Tulisan Tamil
Skrip Tamil (atau vaṭṭeḻuttu "tulisan berbulat") ialah sejenis skrip Indic yang digunakan untuk menulis bahasa Tamil. Dengan penggunaan tanda diakritik khas untuk mewakili aspirasi dan konsonan bersuara yang tidak terdapat dalam skrip asas, skrip ini juga digunakan untuk menulis bahasa Saurashtra dan, oleh orang Tamil untuk menulis bahasa Sanskrit.
Tamil | |
---|---|
Jenis tulisan | |
Arah tulisan | Left-to-right |
Bahasa-bahasa | Tamil, Saurashtra, Sanskrit |
Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | |
ISO 15924 | |
ISO 15924 | Taml (), Templat:ISO 15924 name |
Unikod | |
Alias Unikod | Tamil |
Gambaran
suntingCiri-ciri
suntingSkrip Tamil mempunyai 12 huruf vokal (uyireḻuttu "huruf roh"), 18 konsonan (meyyeḻuttu "huruf jasad") dan satu aksara bergelar aytam yang dikelaskan dalam nahu bahasa Tamil sebagai bukan konsonan mahupun vokal (aliyeḻuttu "huruf khunsa"). Namun begitu, sistem tulisan ini berasaskan suku kata dan bukan huruf. Maka, dalam keseluruhan skrip ini terdapat 31 huruf dalam bentuk tunggal, ditambah dengan 216 huruf gugusan (uyirmeyyeḻuttu) yang mewakili setiap kombinasi konsonan dan vokal yang boleh dibentuk. Huruf gugusan ini dibentuk dengan membubuh tanda vokal pada konsonan. Sesetengah vokal memerlukan bentuk asas konsonan untuk diubah mengikut cara yang tertentu kepada vokal itu. Ada gugusan lain yang ditulis dengan membubuh akhiran, awalan atau apitan khusus pada vokal pada aksara konsonan. Dalam setiap kes ini tanda vokal berbeza bentuknya daripada bentuk tunggal bunyi vokal masing-masing.
Skrip Tamil merupakan sejenis abugida, iaitu bentuk asas aksara bagi setiap konsonan mempunyai bunyi vokal susulan a dalaman, dan perlu diubah bukan sahaja dengan menggantikan bunyi vokal dalaman dengan vokal yang berlainan, bahkan juga dengan menghasilkan konsonan tunggal tanpa bunyi a dalaman. Contohnya, bentuk asas bagi aksara yang melambangkan bunyi k ialah க ka. Konsonan k tunggal ditulis க், dengan membubuh tanda titik di atas yang menghapuskan bunyi vokal dalaman. Tanda titik yang digunakan untuk to menghapuskan bunyi vokal susulan itu sentiasa dibubuh di atas aksara (lihat imej), dan bergelar [puḷḷi] Error: {{Transl}}: unrecognized language / script code: {{{2}}} (bantuan) dalam bahasa Tamil.
Skrip Tamil ditulis dan dibaca dari kiri ke kanan.
Sejarah
suntingSkirp Tamil, seperti mana skrip-skrip Indik yang lain, dikatakan berevolusi daripada skrip Brahmi.
Skrip yang digunakan oleh catatan terawal yang masih wujud dikenali sebagai skrip Brahmi Tamil atau Tamili, dan banyak berbeza daripada tulisan Brahmi Asoka piawai. Contohnya, seperti yang ditunjukkan pada rajah di sebelah kanan, tulisan Brahmi Tamil awal berbeza daripada tulisan Brahmi Asoka kerana mempunyai sistem untuk membezakan konsonan tunggal (m dalam contoh ini) daripada konsonan yang mengandungi bunyi vokal dalaman (ma dalam contoh ini). Tambahan pula, skrip Brahmi Tamil ini menggunakan tanda vokal yang sedikit bezanya serta mempunyai aksara tambahan untuk melambangkan huruf yang tidak terdapat dalam bahasa Sanskrit.
