Tembok Hadrian (bahasa Latin: Vallum Hadriani, bahasa Inggeris: Hadrian's Wall) merupakan suatu tembok pertahanan yang dibina merentasi pulau Great Britain pada zaman Maharaja Hadrianus (nama Inggerisnya: Hadrian) dengan tujuan untuk menyekat serangan orang-orang Celt terhadap kawasan selatan pulau yang dikuasai Empayar Rom selain sebagai penanda sempadan Empayar. Ia menjangkau dari tebing Sungai Tyne di pesisiran Laut Utara England sampailah ke muara Solway (Solway Firth) berdekatan Bowness-on-Solway di pesisiran Laut Ireland.

Lokasi Tembok Hadrian
Bahagian Tembok Hadrian berhampiran Greenhead dan sepanjang laluannya, sungguhpun sebahagian besar yang lain telah ditanggalkan dalam tempoh bertahun-tahun dan batunya digunakan bagi pelbagai projek pembinaan berdekatan.

Tembok ini sangat dikenali kerana kekuatannya yang mampu menjadikan ia paling terpelihara secara fizikal dan paling jelas kelihatan hari ini. Tambahan kepada kegunaannya sebagai kubu pertahanan, ia dipercayai bahawa pintu pagar tembok juga digunakan sebagai pos kastam bagi memudahkan cukai perdagangan.

Sebahagian besar tembok masih wujud, terutamanya dibahagian tengah, dan kebanyakan tembok tersebut boleh disusur dengan berjalan kaki. Ia merupakan tumpuan pelancong paling popular di Utara England, di mana ia sering kali dikenali hanya sebagai Tembok Rom. Ia dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1987. English Heritage, organisasi kerajaan yang mengendalikan persekitaran bersejarah di England, menggambarkan binaan ini sebagai "monumen paling penting didirikan tamadun Rom di Britain".[1]

Dimensi

sunting
 
Laluan tembok Hadrian

Pembinaan

sunting
 
Tembok Hadrian ke Timur ke arah Crag Lough

Rujukan

sunting
  1. ^ "English Heritage". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-07-22. Dicapai pada 2007-04-16.

Pautan luar

sunting
  NODES