Taufan India Timur 2010
Taufan India Timur 2010 berlaku pada 13 April 2010 timur India dan Bangladesh selama 40 minit hingga satu jam. Ia dikenali juga sebagai taufan tropika. Pada 16 April, lebih 135 orang dialporkan maut, iaitu sekurang-kurangnya 91 di negeri Bihar,[1] 43 di Benggala Barat,[2] dan empat di Assam.[3] Di Bangladesh, lima kematian dan 200 kecederaan dilaporkan.[4] Lebih 50,000 rumah musnah di India dan ribuan lagi di Bangladesh;[5][4] lebih kurang 300,000 rumah lagi mengalami kerosakan separa.[6] Hampir 500,000 penduduk hilang tempat tinggal atau terjejas teruk oleh ribut ini.[1]
Tarikh | 13 April 2010 |
---|---|
Masa | 11 pm |
Lokasi | Bihar & Bengal Barat, India; Bangladesh |
Kematian | 100+ |
Kecederaan | hundreds |
Taufan terbentuk di tengah Teluk Benggala sejak bulan-bulan panas tahun 2010.Ia bermula dari daerah Dinajpur Utara Bengal Barat. Pakar Meteorologi India menyatakan cuaca tidak stabil kerana suhu panas dan kelembapan yang berlebihan. Walaupun bukan siklon tropika , badai itu mengingatkan pada Taufan Aila 2009 yang mengorbankan 155 orang di wilayah yang sama, pada bulan Mei 2009. Ia menyebabkan sekurang-kurangnya satu tornado, dan terjadi gelombang panas yang lebih besar dari suhu 40C .
Kerosakan
suntingTaufan melanda timur-laut Bengal Barat dan negeri Bihar, dengan kelajuan angin selaju 120-160 kilometer sejam (75-100 km / jam). Akibatnya pohon-pohon tumbang, atap terbang melayang, tiang telefon terbungkis dan talian elektrik tergangggu. Kawasan bencana utama ialah di Hemtabad , Islampur , Kaliaganj , Karandighi , dan Raiganj . Talian telefon terputus .Angin laju diikuti oleh hujan lebat menyebabkan kerosakan lebih banyak pada struktur lemah. [7]
Menteri Pertahanan Awam Srikumar Mukherji meninjau lokasi kemusnahan di Bengal Barat. Devesh Chandra Thakur selaku menteri bencana alam di Bihar menyatakan 72 orang terbunuh. gokul Chandra Debnath selaku pengarah pusat kaji cuaca Bengal menyatakan taufan ini dari jenis 'tornado' - berdasarkan kelajuan , cara dan gayanya .
Rujukan
sunting- ^ a b Nita Bhalla (April 16, 2010). "Indian tornado deaths rise, survivors wait for aid". AlertNet. Reuters. Dicapai pada April 16, 2010.
- ^ "125 dead in storm in West Bengal, Bihar, Assam". Sify News. April 15, 2010. Dicapai pada April 15, 2010.
- ^ "India storm death toll rises to 114: official". Sify News. April 14, 2010. Dicapai pada April 14. 2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ a b "5 die as storms sweep 6 dists". The Daily Star. April 16, 2010. Dicapai pada April 16, 2010.
- ^ "Cyclonic storm kills 96". Hindustan Times. April 14, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-18. Dicapai pada April 14. 2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Harmeet Shah Singh (April 15, 2010). "Storm kills 122 in eastern India". CNN. Dicapai pada April 16, 2010.
- ^ Deadly Indian storm a tornado: weather office