Republik Suriname[a] atau ringkasnya Suriname[b] merupakan sebuah negara terletak dalam rantau penara Guiana di bahagian utara benua Amerika Selatan. Ia sebelum ini dikenali sebagai Guiana Belanda. Ia berkedudukan dalam tersebut antara Guiana Perancis, disebelah timur dan Guyana yang terletak disebelah barat. Diselatan negara ini pula, terletaknya negara Brazil, manakala disebelah utara pula ialah Laut Atlantik. Ia merupakan negara yang paling kecil di rantau Amerika Selatan yang diberi pengisytiharaan mereka.

Republik Suriname
ريڤوبليك سورينامى
Republiek Suriname
Bendera Suriname
Jata Suriname
Bendera Jata
Cogan kataJustitia - Pietas - Fides  (Latin)
"Adil - Iman - Amanah"
Lagu kebangsaanGod zij met ons Suriname
Lokasi Suriname
Ibu negara
dan bandar terbesar
Paramaribo
Bahasa rasmiBahasa Belanda, bahasa Seranan
Bahasa umum
yang diakui
Kumpulan etnik
Agama
(2020)[4][5]
KerajaanSistem demokrasi
• Presiden
Chan Santokhi
Kemerdekaan 
dari Belanda
• Tarikh
25 November 1975
Populasi
• Perkiraan 2022
632,638[7] (ke-170)
3.9/km2 (10.1/sq mi) (ke-231)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$10.707 billion[8]
USD17,350[8]
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
USD3.011 billion[8]
USD4,880[8]
HDI (2021) 0.730[9]
tinggi · ke-99
Mata wangdolar Suriname
(SRD)
Zon waktuUTC-3 (ART)
• Musim panas (DST)
UTC-3 (tidak diperhati)
Kod panggilan597
Kod ISO 3166SR
DPT internet.sr

Sejarah

sunting

Wilayah Suriname mula dikenali sejak abad ke-15, iaitu ketika bangsa-bangsa imperialis Eropah berlumba menguasai Guyana, suatu dataran luas yang terletak di antara Lautan Atlantik, Sungai Amazon, Rio Negro, Sungai Cassiquiare dan Sungai Orinoco. Semula dataran ini oleh para ahli kartografi diberi nama Guyana Karibania (Guyana yang bererti dataran luas yang dialiri oleh banyak sungai dan Karibania dari kata Caribs iaitu nama orang asli yang pertama kali mendiami dataran tersebut).

Dalam suatu cerita fiktif "El Dorado", Guyana digambarkan sebagai suatu kawasan yang kaya dengan kandungan emas. Para ahli sejarah menganggarkan bahawa cerita fiktif tersebut merupakan salah satu faktor yang mendorong orang-orang Eropah untuk bersaing menguasai Guyana. Pada tahun 1449 pelaut Sepanyol, Alonzo de Ojeda dan Juan de la Cosa belayar menyusuri pantai timur laut Amerika Selatan, yang ketika itu mereka sebut Wild Coast, dan mendarat di kawasan Guyana. Vincent Juan Pinzon kemudian menguasai Guyana atas nama Raja Sepanyol. Selama abad ke-16 dan ke-17, Guyana dikuasai silih berganti oleh Sepanyol, Belanda, Inggeris, Perancis dan Portugal.

Pada tahun 1530 Belanda mendirikan pusat perdagangan pertama di dataran tersebut. Pada tahun 1593 raja Sepanyol mengambil alih dan menguasai Guyana hingga tahun 1595, iaitu ketika para bangsawan Inggeris datang dan mula mengusai daerah-daerah pantai. Sementara itu, Belanda mula mengembangkan perniagaannya secara berperingkat di kawasan pedalaman. Daerah Guyana sepenuhnya jatuh ke tangan Inggeris sejak tahun 1630 hingga tahun 1639.

Pada tahun yang sama Belanda berjaya menguasai kembali sebahagian besar Guyana sedangkan Perancis menguasai daerah-daerah di samping sungai Surinam. Akibat dari persaingan tersebut, wilayah Guyana saat ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu Guyana Espanola (sebahagian daripada Venezuela sekarang); inglesa (Guyana sekarang); Holandesa (Suriname); Francesa (Cayenne) dan Portuguesa (sebahagian daripada wilayah Brazil). Surinam terletak di bahagian tengah dari wilayah Guyana yang telah terbagi-bagi tersebut, terbentang antara dua darjah hingga enam darjat Lintang Utara, dan antara 54 darjat hingga 58 darjat Bujur Barat dengan luas wilayah lebih kurang 163.265 kilometer persegi. Batas bahagian timur wilayah Surinam adalah Sungai Marowijne yang memisahkan Surinam dengan Cayenne, di bahagian selatan terdapat deretan pergunungan Acarai dan Toemoe hoemak yang memisahkan Suriname dengan wilayah Brazil. Di bahagian barat bersempadan dengan wilayah Guyana yang ditandai oleh aliran Sungai Corantijne, sementara di bahagian utara dibatasi oleh garis pantai Lautan Atlantik.