Catatan abad kedua Masihi menggunakan satu bentuk skrip Brahmi Tamil yang lain, dan amat serupa dengan sistem tulisan yang dihuraikan dalam Tolkappiyam, satu nahu bahasa Tamil kuno. Paling penting sekali, puḷḷi digunakan dalam skrip-skrip ini untuk menghapuskan vokal dalaman. Kemudian, aksara-aksara Tamil berubah bentuk menjadi lebih kebulatan, dan menjelang abad ke-5 atau ke-6 Masihi tercapainya bentuk yang dipanggil vaṭṭeḻuttu awal, iaitu leluhur terdekat kepada skrip vaṭṭeḻuttu ("tulisan berbulat") script yang dipakai pada hari ini. Salah satu faktor bentuk aksara itu kebulatan adalah kenyataan bahawa pada zaman kuno, penulisan melibatkan penggunaan jarum berbucu tajam untuk mengukir huruf pada daun palma (olaiccuvaṭi), yang mana adalah lebih mudah untuk menghasilkan lengkungan berbanding garis lurus. Sesetengah pengkaji menyatakan bahawa skrip ini asalnya dipanggil veṭṭeḻuthu iaitu tulisan yang dipotong (pada batu), menandakan kesenangan mengukir pada batu.
Selain menghasilkan aksara kebulatan, penggunaan daun palma sebagai bahan utama untuk penulisan turut menyebabkan perubahan lain pada skrip Tamil. Si penulis hendaklah berhati-hati agar tidak tertikam daun dengan jarum ketika menulis, kerana daun yang berlubang lebih mudah terkoyak dan cepat mereput. Akibatnya, penggunaan puḷḷi untuk membezakan konsonan tunggal kian jarang, sehingga konsonan tunggal itu ditulis seperti andainya vokal dalamannya masih ada. Begitu juga, tanda vokal untuk kuṟṟiyal ukaram, u separuh-berbulat yang terdapat pada hujung sesetengah vokal dan pada kedudukan tengah kata majmuk tertentu, turut dimansuhkan lalu diganti oleh tanda untuk u tunggal. Tanda puḷḷi tidak dikembalikan sepenuhnya sehingga pencetakan diperkenalkan, namun tanda kuṟṟiyal ukaram pula tidak kembali lagi, meskipun bunyinya sendiri masih wujud dan memainkan peranan penting dalam prosodi bahasa Tamil.
Bentuk sesetengah aksara dipermudah pada abad ke-19 untuk memudahkan atur huruf pencetakan. Pada abad ke-20, skrip ini dipermudah lagi dalam satu siri pembaharuan yang mempiawaikan penggunaan tanda vokal bersama konsonan dengan memansuhkan tanda khusus dan kebanyakan bentuk yang tidak sekata.
Hubungan dengan skrip Indik yang lain
suntingSkrip Tamil berbeza daripada skrip wairsan Brahmi yang lain dalam beberapa segi. Tidaklah seperti skrip Indik yang lain, skrip Tamil menggunakan aksara yang sama untuk mewakili kedua-dua plosif tidak bersuara dan bersuara. Maka, aksara க் k, sebagai contoh, mewakili kedua-dua bunyi [k] dan [g]. Ini adalah kerana tatabahasa Tamil hanya menganggap plosif tidak bersuara sebagai konsonan "tulen", manakala plosif bersuara dan beraspirasi merupakan bentuk kelainan eufoni bagi plosif tidak berbunyi itu. Tatabahasa Tamil tradisional mengandungi hukum-hukum terperinci yang diperhati dalam pertuturan rasmi, untuk bila konsonan plosif itu perlu disebut dengan atau tanpa suara. Hukum-hukum ini tidak dituruti dalam pertuturan tidak formal atau dialektik, yang mana versi bersuara dan tanpa suara bagi plosif itu berlaku sebagai alofon yang digunakan dalam konteks fonetik tertentu tanpa bertujuan membezakan perkataan.
