Time (majalah)

(Dilencongkan daripada Time)

Time ( tanda dagangan di dalam huruf besar sebagai in TIME) merupakan suatu majalah berita mingguan Amerika Syarikat, mempunyai banyak persamaan dengan Newsweek dan U.S. News & World Report. Edisi Eropah (Time Europe, dulu dikenali sebagai Time Atlantic) diterbitkan dari London. Time Europe meliputi Timur Tengah, Afrika dan, semenjak 2003, Amerika Latin . Edisi Asia pula iaitu (Time Asia) berpengkalan di Hong Kong. Time diterbitkan serentak di Kanada, dengan iklan yang berasingan. Edisi Pasifik Selatan , yang meliputi Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, berpengkalan di Sydney. Di dalam kempen-kempen pengiklanan, majalah tersebut bercadang bahawa satu ejaan terbalik huruf-huruf T-I-M-E yang menyatakan menandakan sama dengan "The International Magazine of Events."

Time
Kulit pertama Time (3 Mac 1923)

Kulit pertama Time (3 Mac 1923)

Editor Richard Stengel
Kategori Majalah akhbar
Frekuensi Mingguan
Edaran 4,038,509 seminggu[1]
(dalam A.S.)
Keluaran pertama 3 Mac 1923
Syarikat Time Inc. (Time Warner)
Negara  Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Laman www.time.com
ISSN 0040-781X

Semenjak pertengahan 2006, Richard Stengel merupakan pengarah editor.

Kontrroversi perundangan

sunting

Pada 10 September 2007, Hakim German Hoediarto di Mahkamah Agung Indonesia memerintahkan majalah Time membayar AS$129.6 kepada Presiden Indonesia Suharto berhubung fitnah mencuri harta negara pada 1999. Kaji selidik wartawan Time selama 4 bulan di 11 negara disiarkan pada 24 Mei 1999. Pihak Suharto memfailkan tuntutan saman terhadap Time Asia yakni Time Inc, editor Time Donald Marison, John Colmay, Davit Liephold, Lisa Rose Weaver, Zamira Lubis, dan Jason Tejasukmana. Suharto jatuh pada 1998 akibat korupsi, kolusi dan nepotisme (KKN) dalam tempoh 30 tahun.[2]

Pada 16 April 2009, Mahkamah Agung Indonesia telah membatalkan keputusan libel 1 trilion rupiah ($93 juta) terhadap majalah Time berhubung cerita tentang Suharto, dalam kes yang dilihat sebagai ujian utama sistem perundangan dan kebebasan bersuara negara.[3]

Tokoh tahunan

sunting

Tokoh dunia tahunan atau Time Person of the Year dipilih dan menjadi tajuk berita di penghujung tahun. Pada 1983 'personal computer terpilih sebagai "Machine of the Year". Pada 1989 "Endangered Earth" sebagai "Planet Of The Year." Pada 1999, Albert Einstein sebagai 'Person of the Century'. Kontroversi berlaku apabila Adolf Hitler dan Joseph Stalin juga terpilih. Rudy Giuliani Corazon Aquino pernah terpilih kerana sumbangan mereka kepada perkembangan demokrasi di Filipina. Tahun 2008, Barack Obama dan Sarah Palin dipilih.

Time 100

sunting

Tahun 1999, seramai 100 tokoh dunia dipilih sebagai Time 100. Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Barack Obama, Condoleezza Rice, Mohandas Gandhi, Franklin D. Roosevelt, Adolf Hitler, Nelson Mandela, Bill Gates, Paus John Paul II, Oprah Winfrey, Stephen Hawking, Dalai Lama, dan lain-lain lagi.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting

Templat:Time Warner

  NODES
INTERN 1