Suriani Abdullah atau Eng Ming Ching (23 Januari 1924 – 20 Mac 2013) merupakan seorang wanita komunis yang berpengaruh di Tanah Melayu semasa zaman darurat. Beliau merupakan seorang pejuang wanita yang unggul dan bercita-cita tinggi untuk menegakkan keadilan masyarakat dan kemerdekaan negara.

Suriani Abdullah
Maklumat peribadi
Lahir
Eng Ming Ching

(1924-01-23)23 Januari 1924
Sitiawan, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Mati20 Mac 2013(2013-03-20) (umur 89)
Narathiwat, Thailand
Parti politikParti Komunis Malaya
Gabungan politik
lain
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
PasanganAbdullah C.D (k. 1955; m. 2013)
Anak1
KediamanSukhirin, Thailand

Biografi

sunting

Suriani Abdullah dilahirkan pada 23 Januari 1924 di Sitiawan, Perak dengan nama Eng Ming Ching. Pada usia 5 tahun, beliau memulakan pelajarannnya di sebuah sekolah dasar Sitiwan sebelum meneruskan pelajarannya ke Sekolah Tinggi Nan Hwa bersama setiausaha agung PKM, Chin Peng. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Perempuan Methodist, Ipoh dan mengambil kursus perguruan.

Keluarga Suriani Abdullah amat mementingkan pendidikan. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan arif dalam bidang kokurikulum serta pelajaran sepanjang persekolahannya.

Beliau telah berkahwin dengan Abdullah C.D dalam bulan Februari 1955.[1]

Penglibatan dalam Parti Komunis Malaya

sunting

Propaganda komunis mula tersebar di Sekolah Menengah Nan Hwa pada tahun 1937. Gerakan komunis menentang pendudukan Jepun mendapat sambutan yang hangat dan progresif daripada pelajar-pelajar di situ. Suriani Abdullah mula melibatkan diri dalam komunis menerusi propaganda yang tersebar dan Persatuan Pelajar Membantu Tiongkok Melawan Jepun.

Beliau menyertai pergerakan bawah tanah PKM pada tahun 1940 ketika berumur 16 tahun. Dalam kalangan PKM, beliau dikenali sebagai 'wanita besi'. Beliau merupakan penyusun golongan pekerja wanita di Lembah Kinta sebelum menyertai kumpulan gerila anti-fasis Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA). Pada 1975, beliau menjadi anggota yang terpilih jawatankuasa pusat PKM.[2]

Suriani merupakan seorang wanita yang berpengaruh dalam Rejimen ke-10.

Meninggal dunia

sunting

Beliau meninggal dunia di kediamannya di NarathiwatThailand pada 20 Mac 2013 pukul kira-kira 6 pagi ketika berumur 89 tahun. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Karisma dengan suaminya.[2]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Abdullah CD(2005), Memoir Abdullah CD: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, SIRD
  2. ^ a b Loone, Susan (21 Mac 2013). "Bekas pemimpin PKM Suriani Abdullah meninggal dunia". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-23. Dicapai pada 23 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  • Suriani Abdullah (2006), "Setengah Abad Dalam Perjuangan Memori Suriani Abdullah", Strategic Information Research Development
  NODES