Dalam anatomi manusia, usus merupakan bahagian salur pencernaan yang menganjur dari sfinkter pilorus perut hingga dubur. Usus manusia terdiri daripada dua set, iaitu usus kecil dan usus besar. Usus kecil manusia dibahagikan lagi kepada duodenum, jejunum dan ileum sementara usus besar terbahagi kepada sekum dan kolon.[1]

Struktur dan fungsi

sunting
 

Struktur dan fungsi usus boleh diperikan pada anatomi kasar dan juga secara mikroskopik. Salur usus boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu usus kecil dan usus besar.[2] Setiap orang berbeza saiz ususnya mengikut besar badan dan umur.

Lumen merupakan rongga yang dilalui oleh makanan, dan juga dari mana nutrien diserap. Kedua-dua usus berkongsi struktur am yang sama di sepanjang salur, dan terdiri daripada beberapa lapisan. Selepas memasuki lumen, hasil cernaan melalui mukosa (epitelium kelenjar dan muskaliris mukosa), submukosa, muskularis eksterna, dan akhir sekali serosa.

 
Struktur am dinding usus
  • Di sepanjang salur usus dalam epitelium kelenjar terdapat sel goblet yang merembeskan mukus yang melicinkan perlaluan makanan di sepanjangnya serta melindungi usus daripada enzim pencernaan. Dalam usus kecil, vilus merupakan lipatan mukosa yang meningkatkan keluasan permukaan usus sambil mengandungi lakteal yang bersambung dengan sistem limfa dan membantu menyingkirkan lipid dan bendalir tisu dari bekalan darah. Pada epitelium vilus terdapat mikrovilus yang meningkatkan lagi keluasan permukaan untuk membolehkan penyerapan. Invaginasi seakan poket ke dalam tisu di bawah dipanggil krip Lieberkühn. Dalam usus besar tiadanya vilus, cuma kelihatan permukaan yang rata dengan ribuan krip.
  • Di bawah epitelium adalah lamina propria yang mengandungi miofibroblas, salur darah, saraf, dan sel keimunan.
  • Lapisan yang seterusnya adalah muskularis mukosa yang merupakan satu lapisan otot licin yang membantu meneruskan tindakan peristalsis dan katastalsis di sepanjang salur usus. sub mukosa mengandungi saraf (cth. pleksus Meissner), salur darah dan gentian anjal dengan kolagen yang meregang untuk menampung lebih beban tetapi mengekalkan bentuk usus.
  • Di keliling muskularis mukosa adalah muskularis eksterna yang terdiri daripada otot licin bulat memanjang yang juga membantu dalam meneruskan peristalsis serta pergerakan bahan cernaan melalui dan keluar dari saluru usus. Di antara dua lapisan otot ini terletaknya pleksus Auerbac.
  • Akhir sekali adalah serosa yang terdiri daripada tisu yang bercantum longgar dan bersalut mukus untuk mencegah kerosakan akibat geseran dari usus yang menyental tisu yang lain. Kesemuanya ditampung oleh mesenteri yang menggantung usus dalam rongga abdomen dan mencegahnya daripada diusik ketika orang sedang cergas.

Di dalam usus besar ada beberapa jenis bakteria yang menguruskan molekul yang tidak boleh dipecahkan oleh tubuh manusia sendiri. Ini adalah satu contoh simbiosis. Bakteria ini juga menyumbang kepada penghasilan gas di dalam usus kita (gas ini dilepaskan sebagai kentut apabila disingkirkan melalui dubur). Namun begitu, usus besar amat tertumpu pada penyerapan air dari bahan cernaan (yang dikawal oleh hipotalamus) dan penyerapan semula natrium dan juga sebarang nutrien yang mungkin terlepas dari pencernaan awal dalam ileum.

Rujukan

sunting
  1. ^ Maton, Anthea (1993). Human Biology and Health. Englewood Cliffs, New Jersey, USA: Prentice Hall. ISBN 0-13-981176-1. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Thomasin.shtml "Length of a Human Intestine" Check |url= value (bantuan). Dicapai pada 2 September 2009.[pautan mati kekal]

Lihat juga

sunting
  NODES
iOS 1
os 12