Sungai Gangga[1] (Hindi: गंगा, rumi: Gaṅgā, Jawi: ݢڠݢ; bahasa Inggeris: Ganges) ialah salah sebuah sungai utama di Asia Selatan yang mengalir ke arah timur melalui Dataran Gangga di India Utara hingga ke Bangladesh. Panjang sungai ini 2,525 km (1,569 bt) mengalir dari barat banjaran Himalaya di negeri Uttarakhand di India, lalu mengalir ke arah delta sungai Sundarban di Teluk Benggala. Sumber lain menyatakan panjang sungai ini ialah 2620 km.

Ganges (Ganga)
Sungai Ganga di Varanasi
Countries India, Nepal, Bangladesh
Major cities Haridwar, Kanpur, Allahabad, Varanasi, Ghazipur, Patna, Kolkata
Length 2,510 km (1,560 mi)
Watershed 907,000 km² (350,195 mi²)
Discharge at kuala
 - average 12,015 /s (424,306 ft³/s)
Source Glasier Gangotri
 - location Uttarakhand, India
 - elevation 7,756 m (25,446 ft)
Mouth Delta Ganga
 - location Teluk Benggala, Bangladesh
 - elevation m (0 ft)
Major tributaries
 - left Mahakhali, Karnali, Koshi, Gandak, Ghaghra
 - right Yamuna, Son, Mahananda

Sungai Gangga ini merupakan sungai suci kepada penganut agama Hindu yang memujanya sebagai dewi Gangga, di samping juga kaya dengan kepentingan sejarah: banyak sekali bekas ibu kota wilayah atau diraja (seperti Patliputra, Kannauj, Kara, Allahabad, Murshidabad, dan Calcutta) yang terletak sepanjang tebingnya. Pada awal Zaman Veda hingga Zaman Rigveda, Sungai Indus dan Sungai Saraswati adalah sungai suci yang utama, bukan Sungai Gangga. Tetapi sejak Veda ke-3, Sungai Ganges lebih diutamakan. Dataran Gangga menjadi lokasi pelbagai tamadun dari Empayar Maurya hingga ke Empayar Mughal.

Lembangan sungai Gangga menyalirkan air sebanyak 1,000,000 km persegi untuk menampung salah sebuah kawasan yang paling besar ketumpatan kependudukan manusianya di dunia. Kedalaman purata sungai ini adalah 52 kaki (16 m), dan kedalaman maksimumnya 100 kaki (30 m).

Sungai ini ke-20 panjang di dunia. Sekitar 400 juta penduduk tinggal di kiri kanan tebing sungai dengan kepadatan penduduk 390 / km 2.

Dalam buku Discovery of India (1946), Jawaharlal Nehru menyanjungi kebesaran Sungai Ganges seperti berikut:

Sungai Ganges ialah sungai yang terpenting sekali di India, yang menawan sanubari India dan menarik berjuta-juta orang ke tebingnya semenjak bermulanya sejarah. Kisah Sungai Ganges, dari puncanya hingga ke laut, dari zaman dahulu hingga kini, ialah kisah tamadun dan kebudayaan India, kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar, kisah kota-kota agung dan megah, kisah pengembaraan manusia…

Tercemar

sunting

Sungai Gangga antara sungai ke-5 paling tercemar di dunia terutama di Varanasi. Hampir 2 juta penganut akan mandi setiap hari di sungai ini. Airnya dikatakan dari kaki lotus Wisnu dan mengalir ke rambut Siva. Sungai ini mnejadi tempat buangan najis manusia malah tempat membuang mayat manusia. Akibatnya pelbagai penyakit merebak seperti jangkitan penyakit Schistosomiasis, kolera dan lain-lain wabak penyakit.

Pelan Tindakan Gangga telah dilaksanakan untuk membersihkan sungai ini tetapi kurangan sokongan dari pihak berkuasa agama. Pada April 1985 Shree Rajiv Gandhi telah merasmikan program ini .

Hulu sungai

sunting

Hulu sungai ini ialah sungai Bhagirathi dan Alaknanda yang dianggap sebagai sumber budaya dan mitos Hindu. Salji mencair dari puncak Nanda Devi, Trisul, dan Kamet. Glasier Gangotri di Gaumukh terletak pada ketinggian 3.892 m.

Pertikaian

sunting

Pada 1951, berlaku perselisihan pembahagian air antara India dan Bangladesh (kemudian Pakistan Timur ), selepas India hendak membina Empangan Farakka . Tujuan pembinaan untuk mengembalikan lestari Pelabuhan Kolkata . Selama musim kemarau ,aliran air sungai Gangga hanya 1,600 m padu/s. Pada 1996 perjanjian 30-tahun itu ditandatangani.

Sungai suci

sunting

Sungai ini amatlah suci bagi Hinduisme.Jika mereka tidak pergi ke sungai ini seolah-olah mereka tidak dapat masuk syurga. Penganut Hindu akan menampung air di tangan dan membasuh tubuh bagi menyucikan diri daripada dosa-dosa lampau. Ketika pulang mereka akan membawa balik sebotol air sungai ini. Jika sesiapa meninggal dunia, abu mayat akan ditabut ke dalam sungai. Ramai yang mandi dan berenang di Gangotri, Haridwar, Prayag, atau Varanasi.

Setiap Mei dan Jun, penganut Hindu akan merayakan avatarana . Mereka akan berendam di dalam sungai untuk menyucikan diri.Biji bijan dan beras akan ditaburkan.

Perayaan Kumbh Mela disambut setiap 3 tahun sekali terutama di Haridwar dan Prayag. Mereka akan ziarah, berkumpul, mandi, berbincang dan menyanyi lagu-lagu agama. Pada Januari 207, seramai 70 juta penganut Hindu berkumpul di Prayag. Pada 206, seramai 60 juta sempena Kumbh Mela-Maha. Tarikh perayaan ini ditentukan oleh planet Musytari (Bṛhaspati) dan matahari.

Rujukan

sunting
  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Gangga". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 325 – melalui TROVE, National Library of Australia.


Pautan luar

sunting

Koordinat: 30°54′N 79°07′E / 30.900°N 79.117°E / 30.900; 79.117

  NODES
INTERN 1