The Beatles
The Beatles ialah sebuah kumpulan muzik rock dan pop dari Liverpool, England. Walaupun aktif hanya daripada 1960 hingga 1970, mereka amat terkenal untuk pencapaian mereka dalam bidang muzik, dan menjual berjuta-juta rakaman lagu-lagu mereka. Anggotanya John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr. Lagu mereka, "Yesterday" merupakan lagu dengan paling ramai versi saduran — kira-kira 2,500 versi "Yesterday" telah diterbit.
The Beatles | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | "The Fab Four," "The Lads from Liverpool" |
Berasal dari | Liverpool, England |
Genre | Rock, pop |
Tahun aktif | 1960–1970 |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | www.beatles.com |
Ahli | John Lennon Paul McCartney George Harrison Ringo Starr |
Bekas ahli | Pete Best Stuart Sutcliffe |
Walaupun usaha terawal mereka tertumpu pada rock and roll, R&B, dan sedikit lagu romantik, mereka kemudian mula bereksperimen dengan unsur-unsur muzik yang baru. Muzik mereka menunjuk pengaruh psikedelik, seperti "Strawberry Fields Forever", dan hard rock, seperti "Helter Skelter". Namun, lagu mereka yang paling popular merupakan lagu romantik seperti "Yesterday", "Something", "Hey Jude", dan "Let It Be". Kebanyakan lagu-lagu romantik mereka menggunakan pancaragam klasikal, sebuah langkah yang baru dalam muzik pop kontemporari.[1][2]
Dalam tahun-tahun rakaman album studio, Beatles mengeluarkan karya-karya yang dinilai terbaik oleh pengkritik, salah satunya Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1967), dipuji sebagai karya agung. Empat dekad selepas pembubaran, muzik mereka masih popular. Mereka mempunyai lebih dari satu album nombor 1 di carta lagu United Kingdom dan bertahan paling lama berbanding pemuzik lain. Berdasarkan RIAA, mereka adalah pemuzik yang menjual album terbanyak di Amerika Syarikat. Tahun 2008, majalah Billboard mengeluarkan senarai ahli muzik dengan jualan terbesar sepanjang sejarah Hot 100 untuk meraikan 15 tahun carta lagu single Amerika dimana The Beatles berada di nombor satu. Tujuh kali mendapat Anugerah Grammy, 15 Ivor Novello Awards dari British Academy of Songwriters, Composers and Authors, The Beatles secara kolektif dimasukkan dalam kompilasi majalah TIME sebagai satu dari 100 orang paling berpengaruh pada abad ke-20.
Sejarah
sunting1957 - 1962: Pembentukan dan tahun terawal
suntingPada usia 16 tahun, penyanyi dan pemain gitar John Lennon membentuk kumpulan muzik skiffle bernama The Quarrymen dengan teman-teman sekolah asal Liverpool pada Mac 1957. Paul McCartney berusia lima belas tahun ketika mereka bertemu pada Julai tahun itu. George Harrison menyertai sebagai pemain gitar utama pada Februari tahun berikutnya setelah diundang McCartney menonton. Tahun 1960, teman-teman sekolah Lennon keluar dan masuk ke Liverpool College of Art. Ketiga-tiga mereka memainkan muzik rock and roll bagi mendapatkan seorang pemain dram. Bergabung sebagai pemain bes pada Januari, rakan sekelas Lennon, Stuart Sutcliffe menyarankan untuk menukar nama kumpulan menjadi The Beetles sebagai bentuk kekaguman terhadap Buddy Holly dan The Crickets, lalu berubah lagi menjadi The Beatals di bulan-bulan pertama tahun itu. Setelah mencuba nama lain seperti Johnny and the Moondogs, Long John and The Beetles dan The Silver Beatles, kumpulan itu akhirnya menjadi The Beatles pada bulan Ogos. Ketiadaan pemain dram yang tetap menjadi masalah apabila pengurus bukan rasmi mereka, Allan Williams menyiapkan kediaman untuk mereka di Hamburg, Jerman. Sebelum akhir bulan Ogos, mereka mengadakan uji bakat dan mencari Pete Best, dan berangkat terus ke Hamburg empat hari kemudian, menandatangani kontrak untuk bermain muzik dengan penganjur persembahan bernama Bruno Koschmider untuk 48 malam. Pertunjukkan Beatles laris di Hamburg di mana mereka bermain muzik berjam-jam dan mengakibatkan jalanan macet kerana dipenuhi orang yang keluar masuk menonton persembahan mereka.
Harrison yang masih berusia 17 tahun di bulan Ogos 1960, berbohong kepada petugas Jerman mengenai usianya agar boleh tinggal di Hamburg. Pada mulanya mereka ditempatkan di Indra Club, Koschmider lalu memindahkan mereka ke Kaiserkeller pada bulan Oktober setelah Indra ditutup kerana dianggap bising. Pada masa Beatles melanggar kontrak dengan mereka di Top Ten Club yang jadi lawannya, Koschmider melaporkan Harrison yang di bawah umur kepada pihak berkuasa dan diusir bulan November. McCartney dan Best juga ditangkap kerana kes pembakaran di bilik mereka di pertengahan Disember, selepas itu mereka juga telah dihantar pulang. Lennon kembali ke Liverpool pada pertengahan Disember sementara Sutcliffe tetap di Hamburg selama beberapa bulan. Ia sudah berpunya dengan gadis Jerman, Astrid Kirchherr yang pertama kali mengambil gambar profesional Beatles dan memangkas rambut Sutcliffe dengan gaya yang popular masa itu, exi (existensialis). Gaya rambut Sutcliffe kelak memberi inspirasi kepada ahli Beatles yang lain.
Pada tahun-tahun berikutnya, kumpulan ini kembali ke Hamburg. Mereka mencuba Preludin dengan sengaja untuk menjaga tenaga agar boleh bergiat aktif semalaman. Sutcliffe memutuskan keluar awal tahun 1961 dan dan melanjutkan pengajian di Jerman, jadi McCartney mengambil alih bass. Penerbit Jerman Berta Kaempfert mengikat kontrak Beatles yang sudah jadi empat orang untuk band latar Tony Sheridan dalam beberapa buah rakaman. Dikreditkan oleh Tony Sheridan dan The Beat Brothers, single My Bonnie dirakam bulan Jun dan dikeluarkan beberapa bulan kemudian, berada di tangga ke-32 carta lagu Musikmarkt. Beatles jadi lebih dikenali apabila pulang ke Liverpool. Saat masih sering bermain di The Cavern Club, mereka bertemu Brian Epstein, pemilik studio rakaman tempatan dan seorang kolumnis muzik. Beatles menunjuk Epstein sebagai pengurus pada Januari 1962 dan Kaempfert bersetuju untuk melepaskan mereka dari kontrak rakaman Jerman. Setelah suatu uji bakat mereka ditolak Decca Records dengan komen "kumpulan gitar sudah ketinggalan zaman, Tuan Epstein" [a], George Martin memfailkan kumpulan itu ke label Parlophone di EMI. Pada bulan April mereka kembali ke Hamburg dan dikejutkan dengan berita kematian Sutcliffe akibat pendarahan otak.
Kumpulan ini mendapat arahan George Martin di Studio Abbey Road EMI, London untuk pertama kali tahun 1962. Martin mengeluh tentang cara bermain dram Best kepada Epstein dan menyarankan agar Beatles menggunakan khidmat pemain dram sesi di studio. Akhirnya, Best digantikan oleh Ringo Starr yang baru keluar dari Rory Storm and the Hurricanes. Sebenarnya Starr sudah bermain untuk Beatles menggantikan Best yang sering tidak hadir. Martin masih menyewa Andy White sebagai pemain dram sesi untuk satu sesi sahaja. White menyumbang dalam single Love Me Do dan P.S I Love You. Dikeluarkan pada bulan Oktober, Love Me Do masuk tangga lagu 20 besar di England dan berada di nombor 17. Setelah selesai rakaman untuk single kedua berjudul Please Please Me pada bulan November, mereka mula muncul di televisyen pertama kali dalam program berita People and Place.
Kumpulan itu mengadakan persembahan gig terakhir kalinya di Hamburg pada Disember 1962. Sekarang sudah menjadi pola, keempat anggota menyumbang terhadap vokal, walau hanya Starr yang jarang jadi vokal utama kerana jangkauannya terhad. Lennon dan McCartney sudah bekerja sama dalam menulis lirik, sementara Harrison juga bernyanyi walau sedikit. Epstein mencium potensi Beatles yang besar, menyarankan agar kumpulan itu bersikap lebih profesional semasa berhibur. Lennon mengulangi kata-kata pengurusnya, "Begini, jika kau benar-benar ingin masuk ke tempat yang lebih besar, kau perlu berubah - berhenti makan di panggung, berhenti menyumpah, berhenti merokok" [b] Ia juga berkata,"kami terbiasa memakai pakaian yang kami suka, di dalam dan luar panggung. Ia berkata pada kami bahawa jin kurang kelihatan bagus dan mencadangkan untuk memakai seluar yang lebih pantas, tapi ia tidak ingin kami kelihatan serba-serbi. Ia ingin kami mempunyai gaya individualiti kami masing-masing ... merupakan pilihan untuk mewujudukannya atau masih makan ayam di atas pentas ". [c]
1963 - 1966: Beatlemania, konsert jelajah, Please Please Me dan With the Beatles
suntingDengan kejayaan yang biasa dari Love Me Do, Please Please Me lebih diterima dengan cukup bersemangat, menduduki nombor 2 di tangga lagu United Kingdom selepas dikeluarkan pada Januari 1963. Pada mulanya Martin bermaksud untuk merakamkan LP (piring hitam) Beatles yang pertama di The Cavern Club, namun setelah merasa di sana seperti "suasana akustik dalam tangki minyak" [d], rakaman dialihkan selama satu sesi di Studio Abbey Road. Sepuluh lagu disiapkan dalam Please Please Me bersama 4 lagu dari 2 single yang terdahulu. Allmusic mengulas tentang bagaimana giatnya kumpulan itu mengeluarkan album sulung Please Please Me dalam satu hari: "Beberapa dekad selepas perilisannya, album itu masih terasa segar, khsususnya kerana asal nuansanya yang kuat." [e] John Lennon mengatakan bahawa ia dan Paul McCartney" hanya menulis lagu à la Everly Brothers dan Buddy Holly, lagu pop yang mengandungi tidak lebih daripada sekadar pemikiran - untuk mencipta suara. dan kata-katanya hampir tidak ada hubungannya" [f] Dikeluarkan pada Mac 1963, album itu menduduki nombor 1 yang menjadi awal mengungguli 11 album studio Beatles hingga tahun 1970 di carta lagu United Kingdom. Single ke-3, From Me to You dikeluarkan bulan April dan juga berada di nombor 1. Pada pengeluaran pada Ogos, single ke-4 She Loves You, menjadi single pertama Beatles yang menembusi jualan satu juta keping.
Logo ikonik The Beatles "drop-T" dilukis oleh pereka Ivor Arbiter, mula dikeluarkan pada 1963. Logo ini pertama kali ditampal pada dram, yang dibeli Epstein dan Ringo Starr di kedai Arbiter. Kumpulan itu menjelajahi United Kingdom 3 kali dalam setengah tahun: Jelajah selama 4 minggu bermula bulan Februari, 3 minggu di bulan Mac dan Mei hingga Jun. Populariti mereka ditandai dengan bersemangat peminat yang menamakan diri mereka Beatlemania. Persembahan di mana-mana disambut dengan jeritan. Bahkan polis perlu menyembur air dengan hos untuk menenang peminat demi melindungi Beatles. Hal ini mencetuskan debat di parlimen Inggeris. Pada akhir Oktober, The Beatles menjelajah ke Sweden selama 5 hari, untuk pertama kali membuat persembahan di luar negeri setelah di Hamburg. Kembali ke England, mereka disambut dengan jeritan beribu-ribu peminat, 15 wartawan dan jurugambar serta wartawan dari BBC Television dalam cuaca hujan lebat. Mulai esok selama 6 minggu, The Beatles kembali mengadakan jelajah yang sering menjadi berita hangat di media.