Pada tahun 1651 Suriname diserang oleh Inggeris dan sejak saat itu, menjadi wilayah kekuasaan Inggeris hingga menandatangani perjanjian perdamaian Breda tahun 1667. Berdasarkan perjanjian itu, Surinam menjadi wilayah kekuasaan Belanda. Namun Inggeris kembali memasuki Suriname pada tahun 1781 hingga 1783 dan Suriname kemudian dijadikan kawasan naungan Inggeris dari tahun 1799 hingga 1802. Melalui perjanjian Amiens, 27 Mac 1802, Surinam, Barbice, Demerara dan Essquibo berada di bawah kuasa Belanda, namun setahun kemudian Inggeris kembali merebut wilayah-wilayah itu dan sejak tahun 1804 Suriname menjadi tanah jajahan Inggeris dengan sebutan the British interregnum.

Selama Suriname berada di bawah kuasa Inggeris, situasi ekonomi Surinam mengalami kemunduran. Penyebab utama adalah larangan perdagangan budak, sementara kebun - kebun masih sangat memerlukan tenaga buruh untuk dikendalikan. Selanjutnya melalui perjanjian London pada tarikh 13 Ogos 1814 dan diratifikasi dalam perjanjian Vienna, Suriname dikembalikan lagi kepada pihak Belanda. Pemerintahan Suriname dipimpin langsung oleh seorang gabenor dengan didampingi oleh sebuah dewan polis yang bertugas sebagai penasihat Gabenor.

Dengan dihapusnya perhambaan pada tarikh 1 Julai 1863, kehidupan ekonomi semakin tidak menentu. Pada tahun 1870, pemerintah Belanda menandatangani perjanjian dengan Inggeris untuk mendatangkan pendatang asing ke Suriname. Perjanjian ini dilaksanakan secara rasmi pada tahun 1873 sampai 1917, di mana rombongan pendatang Hindustan pertama India didatangkan. Kedatangan rombongan seterusnya adalah para pendatang dari Jawa pada tahun 1890 - 1939.

Seiring dengan ditempatkannya para pendatang di sektor perladangan, Suriname mengalami kemajuan pula dalam beberapa bidang lain. [Telekomunikasi]], pembuatan jalan raya dan pembukaan laluan hubungan laut secara langsung antara Suriname dan Belanda merupakan contoh.

Pecahnya Perang Dunia Pertama tidak mempengaruhi situasi ekonomi - politik Suriname. Pada tarikh 15 Disember 1954, pemerintah Belanda bersama beberapa wakil dari Surinam menandatangani sebuah memorandum yang isi kandungannya rencana pengakhiran penjajahan. Dalam sebuah Persidangan Meja Bulat pada tahun 1961, wakil-wakil Suriname yang dipimpin oleh Perdana Menteri pengel menuntut dibentuknya sebuah kerajaan sendiri. Tuntutan itu semakin menjadi selepas didirikannya beberapa parti politik yang ditubuhkan pada dekad itu, semakin hebat menyampaikan tuntutan agar Suriname diberikan kebebasan penuh secepat mungkin.

Tuntutan ini ditanggapi secara serius dengan diadakannya sebuah persidangan di Belanda pada tahun 1970. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan persiapan pelepasan Suriname sekaligus menyusun kabinet yang terdiri daripada wakil-wakil parti. Suriname selanjutnya menjadi negara merdeka sejak tarikh 25 November 1975. Walaupun demikian, ekonomi negara yang baru merdeka ini tetap sangat bergantung pada bantuan pembangunan Belanda.

