Wikipedia:Manual gaya penulisan/Biografi
Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Manual gaya penulisan (MGP) |
---|
Tujuan Wikipedia:Manual gaya penulisan (atau panduan gaya) ialah untuk memberi garis panduan bagi memeliharakan ketekalan pandang dan teks. Pematuhannya oleh penulis-penulis, khususnya penulis baru, tidak diperlukan. Penyertaan anda diutamakan. Sila membuat apa sahaja yang anda berupaya dan tinggalkan kepada penyunting yang mahir untuk mengemaskinikan rencana anda.
Penyumbang-penyumbang baru diingatkan bahawa penulisan yang jelas, bermaklumat serta tidak berpihak adalah lebih mustahak daripada penyampaian dan penformatan.
Shania Hendrik Bos atau dikenali sebagai Shania Hendrik merupakan pelakon Malaysia yang baru sahaja menceburkan diri dalam bidang lakonan.Gadis cantik berkacukan british ini juga memiliki 2 adik beradik termasuk dirinya sendiri. Shania merupakan anak sulung dari 2 adik beradik.
𝘽𝙞𝙤𝙙𝙖𝙩𝙖 𝙎𝙝𝙖𝙣𝙞𝙖 𝙃𝙚𝙣𝙙𝙧𝙞𝙠
Nama : Shania Hendrik Bos Umur : (20 Tahun ) Tarikh Lahir : 12.2.2004 Drama / film yang dilakonkan :
- Yang Tahu Je Tahu ASTRO ( Elisa ) - Iskandar Chempaka TV 3( Zara Wilson ) - Ternyata Sebuah Bahagia ASTRO ( Zora ) - The Jabatan ASTRO ( Siti Nessima )
Instagram :
@naiabos
Tiktok : @shaniahendrik
Penggunaan nama yang berikutan
suntingSelepas menyebutkan nama orang, orang tersebut boleh dirujukkan dengan nama keluarga sahaja. Umpamanya:
- Fred Smith adalah seorang pelukis kubisme pada abad ke-15. Dia berpindah ke Genoa, di mana dia bertemu dengan John Doe. Smith kemudian mengatakan: "Blah, blah, blah...!"
Orang itu boleh dirujuk dengan penggunaan nama pertama dalam kes raja, umpamanya, "Putera John", "Puteri Jane", atau "Duke", "Earl" "Duchess", "Countess", "Tengku Mahkota", dan sebagainya. Begitu juga, jika seorang dianugerahkan, mereka boleh di rujuk sebagai "Sir Steven" (untuk Sir Steven Redgrave) atau "Dame Judi" (untuk Dame Judi Dench) - tetapi bukan "Sir Redgrave" atau "Dame Dench". Untuk orang yang lain, adalah lebih baik bagi merujuk kepada nama keluarganya sahaja dan bukan nama pertama, walaupun perbuatan tersebut tidak menimbulkan kontroversi. Kegunaan nama pertama memberi tanggapan bahawa penulis kenal orang yang ditulis secara rapat. Walaupun ini mungkin benar, ia tidak berkaitan ataupun relevan.
Kaum-kaum bangsawan boleh dirujuk dengan gelaran mereka jika panggilan itu merupakan cara yang biasa untuk merujukkan kepada mereka, umpamanya Robert Dudley, Earl Leicester Pertama boleh menjadi "Earl Leicester" ataupun "Leicester" sahaja dalam penyebutan kemudian. Sila berhati-hati supaya jangan memberikan gelaran terlalu cepat; umpamanya, gunakanlah "Robert Dudley" ataupun "Dudley" sehingga dia dianugerahkan pada 1563.
Untuk membezakan dengan adik-beradik ataupun saudara-mara lain yang terkenal, gunakanlah nama keluarga untuk merujukkan kepada orang yang ditulis, dan gunakanlah nama pertama ataupun nama penuh untuk merujukkan kepada orang yang lain.