Please Please Me masih menduduki carta lagu selama 30 minggu hingga akhirnya dapat ditembusi dengan album mereka sendiri, WithThe Beatles yang juga menduduki di nombor 1 selama 22 minggu. Album ini dirakam dengan teknik penerbitan studio. Album With The Beatles diulas oleh Allmusic: "Susulan daripada pesanan yang terbanyak, salah satu yang menjadikan asli lebih baik dengan menggunakan nadanya sendiri dan menambah kedalaman" [g] Seperti yang sudah menjadi standard, album itu dikeluarkan pada akhir November, lebih awal daripada single seterusnya, I Want to Hold Your Hand. With The Beatles dipuji oleh pengkritik muzik TIME, William Mann, yang mengatakan bahawa Lennon dan McCartney adalah "komposer Inggeris hebat tahun 1963" [h]. Majalah itu menerbitkan beberapa siri rencana yang membincangkan analisis Mann mengenai muzik The Beatles dan menaruh hormat pada mereka. With The Beatles menjadi album kedua dalam sejarah carta lagu United Kingdom yang menjual sejuta keping, sebelum ini dicetak pertama kali oleh lagu latar South Pacific pada tahun 1958.
Penaklukan British
suntingKemunculan sulung The Beatles di Amerika Syarikat sebenarnya ditangguhkan selama hampir setahun semasa Capitol Records, cawangan EMI di Amerika mundur untuk menerbitkan Please Please Me atau From Me to You. Rundingan dengan label bebas Amerika menghasilkan beberapa single jadi dikeluarkan, namun masalah-masalah royalti dan ejekan terhadap gaya rambut moptop The Beatles jadi halangan lain. Pada masa Capitol mula mengurus jualan, bukannya mengeluarkan LP asli, malahan menghimpunkan album berbeza untuk pasaran Amerika dari pelbagai rakaman The Beatles yang terdahulu dan memilih lagu-lagu pilihan mereka sendiri sebagai single. Carta lagu Amerika berjaya "dikuasai" oleh Beatles selepas sebuah tayangan berita CBS memberitakan "kegilaan" Beatlemania di England yang membuat Capitol mempercepatkan pelancaran I Want to Hold Your Hand pada Disember 1963. [nota 1] Kemunculan pertama mereka di Amerika akhirnya dijadualkan beberapa minggu kemudian.
Semasa The Beatles meninggalkan UK pada 7 Februari 1964, kira-kira 4000 peminatnya berkumpul di Heathrow, melambaikan tangan dan menjerit apabila pesawat lepas landas. I Want to Hold Your Hand sudah terjual 2.6 juta keping di Amerika Syarikat selama 2 minggu sebelum ini, namun The Beatles masih tetap gugup apakah mereka akan dapat diterima. Di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York City, mereka disambut kira-kira 3000 orang. Mereka tampil pertama kali di stesen televisyen Amerika secara langsung 2 hari kemudian dalam acara The Ed Sullivan Show, yang ditonton hampir 74 juta penonton - lebih daripada 40 peratus penduduk Amerika Syarikat. Keesokan harinya, sebuah akhbar harian menulis tentang The Beatles "tidak boleh menyanyikan lagu dari seberang Atlantik", [i] tetapi sehari kemudian, konsert pertama mereka di Washington Coliseum membuktikan populariti mereka di Amerika. Hari berikutnya, sambutan yang meriah juga diterima pada ketika konsert di Carnegie Hall. Mereka hadir lagi di Ed Sullivan Show untuk kali kedua sebelum pulang ke England pada 22 Februari.
Di minggu ke-4 pada April, The Beatles sudah menduduki 12 kedudukan di tangga lagu single Billboard Hot 100, termasuk 5 kedudukan carta. Di minggu yang sama, LP Amerika ke-3 telah dikeluarkan dan sama seperti 2 LP lain, menduduki nombor satu atau dua di carta lagu Amerika. Populariti The Beatles menarik perhatian yang tak terduga akan muzik England, dan beberapa pemuzik Britain lain juga memulakan debut masing-masing di Amerika dan berjaya sehingga dalam 3 tahun berikutnya pengaruh muzik Inggeris diistilahkan dengan Penjajahan British (British Invasion). Gaya rambut The Beatles yang panjang, tidak biasa untuk zaman itu banyak diejek oleh orang-orang dewasa, namun memberi inspirasi kepada golongan belia.
Jelajah antarabangsa mulai bulan Jun dengan 22 konsert selama lebih daripada 19 hari di Denmark, Belanda, Hong Kong, Australia, dan New Zealand. [nota 2] Starr dihantar ke hospital setelah menjalani tonsilektomi pada setengah jelajah dan digantikan Jimmie Nicol. Pada Ogos mereka kembali ke Amerika untuk jelajah keliling 23 bandar selama sebulan, mulai dari San Francisco sehingga ke New York City. Namun ada masalah dengan pembesar suara yang pada masa itu kurang bagus dan bersaiz kecil, sehingga muzik yang dimainkan susah terdengar, selain harus berhadapan dengan suara jeritan peminat.
A Hard Days Night, Beatles for Sale, Help! dan Rubber Soul
suntingAhli kumpulan The Beatles mula berlakon dalam filem berjudul A Hard Day 's Night yang dikeluarkan pada Julai dan Ogos 1964, masing-masing di London dan New York. Diarahkan oleh Richard Lester dan dihasilkan oleh United Artist Records dari Mac hingga April 1964, filem ini merupakan dokumentari hitam putih The Beatles yang ribut dengan suasana canda tawa namun menuai kejayaan. Menurut Allmusic, lagu latar filem yang judulnya sama, A Hard Day 's Night, memperlihatkan bahawa The Beatles "benar-benar memenuhi peranannya sebagai kumpulan muzik. Semua pengaruh berbeza pada 2 album pertama telah melebur menjadi suara yang terang, gembira, asli, dan dipenuhi dengan suara gitar yang berdenging" [j] "Suara gitar yang berdenging" sebenarnya adalah hasil dari gitar elektrik Rickenbacker 12 milik Harrison yang khusus diberikan oleh pembuatnya. [nota 3]
Beatles for Sale, album keempat The Beatles, ditandai dengan timbulnya konflik serius antara komersialisme dan kreativiti. Dirakamkan antara Januari dan Oktober 1964, [nota 4] formatnya sengaja ingin dibuat seperti A Hard Day 's Night, yang tidak seperti 2 album sebelumnya, tidak ada lagu yang disadurkan. Dihadapkan pada jelajah antarabangsa yang panjang, proses menulis lirik menjadi agak terganggu. Lennon mengatakan "bahan menjadi masalah utama" [k] Enam lagu saduran dimasukkan dalam album. Dikeluarkan pada awal Disember, 8 lagunya dapat diterima dengan baik, mencerminkan kematangan bahan lirik lagu yang dihasilkan bersama antara Lennon dan McCartney.
Pada bulan April 1965, doktor gigi Lennon dan Harrison menaburkan kopi mereka dengan LSD ketika mereka sedang makan malam bersama. Dua pemuda itu mengakui bahawa mereka sengaja cuba dadah, diikuti oleh Starr pada satu kesempatan lain. McCartney agak segan, namun akhirnya mengaku pada tahun 1966, dan kemudian menjadi yang pertama membincangkannya secara terbuka. Penobatan The Beatles dengan gelaran Members of the Order of the British Empire (MBE) oleh Ratu Elizabeth II mencetuskan kontroversi selepas anugerah itu sebelumnya telah dicalonkan kepada Perdana Menteri Harold Wilson. Beberapa penerima MBE konservatif mengembalikan lencana mereka sebagai bentuk protes kerana pada saat itu anugerah MBE cuma diberikan untuk veteran perang dan negarawan.
Filem kedua The Beatles, Help!, yang kembali diarahkan oleh Lester, yang dikeluarkan pada Julai. Disebutkan sebagai filem yang memaparkan jenaka ala Bond, para anggota The Beatles dan pengkritik berpendapat masing-masing. McCartney berkata: "Help! adalah filem yang bagus, namun bukan filem kami - kami cuma tetamu khas. Filemnya menyenangkan, tapi sebenarnya, untuk idea sebuah filem, kelihatan kurang benar". [l] Lagu-lagu latar didominasi oleh Lennon , yang menjadi vokalis utama dan penulis sebahagian besar lirik, termasuk lagu utama yang menyertai Help dan Ticket to Ride. Album yang juga berjudul sama, Help! menjadi LP studio kelima, mengandungi campuran bahan asli dan rakaman terdahulu. Ciri-ciri lain ada alihsuara yang semakin meningkat dan permainan alat muzik klasik, seperti kuartet alat muzik biola dalam lagu balada Yesterday. Dicipta oleh McCartney, lagu Yesterday hingga kini menjadi lagu yang paling banyak dinyanyikan semula. Lagu Dizzy Miss Lizzy, merupakan lagu penutup. [nota 5]
Pada tarikh 15 Ogos, kunjungan ketiga The Beatles ke Amerika Syarikat dibuka dengan konsert di Stadium Shea, New York dengan penonton 56,000 orang. Sembilan konsert seterusnya mendukung kejayaan di pelbagai bandar. Di akhir jelajah, kakitangan keempat diperkenalkan kepada Elvis Presley, tokoh yang juga berpengaruh pada muzik mereka. Elvis mengajak ke rumah, menggubah muzik melalui penambahbaikan (jam session) di ruang tamu, berbincang mengenai perniagaan muzik dan berkongsi anekdot.
Album Rubber Soul, dikeluarkan awal Disember, dipuji oleh pengkritik sebagai kemajuan baru dan muziknya semakin kompleks. Penulis dan pengkritik Ian MacDonald menilai Rubber Soul "memulihkan kembali rasa arah yang sudah ditinggalkan sejak akhir tahap penerbitan Beatles for Sale" [m]. Berbeza dengan Help! yang memasukkan unsur-unsur muzik klasik seperti seruling dan alat muzik biola, Rubber Soul memperkenalan alunan gitar dalam lagu Norwegian Wood (This Bird Has Flown), sebuah kreativiti yang melampaui kebiasaan pada muzik rock. Terdapat juga cara penulisan lirik yang semakin berbeza antara Lennon dan McCartney walaupun masih bekerjasama. Temanya juga meluas dari hal-hal tentang percintaan dan sebagainya. Di sisi lain, lirik lagu menarik perhatian peminat yang menangkap keindahan dan kedalaman maknanya. Ada spekulasi yang mentafsirkan bahawa "Norwegian Wood" bermakna "ganja". Pada tahun 2003, majalah Rolling Stone memasukkan Rubber Soul ke nombor 5 di antara 500 Album Terbaik Sepanjang Masa (The 500 Greatest Albums of All Time), sementara Allmusic memujinya sebagai salah satu album folk rock klasik. Lain dengan Lennon dan McCartney, menurut mereka album itu "cuma album yang lain" [n].
