Variasi merupakan perbezaan di kalangan organisma yang sama spesies dari segi fenotip dan genotip.


Fenotip

sunting

Fenotip merupakan suatu ciri fizikal yang boleh dilihat seperti rupa, warna kulit dan lain-lain. Fenotip dipengaruhi oleh genotip dan persekitaran.

Genotip

sunting

Genotip merupakan kandungan genetik di dalam sesuatu organisma. Genotip tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dan bergantung kepada pewarisan gen daripada induk-induk organisma.

Gen merupakan unit asas bahan genetik dalam sesuatu organisma, dan terbina daripada rangkai panjang protein yang disebut DNA. Dengan kata lain, genotip merujuk kepada kandungan genetik dalam sel-sel organisma.

Jenis variasi

sunting

Antara variasi individu pada manusia adalah seperti kebolehan mengulung lidah, lekapan cuping telinga, kumpulan darah dan lain-lain lagi.

Terdapat 2 jenis variasi iaitu:

  1. Variasi selanjar
  2. Variasi tak selanjar

Variasi selanjar

sunting

Variasi selanjar merupakan perbezaan kecil atau kurang jelas yang wujud antara organisma.Contohnya seperti berat badan, ketinggian, kepintaran dan sebagainya.Variasi ini dipengaruhi oleh genotip dan persekitaran. a

Variasi tak selanjar

sunting

Variasi tak selanjar merupakan perbezaan yang besar atau ketara yang wujud antara organisma.Contohnya seperti jenis kumpulan darah, warna mata, kebolehan menggulung lidah dan sebagainya.Variasi ini hanya dipengaruhi oleh genotip.

Punca berlakunya variasi dalam organisma

sunting

Punca ini dipengaruhi oleh

  1. faktor genetik
  2. faktor persekitaran
  3. faktor genetik berinteraksi antara faktor persekitaran

Faktor genetik

sunting

Faktor genetik boleh mempengaruhi variasi dalam organisma disebabkan oleh 4 faktor iaitu:

  1. Meiosis - pindah silang
  2. Gabungan rambang kromosom - Mengikut Hukum Mendel II
  3. Pembiakan seks - Pengabungan gamet-gamet untuk persenyawaan
  4. Mutasi gen - Dipengaruhi oleh tindakan kimia, radioaktif dan sebagainya.Kesimpulannya, mutasi gen ialah perubahan yang berlaku pada gen.

Faktor persekitaran

sunting

Variasi ini wujud hasil daripada interaksi sesuatu organisma terhadap persekitaran.Hal ini,menjelaskan fenotip sesuatu organisma yang disebabkan oleh interaksi antara faktor persekitaran dengan faktor genetik.

Contoh keadaan di mana fenotip sesuatu organisma dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti:

  1. Cahaya matahari - Kadar pendedahan sesuatu organisma terhadap matahari yang mampu menukar warna kulit(genotip).
  2. Nutrisi - Pengambilan nutrisi terhadap sesuatu organisma akan mempengaruhi kesihatan, perkembangan tubuh badan, kecergasan minda dan sebagainya
  3. Pendidikan - Ilmu yang diserap dan dipraktikan akan mempengaruhi minda untuk cenderung kepada kepintaran.

Rujukan

sunting

SASBADI - Master Studi Sasbadi SPM Biologi oleh Mah Chee Wai, Dr.Tina Lim Swee Kim, Nazar Shaarani - ISDN 983-59-2090-7

  NODES
iOS 1
os 3