Wikipedia:Calon gambar pilihan/
Novel Kalvaria
Kalvaria diambil dari perkataan "calvarium atau cranium" iaitu tempurung kepala. Dengan ciri-cirinya yang tebal dan kuat, ia melindungi otak. Kalvaria dalam kisah novel ini mempunyai maksud tersendiri. Tahan pada ujian adalah rencah kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Dengan yakin, mendekatkan diri pada Pencipta yang Agung dan percaya bahawa setiap rezeki adalah kurniaan Dia, bahagia adalah ganjarannya.
Penulis ingin menyatakan dalam kisah novel Kalvaria ini tentang beberapa perkara. Berkenaan dengan isu pilihan kerjaya apabila telah tamat pengajian. Ada di antara ibubapa telah menetapkan kerjaya yang sesuai untuk anaknya. Mungkin pilihan itu betul berdasarkan pengalaman ibubapa itu sendiri. Namun, tidak semua mempunyai nasib yang sama. Ada anak-anak yang mempunyai minat yang berbeza dengan apa yang dilaluinya secara paksa. Memang terdapat sesetengah keadaan, paksaan mengikuti pengajian yang tidak diminati anak-anak, akhirnya membuahkan kejayaan. Ada. Memang ada. Orang lain, lain kisah cerita hidupnya.
Dalam menentukan pasangan hidup, memang pilihan terbaik adalah dari ibubapa. Kerana ibubapa ingin melihat kebahagiaan anak-anaknya. Namun tidak semua mempunyai pandangan yang sama. Ada anak yang terpaksa menjerut perasaan sendiri. Walau telah bernikah dengan calon pilihan keluarga, terpaksa menunjukkan bahagia walau dalam hatinya penuh derita kerana jiwanya memberontak.