1966 - 1969: Kontroversi, tahun-tahun di studio dan pembubaran
suntingPeristiwa yang membawa kepada konsert jelajah akhir
suntingPada bulan Jun 1966, Yesterday and Today — salah satu album kompilasi yang dihasilkan oleh Capitol Records untuk pasaran Amerika Syarikat menimbulkan kekecohan kerana kulitnya memaparkan The Beatles meringis dan memakai pakaian tukang jagal, lengkap dengan daging dan boneka bayi yang cacat. Kemungkinan sebuah sindiran kepada Capitol yang menganggap "menjanggal" album-album mereka. Ribuan cetakan album dipasarkan dengan sampul berbeza-beza. Sebuah album asli pertama yang masih terbungkus mencapai harga $ 10,500 di sebuah lelong pada Disember 2005. Dalam jelajah ke Filipina selepas pelancaran Yesterday and Today, The Beatles tak sengaja membuatkan ibu negara, Imelda Marcos, merasa tersinggung kerana menolak jamuan sarapan istana presiden di Manila. Sebagai juru bicara, Epstein menolak dengan halus kerana merasa tidak pernah menerima jemputan rasmi semacam itu. The Beatles lalu menyedari bahawa permintaan rejim Marcos tidak boleh dijawab dengan kata "tidak". Berlaku beberapa kekecohan yang membahayakan dan mereka bersusah payah keluar dari negara itu.
Setelah sampai di England, mereka menghadapi kecaman dari lembaga keagamaan dan sosial konservatif Amerika Syarikat, seperti Ku Klux Klan kerana komen Lennon ketika diwawancara oleh wartawan England, Maureen Cleave dari Evening Standard. Lennon mengatakan bahawa "Kristian telah mati" dan The Beatles "lebih terkenal daripada Isa kini" [o]. Komen itu diacuhkan di England, namun menimbulkan kontroversi di Lingkaran Injil, selatan Amerika Syarikat, menurut majalah Datebook. Kerana komen itu pula, di Afrika Selatan, lagu-lagu The Beatles dilarang dimainkan di radio sehingga tahun 1971. Epstein mengkritik Datebook yang telah menyalahertikan komen Lennon dan pada semasa sidang akhbar Lennon menjelaskan "Jika saya katakan bahawa televisyen lebih terkenal daripada Yesus, saya mungkin sudah terpengaruh olehnya ". [p] Lennon mengatakan bahawa ia hanya berpendapat bagaimana orang lain memandang The Beatles, lalu melanjutkan "jika anda ingin saya minta maaf, jika ini membuat anda senang, baiklah, saya minta maaf" [q]
Revolver dan Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band
suntingSelepas Rubber Soul, album seterusnya, Revolver, dikeluarkan pada Ogos 1966 sebelum jelajah terakhir The Beatles. Pitchfork Media menganalisis dengan komen bahawa album tersebut sebagai "suara kumpulan muzik yang berkembang menjadi kepercayaan diri tahap tinggi" [r] dan "menegaskan kembali apa yang diharapkan dari muzik popular" [s] Gould berkata album ini" diadun dengan motif berputar, pengulangan dan pembalikan" [t]. Lirik lagunya mula rumit dan diberikan sentuhan gaya muzik yang berbeza-beza, mulai dari gubahan alat muzik biola hingga rock Psikedelik. Kulit album dirancang oleh Klaus Voormann, teman mereka sejak aktif bermain di Hamburg. Sampulnya memaparkan karikatur hitam putih The Beatles dalam "gaya pena dan tinta" ciptaan Aubrey Beardsley. Nombor pertama bermula dengan Paperback Writer, diakhiri Rain. Kedua-dua lagu tersebut menjadi video klip pendeknya dan dianggap sebagai salah satu pelopor video muzik pertama, yang kemudian disiarkan di Top of the Pops dan The Ed Sullivan Show.
Di antara nombor lagu paling eksperimental dari album Revolver adalah Tomorrow Never Knows yang liriknya ditulis Lennon berdasarkan buku Timothy Leary, The Psychedelic Experience: A Manual Based on the Tibetan Book of the Dead. Rakaman dijalankan dengan 8 buah pita yang disebarkan di beberapa bangunan studio rakaman, setiapnya diwakili oleh kakitangan dan pekerja studio yang mengubah pergerakan pita rakaman ke sana ke sini, sementara Martin membuat kombinasi dari keseluruhan contoh rakaman tersebut. Lagu Eleanor Rigby yang ditulis Paul diiringi permainan alat muzik biola, dianalisis sebagai "terbitan sesungguhnya, merujuk kepada gaya atau genre lagu yang tidak dikenali" [u] Harrison mula tekun menjadi penulis lagu, dan 3 komposisi mendapat tempat dalam album. Pada tahun 2003, Rolling Stone memberi kedudukan ke-3 kepada Revolver sebagai salah satu album terbaik di sepanjang masa. Pada jelajah Amerika seterusnya, tiada satupun lagu dari album ini dimainkan. Konsert tarikh 29 Ogos di Candlestick Park, San Francisco, merupakan jelajah antarabangsa terakhir, menandakan berakhirnya 4 tahun penuh konsert yang telah melebihi 1,400 kali penampilan di seluruh dunia. [nota 6]
Bebas dari beban konsert, keinginan untuk bereksperimen dipenuhi dengan menerbitkan album Sgt. Pepper 's Lonely Hearts Club Band mulai Disember 1966. Geoff Emerick mengingat "The Beatles berkeras agar semua yang ada di Sgt. Pepper harus berbeza. Kami mempunyai mikrofon tepat di bawah brass dan fon kepala dibuat menjadi mikrofon yang dimuat turun di biola. Kami menggunakan pengayun kuno besar untuk mengubah-ubah kelajuan alat muzik dan vokal, kami juga memotong pita jadi bebarapa bahagian, bersama-sama bolak balik berputar-putar di jalur yang salah [v] Bahagian-bahagian lagu A Day in the Life dirakam dengan 40 puluh alat muzik dalam sebuah orkestra. Hampir 700 jam diperlukan untuk menyiapkannya. Pada Februari 1967, mereka pertama kali mengeluarkan album bukan sebelah-A dengan lagu single Strawberry Fields Forever "/" Penny Lane; Sgt. Pepper baru dikeluarkan bulan Jun. Kerumitan album yang dicipta dengan teknologi rakaman 4 runut ini mengundang pemuzik lain untuk mengungguli The Beatles. Beach Boys, Brian Wilson, di tengah krisis peribadi dan usahanya untuk menyelesaikan album Smile, setelah mendengar Strawberry Fields seperti mendapat "pukulan besar" dan akan meninggalkan semua usaha untuk bersaing. Sgt. Pepper mendapat pujian besar sebagai karya agung. Pada tahun 2003, Rolling Stone mendaftarkannya ke nombor satu dari 500 Album Terbaik Sepanjang Masa. Jonathan Gould memberi komen: "sebuah hasil karya yang kaya, terus menerus, dan banyak dari kerjasama para genius dengan cita-cita berani dan keaslian menakjubkan yang memperluaskan kemungkinan dan meningkatkan harapan akan jadi seperti apa pengalaman mendengar muzik popular melalui album itu. Di asas persepsi ini, Sgt.Pepper menjadi pemangkin sebuah letupan keghairahan massa terhadap album berformat rock yang boleh mengubah sisi estetika dan ekonomi perniagaan rakaman, jauh melampaui letupan pop awal dari fenomena Elvis tahun 1956 dan Beatlemania tahun 1963". [w]
Sgt. Pepper adalah album pop pertama yang menyertakan lirik lagu penuh di bahagian belakang penutup. Lirik lagunya juga menjadi bahan analisis dan spekulasi peminat, contohnya "celebrated Mr K" dalam lagu Being for the Benefit of Mr.Kite! mungkin mencerminkan fiksyen surealis penulis Franz Kafka. Pengkritik sastera Amerika dan profesor Richard Poirier menulis sebuah esei, "Belajar dari The Beatles" ("Learning from The Beatles"), setelah mengamati mahasiswanya yang mendengar muzik The Beatles dengan perasaan iri. Poirier mengenalpasti apa yang ia istilahkan dengan "andaian campuran" [x] dari lirik lagu mereka: "Tidak bijak selalu menganggap bahawa mereka sedang melakukan satu perkara atau mengekspresikan diri mereka dalam satu gaya sahaja... satu jenis perasaan mengenai subjek yang tidak cukup... setiap perasaan yang dihasilkan seringkali muncul dalam konteks pelbagai alternatif yang seolah-olah saling bertentangan". [y] McCartney berkata pada masa itu, "Kami menulis lagu. Kami tahu apa yang kami maksudkan. Tapi dalam satu minggu ada seorang yang mengatakan sesuatu tentang hal itu dan kau tak boleh menafikan... Kau letakkan ertimu sendiri pada tahap dirimu kepada lagu-lagu kami" [z] Tak hanya lirik lagu, sampul album Sgt. Pepper 's yang mengandungi pelbagai gambar juga mencetuskan minat dan analisis serius. Misai lebat para anggotanya akan jadi ikutan gaya hippie. Sejarawan budaya Jonathan Harris mentafsirkan "pakaian parodi tentera yang berwarna meriah" [aa] mereka sebagai penampilan "anti-autoritarian dan anti-penguasa" [ab]
Pada 25 Jun, mereka melancarkan single All You Need Is Love, kepada penonton televisyen di seluruh dunia dalam Our World (tayangan televisyen antarabangsa), rangkaian televisyen global yang disiarkan secara langsung. Muncul di tengah-tengah Summer of Love, lagu itu dijadikan lagu rasmi flower power. Dua bulan kemudian, mereka dikejutkan dengan berita yang mengantarkan kerjaya mereka kepada titik akhir. Setelah diperkenalkan pada Maharishi Mahesh Yogi, mereka pergi ke Bangor untuk bermeditasi. Dalam perjalanan, pembantu Brian Epstein Peter Brown menelefon untuk mengkhabarkan bahawa Epstein telah meninggal dunia. Koroner menyatakan bahawa kematian Epstein disebabkan dos dadah berlebihan, namun ada khabar angin lain yang mengatakan telah menemui nota bunuh diri di antara barang-barangnya. Epstein diketahui sedang dalam keadaan emosi yang tidak stabil kerana tertekan oleh masalah-masalah peribadi dan keadaan kerjanya dengan The Beatles. Ia meragukan bahawa The Beatles mungkin tidak akan memanjangkan kontrak pengurusan, yang akan selesai bulan Oktober, mungkin disebabkan rasa tidak puas hati. Selain itu, ada pula masalah mengenai Seltaeb, syarikat yang memegang hak penjualan di Amerika Syarikat. Kematian Epstein mengakibatkan anggota The Beatles kehilangan pegangan dan tidak tahu akan melakukan apa nantinya. Lennon berkata: "saya tidak berpandangan buruk sedikit pun tentang kemampuan kami untuk melakukan apa saja selain bermain muzik dan saya takut" [ac] ia juga mengulas mengenai kematian Epstein sebagai titik permulaan berakhirnya mereka: "saya tahu kami sedang dalam masalah... saya fikir, kami benar-benar dalam masalah sekarang". [ad]
Magical Mystery Tour, The White Album dan Yellow Submarine
suntingMagical Mystery Tour, lagu latar filem televisyen The Beatles yang akan datang, muncul dalam format album mini (EP) (extended play disc) kembar dengan 6 buah nombor lagu pada awal Disember 1967. Di Amerika Syarikat, 6 lagu itu dikeluarkan dalam LP berjudul sama namun ditambah single-single terbaru. Allmusic mengulas tentang versi LP Amerika, "suara psikedelik terdengar sangat bergema selepas album Sgt.Pepper dan bahkan lebih padat (terutama potongan-potongan suara dari" I Am the Walrus") dan menyebut 5 lagu yang dipilih dari single tahun 1967 "besar, semarak, dan inovatif". [ae]
Album itu kembali mencatat rekod baru di Amerika Syarikat sebagai jualan LP terbanyak oleh Capitol dalam tiga minggu pertama. Disiarkan pada Hari Tinju, filem Magical Mystery Tour yang sebahagian besar diarahkan oleh Paul McCartney, mendapat komen kurang memuaskan dari media Inggeris. Daily Express menyebutnya "sampah yang ketara" [af] dengan komen "sebuah rakaman panjang, kasar yang sangat banyak yang memaparkan orang-orang naik turun dan memandu bas" [ag] Sementara, The Daily Mail menyebutnya "kesombongan yang amat besar" [ah] dan Guardian mengulas: "jenis permainan moral fantasi tentang kekotoran, kehangatan dan kebodohan penonton" [ai] Akibatnya, filem ini tidak ditayangkan di Amerika. Pada Januari, The Beatles melakonkan watak figuran untuk filem animasi Yellow Submarine, The Beatles dalam versi kartun fantasi. Dikeluarkan pada Jun 1968, Yellow Submarine mendapat sambutan baik disamping muziknya.
