Syerleena Abdul Rashid

Ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Puan Syerleena Abdul Rashid (lahir 31 Ogos 1980) ialah seorang ahli politik Malaysia dan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang merupakan sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan. Beliau kini merupakan Ahli Parlimen untuk Bukit Bendera di Pulau Pinang. Syerleena sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Seri Delima dan pernah dilantik sebagai Ahli Bandaraya Pulau Pinang, berkhidmat selama lebih dari tiga tahun antara 2015 dan 2018.[3][1][2]

Syerleena Abdul Rashid
شيرلينا عبد الرشيد
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Bukit Bendera, Pulau Pinang
Dalam jawatan
19 Disember 2022 – kini
Didahului olehWong Hon Wai
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Seri Delima
Dalam jawatan
2 Ogos 2018 – 28 Jun 2023
Didahului olehRSN Rayer (DAP)
Majoriti13,211
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Dalam jawatan
8 Januari 2015[1] – 26 April 2018[2]
Maklumat peribadi
Lahir (1980-08-31) 31 Ogos 1980 (umur 44)
Pulau Pinang, Malaysia
Parti politikDAP (Pakatan Harapan)
Tempat belajarUniversiti Sains Malaysia
PekerjaanAhli politik

Selain penglibatannya dalam politik, Syerleena menjadi kolumnis bagi The Malaysian Insider dan menyumbang secara meluas dalam pelbagai portal berita dalam talian.[4] Beliau juga pernah menjadi ahli Aliran, sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan, serta pergerakan anti-pemerdagangan manusia.[5][6]

Pendidikan

sunting

Syerleena memulakan pendidikan awalnya di Sherwood Hills Elementary School in Madison, Wisconsin sebelum ke SRK Convent, Green Lane di Pulau Pinang. Beliau kemudian bersekolah di Roosevelt Middle School in Eugene, Oregon sebelum kembali ke Malaysia untuk menamatkan pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane. Syerleena seterusnya menamatkan pengajian dengan ijazah dalam Komunikasi Grafik dari Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.[7]

Kerjaya politik

sunting

Syerleena menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2013, selepas menerima galakkan oleh sekutunya, Chris Lee Chun Kit.[5][7] Kedua-dua mereka kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), dengan Syerleena menjawat jawatan dalam kerajaan tempatan pada Januari 2015.[1]

Pada 26 April 2018, sebelum pilihan raya negeri Pulau Pinang pada tahun itu, beliau meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan dipilih untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Delima.[2] Beliau menghadapi pertikaian tiga penjuru bagi kawasan itu, dan gangguan oleh pihak lawannya Barisan Nasional (BN) dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[8][9][10] Walau bagaimanapun, Syerleena menang dalam pilihan raya, dengan kemenangan sebanyak 13,211 undi.[11]

Pilihan raya ke Parlimen

sunting

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022, Syerleena telah bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bendera. Beliau berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti besar sebanyak 42,610 undi, memperoleh 78.98% daripada jumlah undi. Kemenangannya mencatatkan pencapaian penting dalam kerjaya politiknya.

Anugerah dan Pengiktirafan

sunting

YSEALI

sunting

Pada tahun 2015, Syerleena telah terpilih untuk menyertai Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI), sebuah program pertukaran budaya yang sangat berprestij untuk pemimpin muda di Asia Tenggara yang ditaja oleh Biro Pendidikan dan Hal Ehwal Kebudayaan AS di bawah Jabatan Negara AS. Dalam kohort Professional Fellowship Program Fall 2015, beliau menghabiskan 4 minggu bersama Majlis Bandaraya Des Moines, Iowa.

Syerleena telah dipilih sebagai delegasi untuk Program Pertukaran American Council of Young Political Leaders dengan kerjasama Jabatan Negara kerajaan Amerika Syarikat. Dalam program ini, beliau menyaksikan kempen pilihan raya calon presiden termasuk Donald Trump, Hillary Clinton, dan Bernie Sanders serta menyaksikan sesi kaukus di Iowa.

Kehidupan Peribadi

sunting

Pada Februari 2021, Syerleena telah mendirikan rumah tangga bersama Tom Osborn. Syerleena juga merupakan seorang pemain gitar dan penulis lagu untuk sebuah kumpulan rock tempatan, Priwayat, yang ditubuhkannya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan ahli DAP, Zairil Khir Johari.

Pada 4 Jun 2024, bapanya, Abdul Rashid Hanafi, telah meninggal dunia pada usia 80 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Miami Green Apartments, Batu Ferringhi. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Masjid Hashim Yahaya, Jalan Perak pada hari yang sama.

Keputusan pilihan raya

sunting
Parlimen: P048 Bukit Bendera
Tahun Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 Syerleena Abdul Rashid (DAP) 49,353 78.98% Hng Chee Wey (GERAKAN) 6,743 10.79% 63,404 42,610 69.00%
Richie Huan Xin Yun (PCM) 5,417 8.67%
Teh Yee Cheu (PRM) 677 1.08%
Razali Mohd Zin (IND) 299 0.48%


Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang: N32 Seri Delima[12][13][14]
Tahun Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 Syerleena Abdul Rashid (DAP) 16,553 82.50% Khoo Kay Teong (MCA) 3,342 16.70% 20,285 13,211 80.40%
Tan Yang Yung (MUP) 159 0.80%

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Two top guns to remain at helm - Focus | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-06-16.
  2. ^ a b c "Seven councillors quit to contest in GE14 - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-06-16.
  3. ^ "DAP's Syerleena Rashid to replace Rayer in Penang". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-21. Dicapai pada 2018-06-16.
  4. ^ Women’s rights and Islamic fundamentalism '"Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-26. Dicapai pada 2015-12-25.CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ a b "They dare to join DAP (Part 3)". The Rocket (dalam bahasa Inggeris). 2014-09-10. Dicapai pada 2018-06-16.
  6. ^ "It's time we decide the country we want - Aliran". Aliran (dalam bahasa Inggeris). 2015-03-05. Dicapai pada 2018-06-16.
  7. ^ a b "How Reformasi shaped the destiny of a teenager | The Malaysian Insight". www.themalaysianinsight.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-16.
  8. ^ "'Christian state' claims mar Syerleena's Seri Delima campaign". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-27. Dicapai pada 2018-06-16.
  9. ^ "DAP candidates say victims of fake news, lodge police reports". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-03. Dicapai pada 2018-06-16.
  10. ^ "Syerleena will not be cowed by threats". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-16.
  11. ^ "undi info - Seri Delima (P51-N32)". Malaysiakini. Dicapai pada 2018-06-16.
  12. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didiapati dari pilihan raya 2004.
  13. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  14. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  NODES