Wang kertas bank

(Dilencongkan daripada Wang kertas)

Wang kertas bank, nota bank atau duit kertas ialah sejenis surat cara boleh niaga, iaitu nota janji keluaran bank yang boleh dibayar kepada pembawa apabila diminta, digunakan sebagai wang, dan dijadikan wang sah dalam lingkungan kebanyakan bidang kuasa. Bersama dengan syiling, wang kertas menjadi tunai atau bentuk segala wang moden pembawa. Wang kertas biasanya membawa nilai lebih tinggi, sementara duit syiling membawa nilai kecil, kecuali keluaran kenang-kenangan logam berherga atau bernilai tinggi yang tidak boleh diperdagangkan.

Sejarah

sunting

Pengunaan barangan pipih sebagai perwakilan nilai harta pertama kali dikembangkan semasa zaman Dinasti Tang pada abad ke-7 di China oleh para saudagar sebagai bukti perjanjian semasa urus niaga besar bagi mengelakkan kesusahan dialami membawa wang tembaga yang banyak;[1][2][3] wang ini boleh diamanahkan bersama seseorang boleh dipercayai yang bertukar dengan kepingan surat bukti simpanan, wang ini boleh dikembalikan setelah surat janji ini diserahkan semula. Bentuk surat ini disempurnakan pada zaman dinasti Song dengan wujudnya kepingan kertas bernama jiāozi (Bahasa Cina: 交子).[4][5]

Pada 1150, Kesateria Templar mula mengeluarkan surat janji simpanan masukan harta kepada para penziarah Kristian menuju ke Tanah Suci Baitulmaqdis yang boleh digunakan untuk tujuan urus niaga sebaik mereka berada di destinasi.[6][7]

Pengeluaran wang kertas pertama secara terpusat dilakukan Stockholms Banco, duluan kepada bank pusat Sweden Sveriges Riksbank, pada tahun 1661[8] menggantikan kepingan tembaga yang menjadi tender utama negara tersebut pada ketika itu.[9]

Kelebihan

sunting

Pada mulanya, logam berharga atau separa berharga digunakan untuk dijadikan syiling untuk kegunaan merunding dan menyelesaikan perdagangan. Penciptaan wang kertas bank menawarkan wang dalam bentuk pembawa alternatif, tetapi duit syiling dan kertas masing-masing ada kelebihan dan kelemahan berbanding satu sama lain.

Kos penggunaan wang pembawa termasuk:

  1. Kos pembuatan atau pengeluaran. Syiling dihasilkan melalui kaedah perindustrian yang memproseskan logam berharga, serta memerlukan penambahan aloi untuk tujuan pengerasan dan ketahanan lusuh. Wang kertas pula diperbuat dari kertas cetak (atau polimer), oleh itu lebih rendah kos pengeluarannya berbanding syiling, walaupun membawa nilai lebih besar.
  2. Kos lusuh. Syiling bertambah lusuh dan kehilangan jisim sepanjang hayat ekonominya, dan akhirnya dilupuskan. Wang kertas pula tidak hilang nilai ekonomi akibat lusuh kerana, biarpun dalam keadaan tidak memuaskan pun tetap diterima sebagai tuntutan sah pada bank pengeluar. Apapun, bank pengeluar perlu menanggung kos penggantian wang kertas yang rosak, apatah lagi kertas lebih cepat lusuh berbanding syiling.
  3. Kos lepas modal. Syiling mempunyai nilai ekonomi dan merupakan suatu bentuk modal bukan kewangan, tetapi tidak membayar faedah. Wang kertas pula juga ada nilai ekonomi tetapi berbentuk modal kewangan, iaitu pinjaman kepada bank pengeluar. Bank pengeluar melaburkan asetnya terutamanya pada pinjaman dan sekuriti yang membawa faedah, tetapi juga perlu membawa rizab buatan logam. Justeru, wang kertas secara tidak langsung memperoleh faedah melalui pelaburan oleh bank pengeluar, tetapi syiling pula tidak membayar faedah kepada sesiapa pun. Faedah yang terlepas inilah kelebihan ekonomi terpenting wang kertas berbanding syiling.
  4. Kos pengangkutan. Syiling biasanya mahal untuk diangkut bagi urusniaga bernilai tinggi, manakala wang kertas pula boleh dikeluarkan dalam nilai besar-besar yang lebih ringan dari nilai syiling yang sama dengannya.
  5. Kos penerimaan. Syiling boleh diperiksa untuk memastikan ketulenan dengan menimbang atau cara-cara ujian yang lain. Walaupun menelan kos besar, namun rekabentuk dan pembuatan syiling bermutu tinggi boleh membantu mengurangkan kos tersebut. Wang kertas juga ada kos penerimaan, iaitu kos pemeriksaan ciri-ciri keselamatan wang kertas serta mengesahkan kebolehterimaan bank pengeluarnya.
  6. Keselamatan. Wang kertas lebih mudah dipalsukan berbanding syiling, terutamanya kerana banyaknya mesin fotokopi dan pengimbas imej komputer yang berwarna. Kebanyakan bank-bank dan negara-negara telah menerapkan pelbagai jenis langkah pencegahan untuk memastikan keselamatan wang kertas.