Kemudian, LP kembar kembali dikeluarkan, berjudul The Beatles yang dikenali sebagai White Album kerana kulitnya kosong melompong. Kerana pengarahan Epstein sudah tidak ada lagi, inspirasi kreatif untuk bahan album berasal dari pengalaman bersama Maharishi Mahesh Yogi yang mereka sebut sebagai guru. Di Rishikesh, India, tempat ashram Maharishi berada, The Beatles menghasilkan banyak lagu, hampir 30 lagu yang dirakam untuk album tersebut. Starr pulang selepas 10 hari, yang menyamakan sesi tersebut seperti Butlins (bercuti berkhemah di England) dan McCartney juga akhirnya pulang sebulan kemudian kerana bosan dengan prosedur Maharishi. Sementara itu, Lennon dan Harrison diberitahu oleh Yanni Alexis Mardas alias Magic Alex, seorang juruteknik elektronik bahawa Maharishi sebenarnya memanfaatkan The Beatles dan telah melakukan gangguan seksual kepada siswi-siswinya. Mendengar hal itu, Lennon terpengaruh dan terus memaksa Harrison yang tak percaya dan rombongan mereka pulang. Dalam kemarahannya, Lennon menulis lagu berjudul Maharishi, namun diganti menjadi Sexie Sadie. McCartney berkata "Kami membuat kesalahan. Kami fikir ada yang lebih dari dalam dirinya. [aj]
Dalam sesi rakaman album yang bermula dari akhir Mei hingga pertengahan Oktober 1968, hubungan antara anggota The Beatles menjadi semakin renggang. Starr berhenti untuk sementara, menyebabkan McCartney yang harus mengetuk dram dalam beberapa lagu. Masalah lain adalah hubungan percintaan antara John Lennon dengan artis barisan hadapan Yoko Ono. Sudah menjadi persetujuan bersama sebelum ini di antara keempat anggota untuk tidak membawa orang ke dalam studio. Lennon berkeras membawa Ono dalam semua sesi rakaman, walaupun Harrison merasa tak senang. Kerja sama menulis lirik antara Lennon-McCartney tidak lagi dilakukan. Lennon semakin sering menilai rendah input kreatif McCartney dan menyebut komposisinya sebagai "muzik nenek-nenek" [ak]. Bahkan menyifatkan Ob-La-Di, Ob-La-Da "kotoran nenek-nenek" [al]. Mengulas tentang sesi White Album, Lennon memberi kesimpulan tentang akhir kumpulan mereka "kelihatan seperti kau mengambil semua lagu dan membuatnya jadi milikku dan milik Paul... hanya diriku dan kumpulan yang mendukungku, Paul dan kumpulan yang menyokongnya, dan aku menikmatinya. Kami bubar selepas itu" [am] McCartney juga menyebut sesi itu sebagai awal dari perpecahan: "sampai titik itu, dunia adalah masalah, tapi kami tidak lagi" seperti yang selalu menjadi "hal terbaik tentang the Beatles" [an] Dikeluarkan pada November, White Album adalah keluaran pertama album The Beatles dari Apple Records, label baru anak syarikat Apple Corps yang dibentuk oleh kumpulan itu setelah kembali dari India, memenuhi rancangan Epstein untuk membina syarikat cukai yang berkesan. Album itu terjual lebih dari 4 juta keping di Amerika Syarikat dalam masa satu bulan dan lagu-lagunya ramai dimainkan di radio-radio Amerika. Walaupun terkenal, album itu tidak mendapat komen yang bernada memuji. Berdasarkan komen Jonathan Gould: "respons balas... berbeza dari campuran sehingga rata. Berbeza dengan Sgt.Pepper, yang membantu membina seluruh genre kritikan rock yang terpelajar, White Album tidak memberi inspirasi kepada tulisan balas sedikit pun. Bahkan peresensi yang paling bersimpati sekalipun... benar-benar tidak tahu untuk membuat pencurahan tak berbentuk dari lagu-lagu itu. Hubert Saal dari Newsweek, melihat banyaknya parody, menuduh mereka main-main" [ao]
Namun begitu, kritikan akhirnya membina. Pada tahun 2003, Rolling Stone memasukkannya ke peringkat terakhir dari Sepuluh Album Terbaik Sepanjang Masa. Pitchfork memuji "besar dan bertaburan, melimpah dengan idea-idea dan kesenangan, dan dipenuhi dengan susunan bahan yang sangat berbeza-beza ... kelemahannya sama penting untuk membentuk perwatakan sama seperti kejayaannya" [ap] Allmusic mengulas:" Sebenarnya, dua tokoh utama penulis lagu The Beatles tidak lagi sehaluan dengannya, tetapi lain halnya dengan George dan Ringo" [aq], "Lennon mencipta 2 buah lagu balada terbaiknya" [ar], lagu-lagu karya McCartney "menakjubkan" [as], Harrison seolah-olah sudah menjadi "penulis lagu yang pantas mendapat pemberitaan" [at] dan komposisi Starr "sebuah kegembiraan". [au]
Ketika ini, minat terhadap lagu The Beatles sudah jadi perkara serius. Saat lagu "Revolution" yang ditulis Lennon dikeluarkan sebagai single pada Ogos, mendahului White Album, pesannya tampak jelas: "bersihkan fikiran" [av], dan "aku tidak ikut" [aw], menyifatkan bahawa kemusnahan adalah alat untuk mendapatkan suatu tujuan. Namun di versi White Album dengan lagunya, "Revolution 1", ada penambahan kata "count me out... in", seperti menandakan perubahan perasaan. Namun sebenarnya single Revolution dirakam selepas White Album dan ada yang berpendapat bahawa bahawa lirik mereka mula membenarkan kekerasan yang bersifat politik.
LP Yellow Submarine akhirnya dikeluarkan pada Januari 1969, mengandungi 4 lagu yang sebelum ini tidak dikeluarkan, terdapat juga lagu utama Yellow Submarine, (sudah dimasukkan dalam Revolver), lagu All You Need is Love (dikeluarkan sebagai single dan LP Magical Mystery Tour di Amerika) dan 7 muzik instrumental yang dikarang oleh Martin. Kerana kurangnya perkara baru dalam album ini, Allmusic menyebutnya "kurang perlu" [ax] mengecualikan lagu Harrison, It's All Too Much, yang dipuji sebagai "permata dari lagu-lagu yang baru... gemerlapan dengan Mellotron yang berputar-putar, perkusi yang sangat kencang dan gelombang pasang gitar arus balik ... perjalanan seorang pemain alat muszk ke dalam Psikedelia lain yang tidak jelas" [ay]
Abbey Road, Let it Be dan pembubaran
suntingWalaupun Let It Be merupakan album terakhir The Beatles, sebahagian besar lagunya dirakam sebelum penerbitan Let It Be. Sebenarnya diberi judul Get Back, Let It Be berasal dari idea Martin untuk McCartney: untuk menyiapkan material baru dan "menampilkannya di hadapan penonton secara langsung untuk pertama kalinya - dalam rakaman dan dalam filem. Dengan kata lain membuat album langsung dari material baru yang belum pernah dilakukan sebelumnya". [az] Sebahagian besar bahan diolah studio selama berjam-jam seperti yang dirakamkan dalam filem oleh Michael Lindsay-Hogg. Martin berkata bahawa raptai dan rakaman yang dilakukan di sepanjang Januari 1969 itu "bukanlah pengalaman yang menyeronokkan sama sekali. Pada masa itu merupakan masa dimana hubungan antar-anggota The Beatles mencapai titik terendah". [ba] Jengkel oleh sikap Lennon dan McCartney, Harrison berhenti selama satu minggu. Ia kembali dengan pemain keyboard Billy Preston yang mengambil bahagian dalam 10 hari terakhir sesi rakaman dan diberi kredit pada pemuzik lain single Get Back di luar The Beatles yang satu-satunya menerima pengiktirafan rasmi sedemikian dalam album mereka. Para anggota The Beatles gagal mencapai kesepakatan untuk memilih lokasi konsert dengan menolak beberapa konsep seperti di atas kapal laut, padang pasir Tunisia dan Colosseum. Akhirnya, persembahan secara langsung terakhir mereka, bersama Preston difilemkan di atas bumbung bangunan Apple Corps di 3 Savile Row, London pada 30 Januari 1969.
Juruteknik bernama Glyn Johns bekerja berbulan-bulan membantu ketukangan album Get Back sementara pada masa yang sama masing-masing anggota mengurus hal lain. Konflik kembali memuncak berkaitan dengan semakin diperlukannya seorang penasihat kewangan sepeninggal Epstein. Lennon, Harrison dan Starr lebih memilih Allen Klein yang juga mengurus kontrak untuk The Rolling Stones dan kumpulan muzik Inggeris lain di Amerika Syarikat. McCartney mahukan John Eastman, kakak Linda Eastman (kelak mengahwini McCartney pada tarikh 12 Mac, 8 hari sebelum perkahwinan Lennon dan Yoko Ono). Tidak ada kesepakatan, jadi kedua-duanya dilantik namun masalah semakin bertambah banyak.
George Martin kagum ketika McCartney menghubunginya untuk menghasilkan album lain, berhubung sesi Get Back sudah seperti "pengalaman yang tidak menyenangkan" [bb] dan berkata "akhir jalan dari kami semua... mereka telah menjadi orang-orang yang tak menyenangkan-bagi diri mereka sendiri mahupun orang lain". [bc] Sesi rakaman Abbey Road bermula pada akhir Februari. Lennon menolak format yang diajukan Martin untuk konsep "potongan muzik yang bergerak terus menerus",[bd] dan mahukan ideanya sendiri agar lagu-lagu McCartney diletak di sisi album yang berasingan. Format akhir dihasilkan dengan lagu-lagu komposisi secara individu di sebelah pertama dan kedua mengandungi medley, hasil daripada kompromi dengan McCartney. pada 4 Julai, sementara rakaman album sedang dalam proses, single solo pertama individu dikeluarkan oleh Lennon "Give Peace a Chance", dengan kredit Plastic Ono Band. Penyiapan lagu saduran Abbey Road "I Want You (She 's So Heavy)" pada 20 Ogos 1969 adalah terakhir kalinya keempat anggota bersama-sama dalam studio yang sama. Lennon keluar dari kumpulan pada 20 September namun tidak mengumumkan kepada awam sehingga masalah-masalah hukum dapat diselesaikan.