Pada tarikh 25 Februari 1980, lima tahun selepas kemerdekaannya, Suriname diguncang oleh rampasan kuasa yang dilancarkan pihak tentera. Peristiwa rampasan kuasa ini telah mengakibatkan jatuhnya Kerajaan Demokrasi Parlementer pertama sejak kemerdekaan Suriname. Setelah Rejim Tentera Berkuasa, maka timbul gerakan-gerakan kontra-revolusi yag bertujuan untuk mengembalikan demokrasi di Suriname dengan rampasan kuasa. tetapi beberapa usaha rampasan kuasa itu gagal untuk menggulingkan rejim tentera Bouterse. rampasan kuasa tersebut antara: Kudeta oleh Sersan Fred Ormskerk pada 30 Mac 1980, rampasan kuasa oleh Sersan Wilfred Hawker pada 15 March 1981. dan terakhir oleh Leftenan Surendre Rambocus dan Sarjan Djiewansingh Sheombar yang dibantu kumpulan saaayap kanan, kaum Buruh, dan ahli politik Hindustani & Jawa, tetapi rampasan kuasa ini pun gagal. Sebagai reaksi terhadap pemberontakan tersebut, pada tarikh 8 Disember 1982 pihak tentera melakukan penembakan terhadap 15 tokoh pembangkang demonstran.Peristiwa ini telah mengakibatkan dihentikannya bantuan pembangunan Belanda kepada Suriname, yang memberi kesan semakin buruk keadaan ekonomi Suriname. Namun hal ini tidak membuat usaha menggulingkan rejim tentera berhenti, justeru ini mencetuskan muncul perlawanan yang lain dan kali datang dari Ethnicity Bushnegro dan Amerindian di Pedalaman Suriname. mereka tampil sebagai penentang utama kuasa tentera. Sekitar 35.000 penduduk Bushnegro dan 6500 Amerindian telah menjadi pelaku utama pemberontakan terhadap penguasa tentera.

Kelompok-kelompok militan dari kedua-dua golongan itu adalah kumpulan Mandela (Bushnegro) di bawah pimpinan bekas anggota tentera Ronny Bruswijk dan kumpulan Tukayana Amazones (Amerindian) di bawah pimpinan Alex Jubitana dan Thomas Sabajo.

Puncak dari konflik bersenjata tersebut berlaku pada tahun 1986, iaitu ketika Pihak Tentera terpaksa berhadapan dengan pemberontak Bushnegro yang telah bersatu dan menamakan dirinya Jungle Commando.dan satu platun Tentera yang gagl menangkap Ronnie Brunswijk kemudian melakukan pembunuhan terhadap 35 orang Bushnegro di Desa Moiwana (Moiwana massacre) Sementara itu, dalam tahun yang sama kumpulan Amerindian juga meningkatkan aksi pemberontakannya. Kemelut ini telah mengakibatkan kira-kira 7000 orang Bushnegro melarikan diri ke Cayenne (Guyana Perancis) dan meminta suaka politik kepada kerajaan tempatan.

Kerajaan tentera diakhiri dengan penyelenggaraan Pemilihan Agung pada bulan November 1987, yang telah mengembalikan kuasa kerajaan kepada golongan awam. Namun demikian, kerajaan hasil pilihan raya ini tidak berjalan lama. Pada bulan Disember 1990, pihak tentera kembali melancarkan rampasan kuasa tidak berdarah yang dikenali dengan sebutan Kudeta Telefon. Akibatnya kerajaan yang demokratik kembali lumpuh. Pihak tentera dan membentuk Kerajaan Sementara yang salah satu tugasnya adalah menyediakan Pemilihan Umum yang demokratik.

Pada bulan Mei 1991, Kerajaan Sementara telah berjaya menyelesaikan tugasnya, iaitu dengan diselenggarakannya Pemilihan Umum, namun hasilnya tidak sesuai dengan harapan tentera, kerana kemenangan berada di tangan golongan awam.

Pada bulan September tahun yang sama, telah terbentuk kerajaan yang baru, dan Drs. R.R. Venetiaan terpilih sebagai Presiden dan dengan demikian, maka berakhirlah kuasa tentera.

Langkah terpenting yang akan diusahakan oleh Kerajaan Venetiaan adalah meneruskan usaha-usaha ke arah keamanan yang telah dirintis oleh kerajaan awam sebelumnya. Hal ini tentunya merupakan tugas berat bagi kerajaan yang baru terbentuk tersebut, terutama kerana keadaan ekonomi dan kewangan Suriname yang sangat memprihatinkan, sebagai akibat dari kemelut politik yang berpanjangan. Dalam melaksanakan usaha perdamaian tersebut, Presiden RR Venetiaan telah membentuk suatu Suruhanjaya Khas yang bekerja sama dengan lembaga-lembaga dan organisasi-organisasi yang berkaitan.