Kepelbagaian kelebihan dan kelemahan antara syiling dan wang kertas ini membayangkan wujudnya peranan yang berkekalan untuk kedua-dua jenis wang pembawa ini, iaitu salah satunya dipakai apabila memberi lebih kelebihan berbanding kelemahan.

Bahan mentah yang digunakan

sunting

Kertas

sunting

Kebanyakan wang kertas ini diperbuat daripada sejenis kertas khas daripada kapas yang diperkuatkan dengan linen atau gentian yang seumpamanya. Ia turut ditambahkan dengan alkohol polivinil atau gelatin untuk tujuan penguatan yang sama. Komposisi ini nenadikan kertas ini lebih tahan lasak daripada kertas biasa sehingga dianggarkan selama dua tahun.[10]

Polimer

sunting

Duit wang polimer dibangunkan agar bertujuan tahan lama serta mengelakkan pemalsuan melalui penerapan ciri keselamatan dalaman dalam wang ini. Costa Rica, Haiti dan Pulau Man masing-masing mengeluarkan wang kertas pertama menggunakan bahan plastik berbeza pada tahun 1983. Australia pula mengilangkan wang kertas pertama mereka daripada sejenis polipropilena khas pada tahun 1988, dan negara ini lama-kelamaan menggantikan kesemua duit kertas mereka dengan nota wang polimer pada tahun 1996; egara-negara lain turut mengikuti langkah yang sama sejak tahun itu.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Ebrey, Walthall & Palais (2006), m/s. 156.
  2. ^ Bowman (2000), m/s. 105.
  3. ^ Gernet (1962), m/s. 80.
  4. ^ Peter Bernholz (2003). Monetary Regimes and Inflation: History, Economic and Political Relationships. Edward Elgar Publishing. m/s. 53. ISBN 978-1-84376-155-6.
  5. ^ Daniel R. Headrick (1 April 2009). Technology: A World History. Oxford University Press. m/s. 85. ISBN 978-0-19-988759-0.
  6. ^ Sarnowsky, Jürgen (2011). Templar Order. doi:10.1163/1877-5888_rpp_com_125078. ISBN 978-9-0041-4666-2.
  7. ^ Martin, Sean (2004). The Knights Templar: The History and Myths of the Legendary Military Order (ed. 1st). New York: Thunder's Mouth Press. ISBN 978-1560256458. OCLC 57175151.
  8. ^ Geisst, Charles R. (2005). Encyclopedia of American business history. New York. m/s. 39. ISBN 978-0-8160-4350-7.
  9. ^ Karl Gunnar Persson (28 Januari 2010). An Economic History of Europe: Knowledge, Institutions and Growth, 600 to the Present. Cambridge University Press. m/s. 137. ISBN 978-0521549400. Dicapai pada 3 Jun 2012.
  10. ^ "Markets". De La Rue.
Sumber utama

Pautan luar

sunting
  NODES
Note 1