Dikeluarkan 6 hari selepas John keluar, Abbey Road terjual 4 juta salinan dalam masa 2 bulan dan menduduki puncak tangga lagu Inggeris selama 11 minggu. Lagu kedua, balada Something, juga dikeluarkan sebagai single - lagu pertama dan satu-satunya karya Harrison yang muncul di sebelah A The Beatles. Abbey Road mendapat pelbagai komen dan bahagian medley boleh diterima umum. Allmusic mengulas: "a fitting swan song for the group" yang mengandungi "beberapa harmoni terbesar pernah yang didengar dari rakaman lagu rock".[be] MacDonald menyebutnya "erratic and often hollow": "Jika bukan kerana penyertaan McCartney sebagai perancang Long Medley ... Abbey Road akan kekurangan persamaan kesatuan dan pertalian yang membuatnya lebih baik daripada yang sebenarnya" [bf] Martin berkata bahawa album ini merupakan kegemarannya secara peribadi dari semua album The Beatles ; Lennon berkata album itu "kompeten" [bg] tapi "tidak mempunyai kehidupan di dalamnya",[bh] dan sekali lagu mengejek lagu berjudul "Maxwell 's Silver Hammer" dengan komen "ada lagi muzik Paul yang ala nenek-nenek",[bi] Jurutera rakaman Geoff Emerick mengatakan bahawa penggantian tiub vakum pengadun audio studio dengan yang bertransisi menghasilkan suara yang kurang kencang, sehingga keempat anggota sempat kecewa dengan suara yang lebih kecil dan kurang dentuman.
Album Get Back masih belum dapat diselesaikan, dan sebuah lagu ciptaan Harrison yang berjudul I Me Mine dijadikan sebagai lagu saduran dirakam pada 3 Januari 1970. Pada masa itu, Lennon berada di Denmark dan tidak mengambil bahagian. Untuk menyelesaikan rakaman album yang sekarang sudah diberi judul baru Let It Be, March Klein memberikan rakaman pita sesi Get Back kepada penerbit Amerika Phil Spector. Dikenali kerana pendekatan Wall of Sound, Spector telah menerbitkan single solo Lennon baru-baru, Instant Karma. Phil Spector megadun menyunting, menyambung dan menambah suara terhadap rakaman sebelumnya yang dimaksudkan bernuansa "secara langsung". McCartney tidak berpuas hati terhadap hasil kerja Spector terhadap material, terutama orkestranya terhadap lagu The Long and Winding Road yang disertakan paduan suara dan permainan 34 buah alat muzik dalam orkestra. McCartney cuba menghentikan perilisan versi Spector namun tidak berjaya. Secara rasmi ia mengumumkan keluar dari The Beatles pada 10 April, satu minggu sebelum pelancaran album solo pertamanya, McCartney. Rakaman prakeluaran McCartney menyertakan surat kenyataan yang berisi keputusannya untuk keluar dari The Beatles dan harapan-harapannya pada masa depan.
Pada 8 Mei, Let It Be yang diterbitkan oleh Spector akhirnya dikeluarkan. Single The Long and Winding Road adalah single terakhir mereka yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, tetapi bukan di England. Filem dokumentari Let It Be dikeluarkan pada bulan yang sama dan pada Anugerah Akademi tahun seterusnya memenangi Academy Award for Best Original Score. The Sunday Telegraph mengeluarkan komen negatif "sebuah filem yang sangat jelek dan salah satu yang menyentuh ... tentang keretakan sekeluarga bersaudara yang pernah kelihatan berkekalan, menenangkan dan sempurna secara geometri". [bj] Lebih dari satu pengkritik mengulas mengenai beberapa lagu yang terdengar lebih bagus di filem daripada di albumnya sendiri. Melihat banyaknya nada negatif, cenderung mennghina, Allmusic mengulas: "Secara keseluruhan dipandang rendah ... McCartney secara khusus menghasilkan beberapa permata: Let It Be yang bernuansa gospel dan mengandungi salah satu lirik terbaiknya; Get Back, salah satu karya rocknya yang paling kencang; dan The Long and Winding Roadnya yang merdu, tapi dihancurkan oleh alihsuara tangan-berat Spector" [bk] McCartney mengajukan gugatan untuk pembubaran The Beatles pada 31 Disember 1970. Namun begitu, perselisihan yang berkaitan dengan masalah-masalah di dalamnya tidak berakhir sehingga 1975.
1970 - kini: Selepas pembubaran
sunting1970an
suntingLennon, McCartney, Harrison dan Starr masing-masing mengeluarkan album solo pada tahun 1970, seterusnya ada beberapa kali bekerjasama antara satu atau lebih orang bekas kakitangan. Album Ringo Starr, Ringo (1973) adalah satu-satunya album yang mengandungi penciptaan dan persembahan keempat bekas anggota, tapi dalam lagu yang berasingan. Bekerjasama dengan Starr, Harrison mengadakan The Concert for Bangladesh di New York City pada bulan Ogos 1971 dengan pemuzik India, Ravi Shankar. Selain dari sesi jam yang tidak dikeluarkan pada tahun 1974 (nanti dikeluarkan sebagai bootleg dengan judul A Toot and a Snore in '74), Lennon dan McCartney tak pernah membuat rakaman bersama lagi.
Dua LP kembar lagu-lagu terbaik The Beatles dikompilasikan oleh Allen Klein, 1962-1966 dan 1967-1970, yang dikeluarkan pada tahun 1973, pertama kali melalui Apple Records. Secara umum dikenali sebagai Red Album dan Blue Album, masing-masing mendapat penghargaan Pensijilan Multi-Platinum di Amerika Syarikat dan Pensijilan Platinum di England. Antara tahun 1976 dan 1982, EMI/Capitol mengeluarkan gelombang album kompilasi The Beatles tanpa input daripada bekas anggota band. Satu-satunya album yang menyertakan material yang tak dikeluarkan sebelumnya adalah The Beatles at the Hollywood Bowl (1977). Rakaman konsert pertama The Beatles yang secara rasmi dikeluarkan tersebut mengandungi pilihan dari 2 penampilan The Beatles semasa persembahan jelajah Amerika antara tahun 1964 dan 1965. Selepas keluaran antarabangsa album asli versi Bahasa Inggeris dalam bentuk CD pada tahun 1987, EMI menggugurkan kompilasi-kompilasi terkini - termasuk the Hollywodd Bowl dari katalognya.
Muzik dan kemasyhuran The Beatles yang masih tersisa secara komersial dieksploitasi dalam pelbagai cara, di luar kawalan bekas anggotanya. All This and World War II (1976) adalah filem bukan fiksyen yang menggabungkan petikan berita Perang Dunia II dengan lagu latar The Beatles yang dinyanyikan oleh penyanyi lain. Muzikal Broadway berjudul Beatlemania dipentaskan pada awal tahun 1977 cukup berjaya memainkan cerita tentang nostalgia The Beatles. The Beatles cuba memboikot keluaran Live! at the Star-Club in Hamburg, Germany; 1962 namun gagal. Album tersebut mengandungi kompilasi rakaman yang dibuat pada ketika mereka sedang membuat persembahan di Hamburg, tapi dirakam dengan pita dari mesin perakam menggunakan sebuah mikrofon. Sgt. Pepper 's Lonely Hearts Club Band (1978), sebuah filem muzikal yang memaparkan Bee Gees dan Peter Frampton, gagal di pasaran dan dianggap "kegagalan yang artistik" [bl]. Pada tahun 1979, semua bekas anggota The Beatles menuntut penerbit Beatlemania dan mendapat ganti rugi satu juta dolar. Harrison mengulas "Orang berfikir The Beatles seperti domain biasa. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya mencomot material The Beatles" [bm]
1980an
suntingLennon ditembak dan meninggal dunia pada tarikh 8 Disember 1980 di New York City. Sebagai ucapan peribadi, Harrison menulis All Those Years Ago, lagu tentang detik-detik bersama The Beatles yang dirakam sebelum kematian Lennon. Dengan isterinya Linda, McCartney menyumbang dalam vokal latar, dan Starr pada drum. Lagu tersebut dinyanyikan semula dengan lirik baru serta dikeluarkan sebagai single pada Mei 1981. Karya individu McCartney, Here Today, muncul dalam album Tug of War pada bulan April 1982. Pada tahun 1987, Harrison mengeluarkan album yang berjudul album Cloud Nine yang mengandungi When We Was Fab, sebuah lagu yang menceritakan zaman Beatlemania.
The Beatles diabadikan dalam Rock and Roll Hall of Fame pada tahun 1988. Harrison dan Starr menghadiri upacara bersama janda Lennon, Yoko Ono dan dua anak lelakinya Julian dan Sean. McCartney membatalkan kedatangannya dengan mengadakan satu sidang akhbar, "Setelah 20 tahun, The Beatles masih mempunyai banyak perbezaan urusan yang saya harap dapat diselesaikan mulai sekarang. Malangnya, mereka tidak mahu, jadi saya merasa seperti seorang munafik yang melambaikan tangan dan tersenyum pada mereka dalam perjumpaan palsu" [bn] Pada tahun berikutnya, EMI/Capitol mengabulkan tuntutan The Beatles yang sudah puluhan tahun mengenai royalti dan memberikan label rasmi terhadap material yang tak pernah dikeluarkan sebelumnya.
1990an
suntingLive at the BBC, keluaran rasmi pertama yang mengandungi persembahan The Beatles yang tidak dikeluarkan dalam 17 tahun terakhir, akhirnya muncul pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, McCartney, Harrison dan Starr melakukan perjumpaan untuk projek The Beatles Anthology, yang sebenarnya sudah dilaksanakan bermiula pada akhir 1960-an oleh Neil Aspinall. Awalnya sebagai pengurus perjalanan dan kemudian pembantu peribadi The Beatles, Aspinall mula mengumpul material untuk filem dokumentari setelah ia menjadi pengarah Apple Corps pada tahun 1968. mendokumentasikan sejarah The Beatles, projek ini meliputi pengeluaran banyak rakaman-rakaman yang tak dikeluarkan; McCartney, Harrison dan Starr juga menambah beberapa permainan alat muzik dan vokal baru untuk dua lagu demo yang dirakam Lennon pada akhir 1970-an. Pada tahun 1995 dan 1996, projek tersebut menghasilkan 5 siri televisyen, video volume-8 dan 3 set kotak CD (mengandungi 2). Dua lagu demo Lennon, Free as a Bird dan Real Love masing-masing dikeluarkan lagi sebagai single. Box CD menyertakan karya Klaus Voorman, pencipta sampul album Revolver pada tahun 1966. Penjualan mencapai kejayaan besar dan siri televisyennya telah ditonton lebih daripada 400 juta orang di seluruh dunia.
2000an
sunting1, sebuah album kompilasi dari setiap lagu nombor satu di carta lagu United Kingdom dan Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada 13 November 2000. Album tersebut menjadi album dengan jualan terpantas sepanjang masa, pada minggu pertama mencapai 3.6 juta salinan dan lebih dari 12 juta salinan dalam 3 minggu di seluruh dunia. Di 28 negara, album tersebut menduduki tangga lagu di nombor satu, termasuk di England dan Amerika Syarikat. Pada April 2009, album ini telah terjual lebih dari 31 juta salinan dan menjadi album dekad yang paling laris di Amerika Syarikat.
Harrison meninggal dunia kerana kanser paru-paru pada 29 November 2001. McCartney dan Starr bersama pemuzik-pemuzik lain mengadakan Concert for George yang disusun oleh Eric Clapton dan janda mendiang Harrison, Olivia. Konsert diadakan di Royal Albert Hall di hari ulang tahun pertama kematian Harrison. Selain lagu yang dicipta untuk The Beatles dan kerjaya solonya, konsert itu juga menyertakan muzik tradisional India yang disukai Harrison dan ikut mempengaruhi warna muzik The Beatles. Pada tahun 2003, Let It Be ... Naked, versi baru dari Let It Be yang dihasilkan McCartney. Salah satu perbezaan utamanya dengan album asli adalah kehilangan gubahan alat muzik biola asli. Album ini memasuki 10 terbesar dalam carta lagu di England dan Amerika Syarikat.
