Unit aritmetik dan logik
Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Unit aritmetik dan logik (ALU) ialah suatu bahagian penting dalam sesebuah mikropemproses. ALU melaksanakan operasi asas seperti operasi aritmetik (tambah, dan tolak integer), operasi logik (AND, NOT, OR, XOR) dan anjakan bit (bit-shifting).
Operasi anjakan bit bermaksud menganjak posisi data, satu bit ke kiri atau ke kanan. Anjakan bit ke kiri menghasilkan operasi yang setara dengan darab dua, manakala anjakan bit ke kanan adalah seumpama operasi bahagi dua.
Jika bit di hujung arah anjakan disuap semula ke pangkal data, operasi ini dikenali sebagai putaran bit (bit rotation).
Sistem bernombor
suntingSebuah ALU mesti memproses nombor menggunakan format yang sama seperti keseluruhan litar. Format bagi pemproses moden hampir selalunya ialah perwakilan nombor perduaan lengkapan dua. Komputer terdahulu menggunakan pelbagai jenis sistem nombor, ini termasuk lengkapan satu, lengkapan dua, format tanda-magnitud, malah sistem perpuluhan sebenar, dengan pelbagai perwakilan bagi angkanya.