Juga berbeza daripada skrip Indik yang lain adalah bahawa skrip Tamil jarang sekali menggunakan huruf kembar untuk mewakili konsonan gugusan yang jauh lebih jarang didapati dalam bahasa Tamil berbanding bahasa-bahasa India yang lain. Konsonan gugusan, jika ada, ditulis dengan menulis aksara bagi konsonan pertama, membubuh puḷḷi untuk menghapuskan vokal dalamannya, dan kemudian menulis aksara bagi konsonan kedua. Terdapat sedikit pengecualian kepada ciri ini, iaitu adanya huruf kembar க்ஷ kṣa and ஸ்ரீ srī.
Aksara Tamil
suntingKonsonan asas
suntingKonsonan dikenali sebagai huruf 'badan' (mei). Konsonan-konsonan ini dikelaskan kepada tiga kategori: vallinam (konsonan keras), mellinam (konsonan lembut, termasuk semua konsonan nasal), dan idayinam (konsonan sederhana).
Terdapat hukum-hukum leksikal bagi pembentukan kata yang ditentukan oleh Tolkāppiyam. Contohnya: sesuatu perkataan tidak boleh diakhiri dengan konsonan-konsonan tertentu, dan juga tidak boleh bermula dengan konsonan-konsonan tertentu termasuk 'r' 'l' dan 'll'; terdapat dua konsonan bagi bunyi 'n' pada gigi - mana satu yang wajar digunakan bergantung kepada sama ada bunyi 'n' itu dihasilkan pada permulaan kata dan pada aksara-aksara sekelilingnya.
Konsonan | ISO 15919 | Kategori | IPA |
---|---|---|---|
க | k | vallinam | [k], [g], [x], [ɣ], [h] |
ங | ṅ | mellinam | [ŋ] |
ச | c | vallinam | [ʧ], [ʤ], [ʃ], [s], [ʒ] |
ஞ | ñ | mellinam | [ɲ] |
ட | ṭ | vallinam | [ʈ], [ɖ], [ɽ] |
ண | ṇ | mellinam | [ɳ] |
த | t | vallinam | [t̪], [d̪], [ð] |
ந | n | mellinam | [n] |
ப | p | vallinam | [p], [b], [β] |
Konsonan | ISO 15919 | Kategori | IPA |
---|---|---|---|
ம | m | mellinam | [m] |
ய | y | idaiyinam | [j] |
ர | r | idaiyinam | [ɾ] |
ல | l | idaiyinam | [l] |
வ | v | idaiyinam | [v] |
ழ | ẓ, ḻ, ṛ | idaiyinam | [ɹ] |
ள | ḷ | idaiyinam | [ɭ] |
ற | ṟ, R | vallinam | [r], [t], [d] |
ன | ṉ, N | mellinam | [n] |
Konsonan pinjaman
suntingJuga dikenali sebagai aksara Grantha, konsonan ini hanya digunakan untuk menulis perkataan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit, Inggeris, dan lain-lain. Tentunya bukan semua perkataan sedemikian pasti mengandungi aksara-aksara sedemikian.
Konsonan | ISO 15919 | IPA |
---|---|---|
ஜ | j | [ʤ] |
ஷ | ṣ | [ʂ] |
ஸ | s | [s] |
ஹ | h | [h] |
க்ஷ | kṣ | [kʂ] |
Vokal
suntingAksara vokal juga digelar huruf 'nyawa' (uyir) atau 'roh'. Bersama-sama aksara konsonan (huruf badan), terbentuklah aksara-aksara gugusan (abugida) yang bergelar huruf 'bernyawa' (uyirmei, i.e. aksara yang mempunyai kedua-dua 'badan' dan 'roh').
Vokal Tamil dibahagikan kepada yang pendek dan yang panjang (lima fonem vokal bagi setiap pengelasan tersebut) dan dua diftong.
Bentuk tunggal
suntingVokal | ISO 15919 | IPA |
---|---|---|
அ | a | [ʌ] |
ஆ | ā | [ɑː] |
இ | i | [i] |
ஈ | ī | [iː] |
உ | u | [u], [ɯ] |
ஊ | ū | [uː] |
Vokal | ISO 15919 | IPA |
---|---|---|
எ | e | [e] |
ஏ | ē | [eː] |
ஐ | ai | [ʌj] |
ஒ | o | [o] |
ஓ | ō | [oː] |
ஔ | au | [ʌʋ] |
Bentuk gugusan
suntingMenggunakan konsonan k sebagai contoh:
Bentuk gugusan | ISO 15919 | IPA |
---|---|---|
க | ka | [kʌ] |
கா | kā | [kɑ:] |
கி | ki | [ki] |
கீ | kī | [kiː] |
கு | ku | [ku], [kɯ] |
கூ | kū | [kuː] |
Bentuk gugusan | ISO 15919 | IPA |
---|---|---|
கெ | ke | [ke] |
கே | kē | [keː] |
கை | kai | [kʌj] |
கொ | ko | [ko] |
கோ | kō | [koː] |
கௌ | kau | [kʌʋ] |
Aksara khas ஃ (disebut 'akh') jarang digunakan secara bersendirian. Akh ini sering digunakan untuk fungsi nahu sebagai bentuk vokal tunggal bagi titik pada atas konsonan yang menghapuskan bunyi 'a' dalaman pada konsonan biasa.
Vokal panjang (nedil) ini lebih kurang dua kali panjangnya berbanding vokal pendek (kuRil). Diftong pula sering disebut lebih kurang 1½ kali panjangnya berbanding vokal pendek, namun sesetengah teks nahu meletakkannya bersama vokal panjang (nedil).
Seperti yang dilihat dalam bentuk gugusan, tanda vokal boleh dibubuh pada kanan, kiri atau kedua-dua belah konsonan, dan juga membentuk huruf kembar. Hukum-hukum ini kian berevolusi dan penggunaan lama lebih banyak huruf kembar berbanding penggunaan terkini. Apa yang dilihat pada halaman ini bergantung kepada pemilihan mukataip anda; contohnya, Code 2000 lebih banyak memaparkan huruf kembar berbanding Latha.
Terdapat sebilangan penyokong reformasi skrip yang hendakkan semua huruf kembar dihapuskan dan semua tanda vokal dibenarkan untuk hanya muncul di sisi kanan.
Unicode mengekodkan aksara dalam susunan logik (iaitu huruf konsonan sentiasa diinputkan dahulu), sementara pengekodan 8-bit lama (seperti TSCII) lebih cenderung terhadap susunan penulisan. Kesannya, adalah perlu untuk menyusun semula apabila beralih dari satu pengekodan ke pengekodan yang lain; adalah tidak mencukupi untuk sekadar memetakan satu set titik kod kepada yang lain.
Pautan luar
sunting- QUillpad, a peaceful tool for getting on with the Tamil script , Thamizh vaazhga Diarkibkan 2017-01-06 di Wayback Machine
- E-Kalappai, a Tamil Unicode Writer used by many Tamil writers
- Tamil Alphabet & Basics (PDF)
- Tamil alphabet and numbers with sound
- Phonetics of spoken Tamil
- Unicode Character
- Unicode Chart - For Tamil (PDF)
- The Unicode Book: Chapter 9 - South and Southeast Asian Scripts (PDF)
- Unicode Converter - Online JavaScript tool to convert text in various Tamil encodings into Unicode
- Tamil script and language - From Omniglot
- NLS Information - NLS information page for Windows XP
- Tamil fonts - Links to download various Tamil fonts
- Sooriyan.com - A free Unicode Tamil font
- thamizhlinux.org - A community website for Linux and Open Source, in Tamil
- Transliterator - A means to transliterate romanized text to Unicode Tamil.
- [1] - A collections of links to learn Tamil.
- Windows Bamini Keyboard - Windows program to type in Tamil Unicode using Bamini keyboard layout.
- Tamil Studies Conference 2006: Tropes, Territories and Competing Realities
- Encoding converters for various encodings of Tamil
- Tamil Unicode Fonts And Software - Tamil Unicode Fonts, Encoding Solutions And Software. Founded by Mr Naa Govindasamy.
- Virtual Tamil Keyboard A freeware virtual Tamil keyboard
Rujukan
sunting- Steever, Sanford B. (1996) "Tamil Writing" in William R. Bright and Peter B. Daniels (eds.) The World's Writing Systems. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-507993-0