Lagu The Beatles digunakan sebagai lagu latar Cirque du Soleil Las Vegas. George Martin dan anak lelakinya Giles mengadun semula dan menyambungkan 130 buah rakaman The Beatles untuk menghasilkan album berjudul Love, dengan cara "menghidupkan semula semua tempoh musical The Beatles dalam tempoh yang singkat" [bo]. Persembahan tersebut dibuka secara rasmi pada bulan Jun 2006 dan album Love dikeluarkan pada bulan November. McCartney dan Starr menghadiri acara satu tahun dan muncul dalam acara Larry King Live bersama Ono dan Olivia Harrison. Pada tahun 2007, dikhabarkan McCartney berniat menyiapkan Now and Then, demo ketiga Lennon yang disiapkan dalam sesi Anthology. Karya tersebut akan dikreditkan dengan komposisi Lennon/McCartney dengan penambahan versi baru, dan juga menyertakan lagu dengan ketukan dram oleh Starr dan rakaman gitar Harrison.
Pada bulan Mac 2008, peguam The Beatles dilantik untuk mencegah pengedaran rakaman-rakaman persembahan Starr yang tidak dikeluarkan pada saat persembahan pertamanya di The Star Club, Hamburg pada tahun 1962. Pada bulan November, McCartney membincangkan keinginannya agar Carnival of Light, sebuah rakaman eksperimental berdurasi 14 minit yang dirakam The Beatles di Studio Abbey Road pada tahun 1967 dapat dikeluarkan secara rasmi. McCartney mengadakan konsert amal pada 4 April 2009 di Radio City Music Hall untuk David Lynch Foundation dengan penampilan pelbagai pemuzik, termasuk Starr. The Beatles: Rock Band, sebuah permainan video muzik dari siri Rock Band dikeluarkan pada 9 September 2009. Pada hari yang sama, 12 buah album asal The Beatles yang sudah digilap, Magical Mystery Tour dan kompilasi Past Masters dikeluarkan secara bersama.
2010an
suntingDisebabkan perselisihan royalti lama berjalan, the Beatles adalah antara artis utama yang terakhir untuk menandatangani perjanjian perkhidmatan muzik dalam talian. Perselisihan sisa yang berpunca daripada 'pertikaian dengan pemilik Apple, Inc., iTunes' Apple Corps atas penggunaan nama "Apple" adalah juga bertanggungjawab ke atas kelewatan itu, walaupun pada tahun 2008, McCartney menyatakan bahawa halangan utama untuk membuat katalog The Beatles boleh didapati dalam talian adalah bahawa EMI "mahu sesuatu yang kita tidak bersedia untuk memberi mereka". Pada tahun 2010, pegawai tiga belas album studio Beatles, Past Masters, dan merah dan Red and Blue disediakan di iTunes.
Pada tahun 2012, operasi rakaman muzik EMI yang telah dijual kepada Universal Music Group. Dalam usaha untuk Universal Music untuk memperoleh EMI, Kesatuan Eropah, atas sebab-sebab ketidakpercayaan, memaksa EMI berputar aset termasuk Parlophone. Universal telah dibenarkan untuk menyimpan katalog rakaman muzik The Beatles, yang diuruskan oleh Capitol Records di bawah bahagian Capitol Music Group. Juga pada tahun 2012, seluruh katalog asal album The Beatles ini diterbitkan semula dalam bentuk vinil, disediakan sama ada secara individu atau sebagai satu set kotak.
Pada tahun 2013, isipadu kedua rakaman BBC bertajuk On Air - Live at BBC volume 2' dikeluarkan. Disember tahun itu menyaksikan pengeluaran lain 59 rakaman Beatles di iTunes. Set bertajuk The Beatles Bootleg Recordings 1963, mempunyai peluang untuk mendapatkan lanjutan cipta 70 tahun tertakluk kepada lagu-lagu yang diterbitkan sekurang-kurangnya sekali sebelum akhir tahun 2013. Apple Records mengeluarkan rakaman pada 17 Disember untuk menghalang mereka daripada pergi ke domain awam dan telah mereka dibawa turun dari iTunes pada hari yang sama. Reaksi peminat untuk keluaran bercampur-campur, dengan satu penulis blog berkata "pengumpul Beatles tegar yang cuba untuk mendapatkan segala-galanya akan mempunyai ini."
Pada 26 Januari 2014, Paul McCartney dan Ringo Starr membawakan "Queenie Eye" McCartney di Los Angeles di Anugerah Grammy Tahunan ke-56, yang diadakan di Pusat Staples di Los Angeles. Pada hari berikutnya, The Night That Changed America: A Grammy Salute to The Beatles untuk televisyen khas Beatles telah dirakam di Dewan West Convention Center di Los Angeles. Ia disiarkan pada 9 Februari, tarikh sebenar - dan pada masa yang sama, dan pada rangkaian yang sama dengan - siaran asal penampilan televisyen Amerika Syarikat yang pertama di Beatles pada The Ed Sullivan Show, 50 tahun lebih awal. Persembahan termasuk khas lagu-lagu Beatles oleh artis-artis semasa dan juga oleh McCartney dan Starr, rakaman arkib, dan Paul dan Ringo ditemuramah oleh David Letterman di Teater Ed Sullivan, tapak The Ed Sullivan Show.
Pada Disember 2015, Beatles mengeluarkan katalog mereka untuk penstriman mengenai pelbagai perkhidmatan muzik secara langsung.
Gaya muzik dan pembangunan
suntingPengaruh
suntingPemuzik-pemuzik yang mempengruhi The Beatles pada awalnya antara lain Elvis Presley, Little Richard dan Chuck Berry, yang lagu-lagunya dinyanyikan semula lebih sering daripada karya pemuzik lain dalam persembahan-persembahan mereka. Pada saat satu tempat tinggal dengan Little Richard di Star Club Hamburg dari April-Mei 1962, beliau menyarankan kepada mereka agar dapat membawakan lagu-lagunya dengan teknik yang lebih tepat. Mengenai Elvis, Lennon berkata "Tidak ada yang benar-benar memberi kesan kepada saya sehingga saya mendengar Elvis. Jika tidak ada Elvis, pasti tidak akan ada The Beatles" [bp] Pengaruh-pengaruh lain diperoleh daripada Buddy Holly, Eddie Cochran, Carl Perkins, Roy Orbison dan The Everly Brothers. The Beatles tetap menyerap pengaruh dari pemuzik lain jauh setelah mereka mendapatkan kejayaan awal, seringkali mencari cara berkarya dan menulis lirik yang baru dengan mendengar karya-karya mereka seperti Bob Dylan, Frank Zappa, The Byrds dan The Beach Boys, dengan album tahun 1966nya yang berjudul Pet Sounds membuat kagum dan memberi inspirasi kepada McCartney. Martin berkata, "tanpa Pet Sounds, Sgt, Pepper tidak akan wujud... Pepper adalah usaha untuk menyamai Pet Sounds" [bq]
Genre
suntingBermula dari kumpulan muzik skiffle, The Beatles seterusnya memainkan muzik genre rock and roll 1950-an serta pelbagai variasi muzik pop. Kerana luasnya gaya berkarya yang mereka mainkan, Lennon mengulas mengenai album Beatles for Sale: "Kau boleh menyebut album baru kami sebuah LP country-dan-Western Beatles" [br], sementara Allmusic secara khusus memuji album Rubber Soul sebagai sebuah pengaruh besar dalam pergerakan muzik folk rock. Bermula dengan penggunaan kuartet alat muzik biola di lagu Yesterday, mereka mula memasukkan unsur muzik klasik.
Genre muzik lain mula diberikan pada tahun 1966 melalui lagu sebelah B pada single Paperback Writer yang berjudul Rain, ditakrifkan oleh Martin Strong dalam The Great Rock Discography sebagai "kelahiran pertama rakaman Beatles yang bernuansa psikedelik" [bs]. Di antara nombor psikedelik lain mula dirakamkan seperti Tomorrow Never Knows, Strawberry Fields Forever, Lucy in the Sky with Diamonds, dan I Am the Walrus. Pengaruh muzik tradisional India muncul dalam lagu-lagu yang diciptakan Harrison seperti Love You To dan Within You Without You, yang menurut Gould, "untuk meniru raga dalam bentuk kecilan". [bt].
Dalam White Album semakin memperlihatkan kerumitan dan ragam warna muzik yang dicipta oleh The Beatles secara individu antara lain ditunjukkan dari lagu Revolution 9, karya "muzik konkrit" [bu] Lennon yang dipengaruhi oleh Yoko Ono; lagu country karya Starr yang berjudul Do not Pass Me By; lagu balada rock Harrison While My Guitar Gently Weeps; dan "proto-metal" McCartney, Helter Skelter.
Sumbangan George Martin
suntingPendekatan George Martin dengan The Beatles sebagai penerbit membuatnya sebagai calon utama yang mendapat gelaran tidak rasmi "fifth Beatle". (Beatle kelima). Ia mengarahkan untuk memberikan sentuhan muzik klasik dalam pelbagai cara, contohnya lagu Yesterday, merupakan salah satu ideanya. Awalnya The Beatles kurang bersemangat dengan konsep tersebut namun akhirnya menjadi hal yang menguntungkan buat mereka. Menurut Gould: "Pada masa Lennon dan McCartney semakin bercita-cita tinggi secara progresif dalam menulis lirik lagu. Martin mula berfungsi sebagai guru muzik yang tidak formal bagi mereka." [bv] Hal ini juga bertepatan dengan kesediaannya untuk bereksperimen menurut keinginan mereka - seperti menambah rasa barok terhadap suatu lagu, dengan kata lain memudahkan perkembangan kreatif mereka. Selain menggubah orkestra, Martin juga sering menyumbang bermain piano, organ dan brass.
Mengulas mengenai rakaman Sgt. Pepper, Martin berkata, Sergeant Pepper itu sendiri belum muncul sampai setengah jalan pembuatan album. Itu adalah lagu Paul, lagu rock biasa dan tidak cukup menarik seperti lagu lain ... Paul berkata, 'kenapa tidak kita buat albumnya seakan-akan band Pepper benar-benar ada, seolah- olah Sergeant Pepper yang membuat rekod mengenainya? Kita akan tambah kesan dub dan hal-hal lain. 'Saya suka idea itu dan dari sejak itu seolah-olah Pepper mempunyai nyawanya sendiri." [bw] Memandangkan betapa kuatnya lagu itu berbanding komposisi Lennon, Martin berkata: "Berbanding dengan lagu-lagu Paul, yang semuanya karyanya kelihatan menjalin sentuhan dengan kenyataan, lagu John berkarakter psikedelik, kualitinya hampir mistik ... Perumpamaan John adalah salah satu yang terbaik dalam-dalam karyanya- "tangerine trees", "marmalade skies", "cellophane flowers" ... Saya selalu melihatnya sebagai aura Salvador Dalí, daripada seorang artis rakaman yang ketagihan dadah. Di sisi lain, saya pasti bodoh jika pura-pura tidak tahu bahawa dadah tidak turut berpengaruh besar dalam kehidupan The Beatles pada saat itu. Pada masa yang sama mereka mengetahui bahawa, dalam peranan sebagai ketua sekolah, saya tidak setuju... Bukan hanya saya tidak menggunakannya, saya tak melihat perlunya perkara itu; sudah nyata, jika saya juga ketagihan, Pepper tidak akan pernah menjadi album yang besar." [bx]
Di studio
suntingThe Beatles memanfaatkan teknologi secara inovatif dan melayan studio sendiri sebagai instrumen. Mereka meminta Martin dan kakitangan rakaman bereksperimen atau cuba perkara baru yang "mungkin boleh menghasilkan suara bagus". Pada masa yang sama mereka juga memanfaatkan peristiwa tertentu secara kreatif seperti gitar maklumbalas yang tak disengajakan, resonan botol gelas atau suara kaset yang dimainkan terbalik. Hal-hal seperti ini disokong oleh tangan sejuk Martin dan kakitangan EMI seperti Norman Smith, Ken Townsend dan Geoff Emerick yang semuanya menyumbang besar daripada album Rubber Soul, khususnya Revolver dan seterusnya. Dengan banyak akal dalam studio mendapatkan kaedah kesan suara, penempatan mikrofon yang tidak biasa, rakaman pita, double tracking, dan kepelbagaian kelajuan. Mereka juga menggabungkan alat muzik gesek, brass, dan alat muzik India seperti sitar (boleh didengar dalam lagu Norwegian Wood (This Bird Has Flown) dan swarmandal (dalam lagu Strawberry Fields Forever). Mereka juga menggunakan alat muzik elektronik seperti mellotron (dalam intro Strawberry fields Forever) dan clavioline (dalam lagu Baby, You're a Rich Man).
