Guangdong

(Dilencongkan daripada Wilayah Guangdong)

23°20′N 113°30′E / 23.333°N 113.500°E / 23.333; 113.500

Provinsi Guangdong
ڤروۏينسي ݢواڠدوڠ
Cina : 广东省
Guǎngdōng Shěng
Cantonese Jyutping: Gwong2 Dung1 Saang2
Singkatan: Cina ringkas: Cina tradisional:   (Pinyin: Yuè, Jyutping: Jyut6)
Guangdong is highlighted on this map
Asal-usul nama 广 guǎng - nama rantau
dōng- "Timur"
"Guang timur"
Jenis pentadbiran Wilayah
Pusat pentadbiran
(dan bandaraya terbesar)
Guangzhou
Setiausaha Jwk CPC Wang Yang
Gabenor Huang Huahua
Luas 177,900 km2 (68,700 bt2) (ke-15)
 - Latitud 20° 13' to 25° 31' N
 - Longitud 109° 40' to 117° 19' E
Penduduk (2008)
 - Kepadatan
95,440,000 (1)
536/km2 (1,390/sq mi) (ke-7)
KDNK (
2009)
 - per kapita
CNY 3.91 trilion
US$572.12 bilion (1)
CNY 40,748
US$5,965 (ke-6)
HDI (2008) 0.844 (tinggi) (ke-4)
Bangsa-bangsa utama Han - 99%
Zhuang - 0.7%
Yao - 0.2%
Peringkat prefektur 21 bahagian
Peringkat daerah 121 bahagian
Peringkat perbandaran 1642 bahagian
ISO 3166-2 CN-44
Laman web rasmi
http://www.gd.gov.cn
(Cina Mudah)
Sumber untuk data penduduk dan GDP:
《中国统计年鉴—2005》 Buku Tahunan Statistik China 2005
ISBN 7503747382
Sumber untuk data bangsa-bangsa:
《2000年人口普查中国民族人口资料》 Perangkaan bangsa-bangsa banci populasi China 2000
ISBN 7105054255
*Seperti pada 31 Disember, 2004
TemplatPerbincanganProjekWiki China
Guangdong
Tulisan Cina Ringkas广东
Tulisan Cina Tradisional廣東
Jyutpinggwong2 dung1
Hanyu PinyinGuǎngdōng
PosCanton, Kwangtung

Guangdong (Cina Tradisional: 廣東, Cina Ringkas: 广东, pinyin: Guǎngdōng, dahulunya dieja "Kwangtung") atau nama Melayu lamanya Kantong[1] (Jawi: كنتوڠ ejaan lama كنتڠ‎) ialah sebuah provinsi Republik Rakyat China terletak di tenggara tanah besar China. Kadang-kala Guangdong juga dipanggil "Wilayah Canton", manakala ibu wilayah Guangzhou juga digelar "(Bandaraya) Canton". Kebanyakan orang di wilayah ini berbicara bahasa Kantonis.

Wilayah ini kini merupakan salah sebuah wilayah paling kaya di negara ini, dengan jumlah KDNK yang terbesar di kalangan semua wilayah, serta berupaya menarik 30 juta pendatang. KDNK nominalnya untuk tahun 2003 ialah $165 bilion, kemudiannya naik ke $265 bilion pada tahun 2005 (lebih kurang sama saiznya dengan Denmark) dan dijangka mencecah $329.67 bilion menjelang akhir tahun 2006. Guangdong menyumbang kepada kira-kira 12% keluaran ekonomi seluruh negara. Guangzhou dan Shenzhen merupakan antara bandaraya-bandaraya terpenting di China.

Suku kata "Guang" bermaksud "luas", dan selama ini dikaitkan dengan wilayah ini sejak Dinasti Jin Barat. "Guangdong" dan wilayah berjiran Guangxi secara harafiahnya bermaksud "luas di timur" dan "luas di barat", maka Guangdong dan Guangxi secara bersama-sama digelar "Dua Guang" (Bahasa Cina: 兩廣; pinyin: liǎng guǎng).

Singkatan Yue (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: yuè) dikaitkan dengan Seratus Yue (Bahasa Cina: 百越; pinyin: bái yuè), nama kolektif untuk pelbagai suku bangsa yang tinggal di Guangdong dan tempat-tempat sekeliling sejak zaman silam.

Bahagian pentadbiran

sunting

Pembahagian pentadbiran langsung Guangdong pada masa kini terdiri daripada 21 bandaraya peringkat prefektur:

Peta # Nama Hanzi Hanyu Pinyin Kerusi Pentadbiran
 
Sub-provincial city
9 Guangzhou 廣州市 Guǎngzhōu Shì Daerah Yuexiu
21 Shenzhen 深圳市 Shēnzhèn Shì Daerah Futian District
Prefecture-level city
1 Qingyuan 清遠市 Qīngyuǎn Shì Daerah Qingcheng
2 Shaoguan 韶關市 Sháoguān Shì Daerah Zhenjiang
3 Heyuan 河源市 Héyuán Shì Daerah Yuancheng
4 Meizhou 梅州市 Méizhōu Shì Daerah Meijiang
5 Chaozhou 潮州市 Cháozhōu Shì Daerah Fengxi
6 Zhaoqing 肇慶市 Zhàoqìng Shì Daerah Duanzhou
7 Yunfu 雲浮市 Yúnfú Shì Daerah Yuncheng
8 Foshan 佛山市 Fóshān Shì Daerah Chancheng
10 Dongguan 東莞市 Dōngguǎn Shì Dongguan
11 Huizhou 惠州市 Hùizhōu Shì Daerah Huicheng
12 Shanwei 汕尾市 Shànwěi Shì Daerah Chengqu
13 Jieyang 揭陽市 Jiēyáng Shì Daerah Rongcheng
14 Shantou 汕頭市 Shàntóu Shì Daerah Jinping
15 Zhanjiang 湛江市 Zhànjiāng Shì Daerah Chikan
16 Maoming 茂名市 Màomíng Shì Daerah Maonan
17 Yangjiang 陽江市 Yángjiāng Shì Daerah Jiangcheng
18 Jiangmen 江門市 Jiāngmén Shì Daerah Pengjiang
19 Zhongshan 中山市 Zhōngshān Shì Zhongshan
20 Zhuhai 珠海市 Zhūhǎi Shì Daerah Xiangzhou

Pelancongan

sunting

Antara tarikan-tarikan utama Guangdong termasuklah Gunung Danxia, Bukit Yuexiu di Guangzhou, Tasik Bintang dan Batuan Tujuh Bintang, dan Gunung Dinghu.

Rujukan

sunting
  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "Makau". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 635.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.

Pautan luar

sunting
  NODES