Systema Naturae (tulisan asli Latin Systema Naturæ) ialah sebuah salah satu buku-buku utama ilmuwan taksonomi asal Sweden, Carl Linnaeus. Judul lengkap buku ini adalah Systema naturae per regna tria naturae, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis yang boleh diterjemahkan sebagai "Sistem alam melalui tiga kerajaan alam, menurut kelas, order, genus dan spesies, dengan sifat generik, perbezaan khusus, sinonim, (dan) tempat". Buku ini menjadi sangat penting dalam bidang taksonomi, dengan edisi kesepuluhnya dikira sebagai titik permulaan tatanama zoologi.[2]

Systema Naturæ
Muka tajuk edisi 1758[1]
Umum
PengarangCarl Linnaeus
(Carl von Linné)
NegaraSweden
SubjekTaksonomi
GenrePengelasan biologi
Tarikh penerbitan
1735 (1735)
Kawalan kewibawaan
LCCQH43 .S21

Keterangan

sunting

Linnaeus menerbitkan Systema Naturae pada 1735 ketika beliau tinggal di Belanda. Sebagai kelaziman kajian ilmiah pada masa itu, buku ini diterbitkan dalam bahasa Latin. Dalam buku ini, beliau menguraikan ideanya berkenaan pengelasan hierarki alam sekitar, dengan membahagikannya kepada alam haiwan (Regnum animale), alam tumbuhan (Regnum vegetabile) dan "alam mineral" (Regnum lappideum).

Pengelasan alam tumbuhan dalam buku ini tidak dilakukan secara alami, dan hanya berdasarkan kemudahan. Pengelasan ini dibuat mengikuti sistem seksual Linnaeus baharu, di mana spesies dengan jumlah stamen yang sama dimasukkan ke dalam kelompok yang sama. Linneaus percaya bahawa beliau sedang mengelaskan ciptaan Tuhan, dan oleh itu, tidak berusaha menguraikan hubungan-hubungan evolusi. Pengelasan haiwan dibuat secara lebih alami. Misalnya, manusia untuk pertama kalinya dikelompokkan bersama-sama dengan primat lain.

Dengan masyhurnya karya ini, Linnaeus terus menerbitkannya kembali sambil memluaskan edisinya, daripada hanya 11 muka surat pada edisi pertama (1735) menjadi kira-kira 1,300 muka surat pada edisi terakhirnya (edisi ke-13, 1770). Selain itu, sementara karya ini berkembang, perubahan dilakukan: edisi ke-10 yang terbit pada 1758, beliau memindahkan ikan paus daripada kelompok ikan kelompok mamalia. Dalam edisi sama, beliau memperkenalkan nama dua bahagian (lihat binomial) bagi haiwan, sesuatu yang telah dilakukan bagi tumbuhan (lihat nama biner) dalam penerbitan Species Plantarum tahun 1753.

Rujukan

sunting
  1. ^ Linnaeus, Carl (1758). Systema naturae per regna tria naturae :secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin) (ed. ke-10). Stockholm: Laurentius Salvius.
  2. ^ Gordh, Gordon; Beardsley, John W. (1999). "Taxonomy and biological control". Dalam Bellows, T. S.; Fisher, T. W. (penyunting). Handbook of Biological Control: Principles and Applications of Biological Control. Academic Press. m/s. 45–55. ISBN 978-0-12-257305-7.

Pautan luar

sunting
  NODES
Idea 1
idea 1