Telkomsel
PT Telkomsel ialah sebuah syarikat pengendali telekomunikasi selular di Indonesia. Ia merupakan anak syarikat PT Telkom.
Jenis/bentuk sah | Bukan awam |
---|---|
Industri | Telefon bimbit |
Ditubuhkan | 26 Mei 1995 |
Ibu pejabat | Jakarta, Indonesia |
Tokoh penting | Sarwoto Atmosutarno, Direktur Utama |
Keluaran | Kartu Halo, Kartu AS dan Simpati |
Pemilik | Telkom Indonesia, Singtel |
Syarikat induk | PT Telekomunikasi Indonesia Tbk |
Tapak web | www.telkomsel.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada masa ini, Telkomsel ialah operator telekomunikasi selular terbesar di Indonesia, mengendalikan 236 ribu BTS (Base Tranceiver Station)[1] dan melayani lebih 170 juta pelanggan.
Telkomsel merupakan pengendali telekomunikasi selular GSM kedua di Indonesia, dengan perkhidmatan pascabayar yang dilancarkan pada 26 Mei 1995. Waktu itu, pemilik saham Telkomsel adalah PT Telkom (51%) dan PT Indosat (49%). Kemudian, pada November 1997 Telkomsel menjadi operator selular pertama di Asia yang menawarkan perkhidmatan prabayar GSM. Hasilnya, Telkomsel menjadi pengendali telekomunikasi selular terbesar di Indonesia, dengan 26.9 juta pelanggan dan memiliki pegangan pasaran sebesar 55% (sehingga Mac 2006).
Telkomsel memiliki tiga produk GSM, iaitu SimPATI (prabayar), KartuAS (prabayar), serta KartuHALO (pascabayar).
Sekarang, saham Telkomsel dimiliki oleh TELKOM (65%) dan syarikat telekomunikasi Singapura SingTel (35%). TELKOM merupakan syarikat milik negara Indonesia yang majoriti sahamnya dimiliki oleh Pemerintah Republik Indonesia, seperti SingTel merupakan perusahaan yang majoriti sahamnya dimiliki oleh Pemerintah Singapura.
Sejak Januari 2009, Presiden pengarahnya dijawat oleh Sarwoto Atmosutarno yang menggantikan Kiskenda Suriadihardja yang telah berkhidmat sebagai Presden sejak Mac 2005
Rangkaian
suntingTelkomsel bekerja pada jaringan 900/1800 MHz. Di pasaran antarabangsa, rangkaian Telkomsel telah merangkumi 288 rangkaian roaming antarabangsa di 155 negara pada akhir tahun 2007.
Produk
suntingTelkomsel mempunyai pelbagai produk-produk. Contohnya, simPATI, Kartu Halo, KartuAS, dan Telkomsel Flash.
Grapari
suntingGrapari merupakan singkatan daripada Graha Pari Sraya iaitu nama sebuah pejabat perkhidmatan pelanggan Telkomsel. Nama Graha Pari Sraya berasal dari bahasa Sanskrit yang diilhamkan oleh Sri Sultan Hamengkubuwono X untuk nama pejabat perkhidmatan pelanggan Telkomsel sebagai tanda penghargaan kerana merasmikannya pejabat tersebut di Daerah Istimewa Yogyakarta. Sejak itulah seluruh pejabat perkhidmatan pelanggan Telkomsel ditetapkan dengan awalan GraPARI Telkomsel atau Grha Pari Sraya Telkomsel.
Selain sebagai pejabat pemasaran turut memfokuskan untuk menjalankan perkhidmatan pelanggannya dengan menyediakan penjualan produk sendiri seperti kartuHALO dan simPATI Nusantara.
GraPARI tidak menjual perangkat telefon selular kecuali jika ada kebijaksanaan tertentu untuk menjual dalam bentuk paket produk Telkomsel, hal inipun tidak selalu dilakukan. Sehingga jika ada pelanggan yang ingin membeli perangkat telefon selular terpisah dari produk Telkomsel maka GraPARI akan menyarankan untuk mendapatkannya pada peraih rasmi, saluran keluar eksklusif, mahupun peruncit yang telah bekerjasama dengan Telkomsel.
3G/3.5G
suntingTelkomsel menyediakan perkhidmatan 3G, yang memungkinkan pengguna memuat turun video serta melayari Internet dengan kelajuan tinggi. Telkomsel adalah pengendali pertama yang menyediakan perkhidmatan seperti ini.[1]
TELKOMSELFlash adalah layanan 3.5G berteknologi HSDPA dengan kelajuan maksima hingga 3.6 Mbps. Sekarang jaringan 3G Telkomsel disediakan untuk 80 kota, 3.5G di 20 kota, dan GPRS/EDGE di seluruh pelosok Indonesia.
Layanan Asisten Virtual Telkomsel
suntingDalam menyempurnakan layanan telkomsel pada era musibah virus Corona sejak maret 2020, Telkomsel meluncurkan layanan asisten virtual bernama Veronika. Layanan ini menjembatani informasi antara pelanggan telkomsel dengan penyedia layanan. Fitur ini dinamakan tanya Veronika Asisten Virtual. Nama asisten virtual itu disediakan di berbagai media pesan instan seperti facebook Messenger, WhatsApp, telegram. Layanan Tanya Veronika Asisten Virtual sudah dibekali kecerdasan artifisial sehingga lebih kontekstual dalam memberikan informasi dan layanan pada pelanggan.