Wikisumber
Wikisumber (dalam bahasa Inggeris: Wikisource) merupakan sebuah perpustakaan digital atas talian dengan sumber teks kandungan percuma berplatformkan wiki, yang dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Wikisumber merupakan nama projek secara keseluruhan, dan juga merupakan nama untuk setiap satu projek individu (dan setiap contoh projek individu tersebut biasanya mewakili setiap bahasa yang berbeza); pengumpulan laman Wikisumber dalam pelbagai bahasa inilah yang membentuk projek Wikisumber secara keseluruhannya. Matlamat projek ini adalah untuk mengehoskan semua bentuk teks percuma, dalam banyak bahasa, serta padanan terjemahan yang berkaitan teks percuma itu. Pada asalnya, projek ini dianggap berfungsi sebagai arkib untuk menyimpan teks sejarah yang berguna atau penting, tetapi kini ia telah berkembang menjadi perpustakaan dengan kandungan umum. Projek ini secara rasminya bermula pada 24 November 2003, di bawah nama Project Sourceberg, yang merupakan nama terbitan daripada Project Gutenberg. Nama "Wikisource" ini telah diterima pakai pada tahun itu dan ia menerima nama domainnya sendiri.
Wikisumber | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | wikisource |
Jenis | Perpustakaan digital |
Tersedia dalam | Berbilang bahasa (sebanyak 79 subdomain yang aktif)[1] |
Ditubuhkan | 24 November 2003 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Pencipta | Jimmy Wales |
Pengasas | User-generated |
Kandungan dan sokongan | |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Pilihan |
Dilancarkan pada | 24 November 2003[2] |
Status terkini | Online |
Enjin perisian | MediaWiki |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | 3,824 (28 November 2017) 4,009 (7 September 2018) 4,976 (9 September 2017) 4,630 (24 Ogos 2020) |
Lokasi | |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Projek ini memegang karya yang sama ada dalam domain awam atau berkandungan bebas; yakni karya yang diterbitkan secara profesional atau dokumen sumber sejarah, bukannya karya saraan diri. Pengesahan dokumen pada mulanya dibuat di luar talian, atau dengan mempercayai sumber kandungan digital daripada perpustakaan yang tinggi kebolehpercayaannya. Kini karya-karya disokong oleh imbasan dalam talian melalui sambungan ProofreadPage, yang memastikan kebolehpercayaan dan ketepatan teks projek.
Sesetengah projek Wikisumber berbahasa individu yang mewakili sesuatu bahasa yang spesifik kini hanya membenarkan kerja disandarkan dengan imbasan sahaja. Walaupun sebahagian besar koleksinya adalah teks, Wikisumber secara keseluruhannya juga mempunyai kandungan media lain, termasuklah komik, filem dan buku audio. Sesetengah projek Wikisumber membenarkan anotasi yang dijana oleh pengguna, tertakluk kepada dasar khusus Wikisumber tertentu. Projek Wikisumber secara keseluruhannya telah mendapat kritikan kerana kurang kebolehpercayaan tetapi ia juga dipetik oleh organisasi seperti Arkib Negara dan Pentadbiran Rekod Amerika Syarikat.[3]
Sehingga Disember 2024, terdapat 79 bahasa dengan subdomain Wikisumber yang aktif[1] yang terdiri daripada sejumlah 6,249,415 rencana dan 2,918 penyunting aktif baru-baru ini.[4]
Rujukan
sunting- ^ a b Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Retrieved Disember 2024 from Data:Wikipedia statistics/meta.tab
- ^ Ayers, Phoebe; Matthews, Charles; Yates, Ben (2008). How Wikipedia Works. No Starch Press. m/s. 435–436. ISBN 978-1-59327-176-3.
- ^ "Transcribe | Citizen Archivist". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2013. Dicapai pada 4 October 2013.
- ^ Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Wikisumber. |
Wikisumber:
Tentang Wikisumber: