20 Julai
tarikh
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
20 Julai merupakan hari ke-201 (hari ke-202 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 164 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Colombia (1810);
- Hari Rakan di Argentina dan negara Amerika Latin lain.
Peristiwa
sunting- 1402 – Pertempuran Ankara: Angkatan tentera Timurlenk menewaskan tentera Uthmaniyah pimpinan Sultan Bayezid I.
- 1866 – Perang Kemerdekaan Itali Ketiga: Di Laut Adriatik, tentera laut Austria pimpinan Wilhelm von Tegetthoff menewaskan armada Itali yang lebih besar dalam Pertempuran Lissa.
- 1927 – Mihai I yang berumur lima tahun menjadi Raja Romania selepas kemangkatan datuknyanya, Ferdinand I.
- 1940 – Majalah Billboard menerbitkan "Carta Kepopularan Muzik"nya yang pertama.
- 1944 – Di Wolfsschanze, Adolf Hitler terselamat daripada percubaan membunuhnya oleh anggota Penentang Jerman Claus von Stauffenberg.
- 1951 – Abdullah I dari Jordan dibunuh semasa melawat Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis oleh seorang rakyat Palestin yang takut baginda akan berdamai dengan Israel.
- 1969 – Modul qamari Apollo 11 mendarat di Laut Ketenangan, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin (gambar) kemudian menjadi manusia pertama berjalan di bulan.
- 1976 – Kapal angkasa lepas Viking 1 mendarat di Marikh.
- 1999 – Falun Gong diharamkan di Republik Rakyat China, dan tindakan pembanterasan amalan ini dilancarkan secara besar-besaran.
- 2011 – PBB mengisytiharkan kebuluran di selatan Somalia.
- 2011 – Goran Hadzic ditahan di Serbia, menjadi orang terakhir yang didakwa oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia ditangkap.
- 2012 – Seorang lelaki membunuh 12 orang dan mencederakan 58 lagi ketika satu tayangan filem di Colorado, A.S.
Kelahiran
sunting- 1304 - Francesco Petrarca, penyajak bahasa Itali
- 1789 - Mahmud II, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 1971 - Sandra Oh, seorang pelakon Kanada
Kematian
sunting- 1179 - Sultan Muzaffar Shah I, Kedah, Sultan Kedah yang pertama mangkat dan dimakamkan di Kota Bukit Meriam, Langgar
- 1903 - Paus Leo XIII, Paus ke-257