Legasi
suntingBekas penyunting bersekutu Rolling Stone Robert Greenfield membandingkan The Beatles kepada Pablo Picasso, sebagai "artis yang berlaku melalui kekangan tempoh masa mereka untuk tampil dengan sesuatu yang unik dan asli ... dalam bentuk muzik popular, tidak ada yang pernah akan lebih revolusioner, lebih kreatif dan lebih tersendiri ... "penyair British Philip Larkin menggambarkan kerja mereka sebagai "hibrid menarik dan memabukkan Negro rock-and-roll dengan romantisme remaja mereka sendiri", dan "lebih awal yang pertama di muzik popular sejak Perang ". Mereka bukan sahaja mencetuskan Penjajahan British di Amerika Syarikat, mereka menjadi satu fenomena yang berpengaruh di peringkat global juga. Dari tahun 1920-an, Amerika Syarikat telah dikuasai budaya hiburan popular di sebahagian besar dunia, melalui filem Hollywood, jazz, muzik Broadway dan Tin Pan Alley dan, kemudian, rock and roll yang pertama muncul di Memphis, Tennessee.
Inovasi muzik mereka dan kejayaan memberi inspirasi kepada pemuzik komersial di seluruh dunia. Ramai artis telah mengakui pengaruh Beatles dan menikmati kejayaan carta dengan lagu-lagu saduran mereka. Di radio, ketibaan mereka menandakan permulaan era baru; pada tahun 1968 pengarah program stesen radio WABC New York melarang DJ dari bermain mana-mana muzik "pra-Beatles", menandakan talian yang menentukan apa yang akan dianggap radio lama Amerika. Mereka membantu untuk mentakrifkan semula album sebagai sesuatu yang lebih daripada hanya beberapa hits empuk dengan "pengisi", dan mereka inovator utama video muzik moden. Stadium Shea menunjuk yang mereka membuka jelajah Amerika Utara 1965 mereka menarik kira-kira 55,600 orang, maka penonton terbesar dalam sejarah konsert; Spitz menggambarkan acara itu sebagai "kejayaan besar ... satu langkah besar ke arah membentuk semula perniagaan konsert". Emulasi pakaian mereka dan terutama gaya rambut mereka, yang menjadi tanda pemberontakan, mempunyai kesan global ke atas fesyen.
Menurut Gould, The Beatles mengubah cara orang mendengar muzik popular dan berpengalaman peranannya dalam kehidupan mereka. Dari apa yang bermula sebagai fad Beatlemania, populariti kumpulan itu berkembang menjadi apa yang dilihat sebagai penjelmaan pergerakan sosiobudaya dekad ini. Sebagai ikon budaya saingan 1960-an, Gould meneruskan, mereka menjadi pemangkin kepada Bohemianisme dan aktivisme dalam pelbagai arena sosial dan politik, menjadi bahan api pergerakan seperti pembebasan wanita, pembebasan gay dan persekitaran hidup. Menurut Peter Lavezzoli, selepas "lebih popular daripada Jesus" kontroversi pada tahun 1966, The Beatles merasakan tekanan yang besar untuk mengatakan perkara yang betul dan "mula usaha bersepadu untuk menyebarkan mesej kebijaksanaan dan kesedaran yang lebih tinggi".
Anugerah dan pencapaian
suntingAhli
sunting
|
|
- Garis masa
Diskografi
sunting- Album studio
- Please Please Me (1963)
- With the Beatles (1963)
- A Hard Day's Night (1964)
- Beatles for Sale (1964)
- Help! (1965)
- Rubber Soul (1965)
- Revolver (1966)
- Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1967)
- The Beatles ("The White Album", 1968)
- Yellow Submarine (1969)
- Abbey Road (1969)
- Let It Be (1970)
Katalog lagu
suntingDalam tahun 1969, katalog Beatles telah diterbitkan hampir secara eksklusif oleh Northern Songs Ltd., sebuah syarikat yang ditubuhkan pada bulan Februari 1963 oleh penerbit muzik Dick James khusus untuk Lennon dan McCartney, walaupun ia kemudiannya mengambilalih lagu oleh artis-artis lain. Syarikat ini telah dianjurkan dengan James dan rakan kongsinya, Emmanuel Silver, memiliki kepentingan mengawal, menggambarkan dengan kepelbagaian sebagai 51% atau 50% ditambah satu saham. McCartney mempunyai 20%. Laporan lagi berbeza-beza mengenai bahagian Lennon - 19 atau 20% - dan Brian Epstein - 9 atau 10% - yang mana beliau menerima sebagai ganti yuran pengurusan band 25%.
Pada tahun 1965, syarikat itu disenaraikan awam. Lima juta saham telah diwujudkan, di mana pengetua asal mengkekalkan 3.75 juta. James dan Silver masing-masing menerima 937.500 saham (18.75% daripada 5 juta); Lennon dan McCartney masing-masing menerima 750,000 saham (15%); dan syarikat pengurusan Epstein, NEMS Enterprises, menerima 375,000 saham (7.5%). Daripada 1.25 juta saham dijual, Harrison dan Starr memperoleh setiap 40,000. Pada waktu persembahan korban saham, Lennon dan McCartney memperbaharui kontrak penerbitan tiga tahun mereka, mengikat mereka ke Northern Songs sehingga tahun 1973.
Harrison mencipta Harrisongs untuk mewakili kandungan The Beatles, tetapi menandatangani kontrak tiga tahun dengan Northern Songs yang memberikannya hak cipta untuk kerja-kerja sehingga Mac 1968, yang termasuk "Taxman" dan "In You’re Without You". Lagu-lagu di mana Starr menerima penulisan kredit sebelum 1968, seperti "What Goes On" dan "Classic", juga hakcipta Northern Songs. Harrison tidak memperbaharui kontraknya dengan Northern Songs apabila ia berakhir, menandatangani dan bukannya dengan Apple Publishing sambil mengekalkan hak cipta untuk kerja-kerja dari sudut. Harrisongs memiliki hak untuk lagu-lagu Beatles seperti "While My Guitar Gently Cries" dan "Something". Tahun itu, juga, Starr mencipta Startling Music, yang memegang hak untuk Beatles kandungannya, “Don’t Pass Me By" dan “Octopus Garden".
Pada bulan Mac 1969, James mengatur untuk menjual dan saham rakan kongsi mereka, Northern Songs untuk syarikat penyiaran British Associated Television (ATV), yang diasaskan oleh impresario Lew Grade, tanpa terlebih dahulu memaklumkan The Beatles. Band ini kemudian membuat tawaran untuk mendapatkan kepentingan pengawalan dengan cuba untuk menyelesaikan urusan dengan sebuah syarikat broker konsortium London yang telah mengumpul pegangan 14%. Perjanjian itu runtuh walaupun dibantah oleh Lennon, yang mengisytiharkan, "Saya naik muak dengan lelaki dalam saman duduk di atas keldai lemak mereka di Bandar Raya." Pada akhir Mei, ATV telah memperoleh kepentingan majoriti di Northern Songs, mengawal hampir keseluruhan katalog Lennon-McCartney, serta apa-apa bahan masa depan sehingga tahun 1973. Dalam kekecewaan, Lennon dan McCartney menjual saham mereka untuk ATV pada akhir Oktober 1969.
Pada tahun 1981, kerugian kewangan oleh syarikat induk ATV, ACC, menyebabkan ia cuba untuk menjual bahagian muzik. Menurut penulis Brian Southall dan Rupert Perry, Gred menghubungi McCartney, menawarkan ATV Music dan Northern Songs untuk $ 30 juta. Menurut akaun McCartney memberikan pada tahun 1995, beliau telah bertemu dengan Gred dan menjelaskan beliau berminat semata-mata dalam katalog Northern Songs, jika Gred yang pernah bersedia untuk "memisahkan" yang bahagian ATV Music. Tidak lama selepas itu, Gred ditawarkan untuk menjual kepadanya Northern Songs untuk £ 20 juta, memberi bekas ahli Beatles "seminggu atau lebih" untuk membuat keputusan. Dengan akaun McCartney, dia dan Ono membalas dengan tawaran £ 5 juta yang telah ditolak. Menurut laporan pada masa itu, Gred enggan memisahkan Northern Songs, dan menolak tawaran sebanyak £ 21-25.000.000 dari McCartney dan Ono untuk ATV Music. Pada tahun 1982, ACC secara keseluruhannya telah dijual kepada hartawan perniagaan Australia Robert Holmes à Court untuk £ 60 juta.
Tiga tahun kemudian, Michael Jackson membeli ATV harga $ 47.5 juta. Pengambilalihan ini memberikan kawalan ke atas hak penerbitan kepada lagu-lagu lebih daripada 200 Beatles, serta 40,000 hak cipta lain. Pada tahun 1995, dalam perjanjian yang diperolehi beliau dilaporkan $ 110 juta, Jackson menggabungkan perniagaan penerbitan muziknya dengan Sony, mewujudkan sebuah syarikat baru, Sony/ATV Music Publishing, di mana beliau memegang kepentingan 50%. Penggabungan itu dibuat syarikat baru, maka bernilai lebih setengah bilion dolar, penerbit muzik yang ketiga terbesar di dunia.
Walaupun kekurangan hak penerbitan kepada kebanyakan lagu-lagu mereka, Harta Lennon dan McCartney terus menerima bahagian royalti penulis-penulis masing-masing, yang bersama-sama adalah 33⅓% daripada jumlah hasil komersial di Amerika Syarikat dan yang berbeza di tempat lain di seluruh dunia antara 50 dan 55%. Dua daripada Lennon dan lagu-lagu McCartney terawal - "Love Is" dan "P.S. I Love You" - telah diterbitkan oleh sebuah anak syarikat EMI, Ardmore & Beechwood, sebelum mereka menandatangani dengan James. McCartney memperoleh hak penerbitan mereka dari Ardmore pada pertengahan 1980-an, dan mereka adalah dua lagu Beatles yang dimiliki oleh syarikat McCartney MPL Communications.
Nota kaki
sunting- ^ Presiden Vee-Jay Ewart Abner melepaskan jawatan selepas ia diketahui bahawa beliau menggunakan dana syarikat untuk meliputi hutang judi.
- ^ Starr telah dimasukkan ke hospital selepas tonsilektomi dan Jimmie Nicol dudukpada posisi dram untuk lima tarikh pertama.
- ^ Nada 12-tali Harrison yang mengilhamkan Roger McGuinn, yang mendapat Rickenbacker sendiri dan menggunakannya untuk mencipta bunyi tanda dagangan daripada Byrds.
- ^ Dalam minggu yang sama pada bulan April 1964, LP Amerika The Beatles yang ketiga menyertai dua sudah dalam edaran; dua daripada tiga sampai ke tempat pertama pada carta album Billboard, ketiga memuncak pada nombor dua.
- ^ Pada bulan September, Beatles enggan bermain acara di Florida sehingga promoter tempatan memberi jaminan bahawa penonton tidak akan dijadikan perkauman diasingkan.