Dalam pilihan raya bulan Mei 1996 koalisi penguasa New Front (NF) dan Presiden Venetiaan mengalami kekalahan dan pemerintahannya digantikan oleh calon dari pembangkang Drs. Jules Wijdenbosch Nationale Demokratische Partij (NDP) dan Radakishun Vooruitstrevende Hervorming Partij (VHP), yang terpilih menjadi Presiden dan Naib Presiden.

Kemudian pada pilihan raya yang diadakan pada tarikh 25 Mei 2000, kuasa berjaya diraih semula oleh gabungan pemerintah New Front yang terdiri daripada parpol Nationale Partij Surinam (NPS), VHP, Pertjajah Luhur dan Surinaamse Partij van de arbeid (SPA). Kemenangan New Front ini membawa kembali RR Venetiaan (NPS) ke tampuk kerusi presiden dan memimpin Surinam untuk masa 5 tahun (tahun 2000 - 2005). Sebagai Naib Presiden telah terpilih Jules Rattankoemar Ajodhia dari parti VHP.

Politik dan Kerajaan

sunting

Daerah

sunting

Suriname terbahagi kepada sepuluh buah daerah:

Brokopondo, Commewijne, Coronie, Marowijne, Nickerie, Para, Paramaribo, Saramacca, Sipaliwini, Wanica.

Geografi

sunting

Ekonomi

sunting

Demografi

sunting

Populasi Surinam terdiri daripada beberapa kumpulan minoriti. Kelompok terbesar adalah Hindustani,

Populasi Surinam adalah campuran daripada kumpulan etnik ini, dengan antara kurung peratusan kumpulan pada bancian ketujuh pada tahun 2004:

Hindu (27,4%), Creoles (17,7%), Maroon (Busnengre) dan Maroon (14,7%), Jawa (14,6%), Kelompok lain (6,5%): Indian, China, Boeroes (putih, petani), Sephardic Yahudi dan Yahudi Ashkenazi, Lubnan, Brazil., Ada 12,5% berasal dari campuran dan 6,6% tidak mempunyai data yang tersedia.

Agama Pada bancian ketujuh pada tahun 2007 nisbah antara agama-agama sebagai berikut:

40.7% Kristian (Katolik Rom lihat Keuskupan Paramaribo, Peerke Donders, Reformed, Reformed, dll Protestan, terutama Moravia), 19.9% Hindu, 13.5% Islam, 5.8% tradisional dan agama lain, 4.4% tidak ada agama, 15.7% tidak ada data.

Bahasa Belanda merupakan bahasa rasmi di Surinam. Orang Suriname juga bertutur bahasa mereka: Sranang Tongo, bahasa Hindustani, bahasa Jawa Surinam, dan lain-lain. Dan juga bahasa asal bahasa Caribbean dan bahasa Arawakan, orang Indian Suriname juga bicara bahasa mereka sendiri. Sebagai tambahan bahasa Inggeris juga digunakan luas, terutama dalam kemudahan dan kedai yang berorientasikan pelancong.

Budaya

sunting
  1. ^
  2. ^
    • Bahasa Seranan: Sranan
    • bahasa Jawa: ꦱꦸꦫꦶꦤꦩꦼ, translit. Surinamê, Pegon: سورينامٓ

Rujukan

sunting
  1. ^ Suriname: An Asian Immigrant and the Organic Creation of the Caribbean's Most Unique Fusion Culture, diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2017, dicapai pada 19 July 2017
  2. ^ "Censusstatistieken 2012" (PDF). Algemeen Bureau voor de Statistiek in Suriname (General Statistics Bureau of Suriname). m/s. 76. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-06-29.
  3. ^ "The World Factbook – Central Intelligence Agency". cia.gov. 29 September 2021.
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Census
  5. ^ a b "Census statistieken 2012". Statistics-suriname.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2014. Dicapai pada 13 Julai 2014.
  6. ^ "Definitieve Resultaten (Vol I) Etniciteit". Presentatie Evaluatie Rapport CENSUS 8: 42.
  7. ^ Templat:Cite CIA World Factbook
  8. ^ a b c d "Suriname". International Monetary Fund. 10 October 2022. Dicapai pada 30 October 2022.
  9. ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. September 8, 2022. Dicapai pada September 8, 2022.
  10. ^ "GINI index". World Bank. Dicapai pada 5 December 2017.


  NODES
Done 1
eth 1
jung 1
jung 1
see 2