July 1976 when it merged with the Democratic Republic of Vietnam (North Vietnam) to become the Socialist Republic of Vietnam, also known as Vietnam. Therefore, the medal counts for this country are considered to be as until 1975. In the 1989 edition, a unified Vietnam rejoined the games with a new name and flag. Medals won by South Vietnam are already combined here. The International Olympic Committee (IOC) does not use codes for South Vietnam anymore after the unification with North Vietnam.
- ↑[4] – Competed as Burma until 1987.
- ↑[5] – Competed as Kampuchea, and Khmer Republic.
Rujukan
sunting- ^ Games page laman web Majlis Olimpik Asia; Diarkibkan 2010-12-11 di Wayback Machine; retrieved 2010-07-09.
- ^ http://www.channelnewsasia.com/stories/sportsnews/view/1165016/1/.html
- ^ "Sea Games - SINDOnews". Sindonews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-04-06.