Upacara (pinjaman bahasa Sanskrit उपचार upacāra "pelayanan, kehadiran"[1][2]) adalah suatu keramaian yang ditindakkan atau dilakukan menurut adat baik secara budaya masyarakat mahupun agama[3] di mana ia bersifat istiadat dan tatacara. Ia turut boleh dipakai dalam konteks luar kerohanian sebagai menandakan peristiwa penting yang lain.[4]

Upacara terbahagi kepada tiga jenis utama:

  • Upacara peralihan, umumnya mengubah status sosial seseorang, misalnya pernikahan, pembaptisan, atau wisuda.
  • Upacara peribadatan, di mana suatu komuniti berhimpun bersama-sama untuk bersembahyang, misalnya umat Muslim solat berjamaah, umat Yahudi beribadat di saumaah atau umat Kristian menghadiri Misa.
  • Upacara pengabadian peribadi, di mana seseorang melakukan ibadah peribadi, termasuk berdoa dan melakukan ziarah, misalnya seorang Muslim atau Muslimah menunaikan ibadah Haji di Baitullah. Dalam Islam juga, sesuatu uacara yang dilaksanakan itu tidaklah merupakan suatu retorik, tetapi ia merupakan suatu kaedah pengibadatan terhadap Allah dan mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Lihat pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 184–185.
  2. ^ "उपचार / upacāra". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 1 Jun 2020.
  3. ^ "upacara". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 1 Jun 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ Arti kata upacara - Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Dicapai pada 1 Jun 2020.
  NODES
os 4