Uranium-235 (235U) ialah sebuah isotop uranium yang merangkumi kira-kira 0.72% jumlah uranium semula jadi. Tidak seperti isotop uranium utama, uranium-238, isotop ini dapat mengekalkan sebuah tindak balas berantai, dan merupakan satu-satunya isotop alami yang memiliki ciri tersebut. Uranium-235 digunakan sebagai bahan api dalam tenaga nuklear serta bahan utama senjata nuklear. Satelit-satelit seperti SNAP-10A dan RORSAT juga menggunakan uranium-235 sebagai bahan api.[1][2] Uranium-235 memiliki separuh hayat selama 703.8 juta tahun. Isotop ini ditemui pada 1935 oleh Arthur Jeffrey Dempster.

Uranium-235, 235U
Logam uranium dikayakan uranium-235
Maklumat umum
Simbol235U
Namauranium-235, 235U, U-235
Proton (Z)92
Neutron (N)143
Data nuklid
Kelimpahan semula jadi0.72%
Separuh hayat (t1/2)703,800,000 tahun
Jisim isotop235.0439299 Da
Spin7/2−
Tenaga lebihan40914.062 ± 1.970 keV
Tenaga pengikatan1783870.285 ± 1.996 keV
Hasil reput231Th
Mod pereputan
Mod pereputanTenaga pereputan (MeV)
Alfa4.679
Isotop uranium
Jadual nuklid lengkap

Rujukan

sunting
  1. ^ Schmidt, Glen (February 2011). "SNAP Overview - radium-219 - general background" (PDF). Persatuan Nuklear Amerika. Dicapai pada 27 August 2012.
  2. ^ "RORSAT (Radar Ocean Reconnaissance Satellite)". daviddarling.info.
  NODES
mac 2