Bahasa Melayu


Takrifan

sunting

tinggi

  1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas).
    Bangunan tersebut dibina di suatu tempat yang tinggi.
  2. panjang (berkenaan bangun tubuh).
    Muhsin tinggi orangnya.
  3. hampir sampai ke tempat yang di atas sekali.
  4. luhur, mulia.
    Kami berdoa agar tercapai cita-citanya yang tinggi.
  5. peringkat atau tingkat atas (berkenaan pangkat, taraf), sangat baik (mutu).
    mahkamah tinggi.
  6. sudah lanjut (umur).
  7. mahal (harga), besar (perbelanjaan).
    Pada masa harga getah tinggi dahulu rakyat hidup mewah.
  8. sudah maju (kecerdasan, tamadun), berada pada tingkatan atas (pelajaran, pengetahuan).
    bertamadun tinggi.
  9. angkuh, besar diri, sombong.
    cakapnya selalu tinggi.
  10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring.
    Lagu yang tinggi hendaklah dinyanyikan dengan suara yang tinggi.

Kata terbitan

sunting
  • meninggi:
  1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas.
    Pokok itu tumbuh membesar dan meninggi dari sehari ke sehari.
  2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara).
    Suara orang mengaji semakin meninggi.
  3. angkuh, sombong.
    Cakapnya meninggi sahaja.
  4. menghampiri atau hampir berada pada waktu tengah hari.
    Hari semakin meninggi.
  • meninggikan:
  1. menjadikan tinggi, menambahkan (mutu).
    Rumah itu telah ditinggikan lagi dua tingkat.
  2. mengangkat (menyanjung) menjadi tinggi.
  3. mengeraskan atau menguatkan (suara).
  • mempertinggi:
  1. menjadikan lebih tinggi.
  • ketinggian:
  1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yang tinggi.
    Pendidikan dapat membawa kepada kejayaan dan ketinggian kedudukan seseorang dalam masyarakat.
  2. (tempat) yang lebih tinggi duduknya (letaknya).
    Peti yang berisi jenazah itu diletakkan di tempat yang agak ketinggian di tengah aula.
  3. terlalu tinggi.
    Dahan itu tidak dapat dicapainya kerana ketinggian.
  • peninggian:
  1. perihal meninggikan, penambahan (mutu, pendapatan).

Sebutan

sunting
  • Kamus Dewan: ting·gi
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

sunting

تيڠڬي

Terjemahan

sunting

Tesaurus

sunting
Antonim

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.
  NODES
os 1