- ^ Apabila ditanya, Wilson mengesahkan bahawa dia fikir lagu itu "pelik", tetapi menafikan bahawa ia telah melemahkannya.[3]
Catatan penjelasan
sunting- ^ Original: "Guitar groups are on the way out, Mr. Epstein"
- ^ Original: "Look, if you really want to get in these bigger places, you're going to have to change-stop eating on stage, stop swearing, stop smoking"
- ^ Original: "We used to dress how we liked, on and off stage. He'd tell us that jeans were not particularly smart and could we possibly manage to wear proper trousers, but he did not want us suddenly looking square. he'd let us have our own sense of individuality ... it was a choice of making it or still eating chicken on stage ".
- ^ Original: "the acoustic ambience of an oil tank"
- ^ Original: "Decades after its release, the album still sounds fresh, precisely because of its intense origins."
- ^ Original: "just writing songs à la Everly Brothers, à la Buddy Holly, pop songs with no more thought of them than that-to create a sound. And the words were almost irrelevant."
- ^ Original: "a sequel of the highest order-one that betters the original by developing its own tone and adding depth."
- ^ Original: "the outstanding English composers of 1963"
- ^ Original: “could not carry a tune across the Atlantic”
- ^ Original: the Beatles is" truly coming into their own as a band. All of the disparate influences on their first two albums had coalesced into a bright, joyous, original sound, filled with ringing guitars."
- ^ Original: "Material's becoming a hell of a problem".
- ^ Original: "Help! Was great but it was not our filem-we were sort of guest stars. It was fun, but basically, as an idea for a film, it was a bit wrong."
- ^ Original: "recovered the sense of direction that had begun to elude them during the later stages of work on Beatles for Sale"
- ^ Original: "just another album"
- ^ Original: "more popular than Jesus now"
- ^ Original: "If I'd said television was more popular than Jesus, I might have got away with it."
- ^ Original: " if you want me to apologise, if that will make you happy, then okay, I'm sorry."
- ^ Original: "the sound of a band growing into supreme confidence"
- ^ Original: "redefining what was expected from popular music."
- ^ Original: "woven with motifs of circularity, reversal, and inversion"
- ^ Original: "a true hybrid, conforming to no recognizable style or genre of song."
- ^ Original: "The Beatles insisted that everything on Sgt. Pepper had to be different. We had microphones right down in the bells of brass instruments and headphones turned into microphones attached to violins. We used giant primitive pengayun to vary the speed of instruments and vocals and we had tapes chopped to pieces and stuck together upside down and the wrong way round."
- ^ Original: "a rich, sustained, and overflowing work of collaborative genius whose bold ambition and startling originality dramatically enlarged the possibilities and raised the expectations of what the experience of listening to popular music on record could be. On the basis of this perception, Sgt. Pepper became the catalyst for an explosion of mass enthusiasm for album-formatted rock that would revolutionize both the aesthetics and the economics of the record business in ways that far outstripped the earlier pop explosions triggered by the Elvis phenomenon of 1956 and the Beatlemania phenomenon of 1963".
- ^ Original: "mixed allusiveness"
- ^ Original: "It 's unwise ever to assume that they're doing only one thing or expressing themselves in only one style ... one kind of feeling about a subject is not enough ... any single induced feeling must often exist within the context of seemingly contradictory alternatives."
- ^ Original: "We write songs. We know what we mean by them. But in a week someone else says something about it, and you can not deny it ... you put your own meaning at your own level to our songs".
- ^ Original: "brightly coloured parodies of military uniforms"
- ^ Original: "anti-authoritarian and anti-establishment".
- ^ Original: "I did not have any misconceptions about our ability to do anything other than play music and I was scared."
- ^ Original: "I knew that we were in trouble then ... I thought, We've fuckin 'had it now."
- ^ Original: "huge, glorious, and innovative"
- ^ Original: "blatant rubbish"
- ^ Original: "a great deal of raw footage showing a group of people getting on, getting off, and riding on a bus."
- ^ Original: "a colossal conceit"
- ^ Original: "a kind of fantasy morality play about the grossness and warmth and stupidity of the audience."
- ^ Original: "We made a mistake. We thought there was more to him than there was."
- ^ Original: "granny music"
- ^ Original: "granny shit"
- ^ Original: "it 's like if you took each track off it and made it all mine and all Paul's... just me and a backing group, Paul and a backing group, and I enjoyed it. We broke up then."
- ^ Original: "Up to that point, the world was a problem, but we were not "which had always been" the best thing about the Beatles."
- ^ Original: "The critical response... ranged from mixed to flat. In marked contrast to Sgt. Pepper, which had helped to establish an entire genre of literate rock criticism, the White Album inspired no critical writing of any note. Even the most sympathetic reviewers... clearly did not know what to make of this shapeless outpouring of songs. Newsweek 's Hubert Saal, citing the high proportion of parodies, accused the group of getting their tongues caught in their cheeks."
- ^ Original: "large and sprawling, overflowing with ideas but also with indulgences, and filled with a hugely variable array of material ... its failings are as essential to its character as its triumphs."
- ^ Original: "Clearly, the Beatles' two main songwriting forces were no longer on the same page, but neither were George and Ringo"
- ^ Original: "Lennon turns in two of his best ballads"
- ^ Original: "stunning"
- ^ Original: "a songwriter who deserved wider exposure"
- ^ Original: "a delight"
- ^ Original: "free your mind"
- ^ Original: "count me out"
- ^ Original: "inessential"
- ^ Original: "the jewel of the new songs ... resplendent in swirling Mellotron, larger-than-life percussion, and tidal waves of feedback guitar ... a virtuoso excursion into otherwise hazy psychedelia".
- ^ Original: "perform it before a live audience for the very first time—on record and on film. In other words make a live album of new material, which no one had ever done before."
- ^ Original: "not at all a happy ... experience. It was a time when relations between The Beatles were at their lowest ebb."
- ^ Original: "a miserable experience"
- ^ Original: "thought it was the end of the road for all of us... they were becoming unpleasant people—to themselves as well as to other people."
- ^ Original: "a continuously moving piece of music"
- ^ Original: "some of the greatest harmonies to be heard on any rock record".
- ^ Original:"Had it not been for McCartney's input as designer of the Long Medley... Abbey Road would lack the semblance of unity and coherence that makes it appear better than it is."
- ^ Original: "competent"
- ^ Original: "no life in it"
- ^ Original: "more of Paul's granny music"
- ^ Original: "a very bad film and a touching one ... about the breaking apart of this reassuring, geometrically perfect, once apparently ageless family of siblings."
- ^ Original: "on the whole underrated... McCartney in particular offers several gems: the gospel-ish 'Let It Be', which has some of his best lyrics; 'Get Back', one of his hardest rockers; and the melodic 'The Long and Winding Road', ruined by Spector's heavy-handed overdubs."
- ^ Original: "artistic fiasco"
- ^ Original: "People were just thinking The Beatles were like public domain. You can not just go around pilfering The Beatles 'material."
- ^ Original: "After 20 years, The Beatles still have some business differences which I had hoped would have been settled by now. Unfortunately, they have not been, so I would feel like a complete hypocrite waving and smiling with them at a fake reunion."
- ^ Original: “a way of re-living the whole Beatles 'musical lifespan in a very condensed period"
- ^ Original: "Nothing really affected me until I heard Elvis. If there had not been Elvis, there would not have been The Beatles ".
- ^ Original: "Without Pet Sounds, Sgt. Pepper would not have happened ... Pepper was an attempt to equal Pet Sounds."
- ^ Original: "You could call our new one a Beatles 'country-and-western LP"
- ^ Original: "the first overtly psychedelic Beatles’ record"
- ^ Original: "to replicate the raga form in miniature"
- ^ Original: “musique concrete”
- ^ Original: "as Lennon and McCartney became progressively more ambitious in their songwriting, Martin began to function as an informal music teacher to them"
- ^ Original: "Sergeant Pepper' itself did not appear until halfway through making the album. It was Paul 's song, just an ordinary rock number and not particularly brilliant as songs go ... Paul said,' Why do not we make the album as though the Pepper band really existed, as though Sergeant Pepper was making the record? We'll dub in effects and things. 'I loved the idea, and from that moment on it was as though Pepper had a life of its own."
- ^ Original: “Compared with Paul's songs, all of which seemed to keep in some sort of touch with reality, John' s had a psychedelic, almost mystical quality ... John 's imagery is one of the best things about his work- "tangerine trees", "marmalade skies" , "cellophane flowers" ... I always saw him as an aural Salvador Dalí, rather than some drug-ridden record artist. On the other hand, I would be stupid to pretend that drugs did not figure quite heavily in The Beatles 'lives at that time. At the same time they knew that I, in my schoolmasterly role, did not approve ... Not only was I not into it myself, I could not see the need for it; and there 's no doubt that, if I too had been on dope, Pepper would never have been the album it was"
Rujukan
sunting- ^ Staff Writers, CNNMoney.com (9 September 2009). "Beatles' remastered box set, video game out". CNNMoney.com. Dicapai pada 1 December 2011.
- ^ Hotten, Russell (4 October 2012). "The Beatles at 50: From Fab Four to fabulously wealthy". BBC News. Dicapai pada 28 January 2013.
- ^ "Brian Answer's Fans' Questions In Live Q&A". 29 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-24. Dicapai pada 27 June 2014.
[Re: The story goes that when you first heard Strawberry Fields Forever you felt weakened by it.] No, that's not true. It was a very weird record, but yeah, I liked it.
Bacaan selanjutnya
sunting- Astley, John (2006). Why Don't We Do It In The Road? The Beatles Phenomenon. The Company of Writers. ISBN 0-9551834-7-2.
- Barrow, Tony (2005). John, Paul, George, Ringo & Me: The Real Beatles Story. New York: Thunder's Mouth. ISBN 1-56025-882-9.
- Bramwell, Tony; Kingsland, Rosemary (2006). Magical Mystery Tours: My Life with the Beatles. New York: St. Martin's Press. ISBN 978-0-312-33044-6.
- Braun, Michael (1964). Love Me Do: The Beatles' Progress (ed. 1995 reprint). London: Penguin. ISBN 0-14-002278-3.
- Carr, Roy; Tyler, Tony (1975). The Beatles: An Illustrated Record. New York: Harmony Books. ISBN 0-517-52045-1.
- The Beatles: The FBI Files. Federal Bureau of Investigation. Filibust. 2007. ISBN 1-59986-256-5.
- Frontani, Michael R (2007). The Beatles: Image and the Media. University Press of Mississippi. ISBN 1-57806-965-3.
- Harry, Bill (1985). The Book Of Beatle Lists. Poole, Dorset: Javelin. ISBN 0-7137-1521-9.
- Kirchherr, Astrid (1999). Hamburg Days. Guildford, Surrey: Genesis Publications. ISBN 978-0-904351-73-6. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Lennon, Cynthia (2005). John. New York: Crown Publishers. ISBN 978-0-307-33855-6.
- Mansfield, Ken (2007). The White Book. Nashville, TN: Thomas Nelson. ISBN 978-1-59555-101-6.
- Martin, George; Pearson, William (1994). Summer of Love: The Making of Sgt. Pepper. London: Macmillan. ISBN 0-333-60398-2.
- Schaffner, Nicholas (1977). The Beatles Forever. Harrisburg, PA: Cameron House. ISBN 0-8117-0225-1.
- Turner, Steve (2005). A Hard Day's Write: The Stories Behind Every Beatles Song (ed. 3rd). New York: Harper Paperbacks. ISBN 0-06-084409-4.
Pautan luar
suntingKetahui lebih lanjut tentang ' di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Direktori spesies dari Wikispecies |
- Tapak web rasmi.
- The Beatles – FBI file.
- The Beatles – Hugo Keesing Collection (University of Maryland).