20 September
tarikh
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
20 September merupakan hari ke-263 (hari ke-264 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 102 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perayaan Martir Korea (Gereja Roman Katolik).
Peristiwa
sunting- 451 – Flavius Aëtius, dengan pertolongan foederati Rom, menewaskan Attila dalam Pertempuran Châlons, dan memberhentikan serangan Gaul oleh Hun dan sekutu mereka.
- 1187 – Salahuddin al-Ayyubi memulakan Pengepungan Baitulmaqdis.
- 1378 – Perpecahan Paus: Tidak bersetuju dengan Paus Urban VI (gambar), sekumpulan kardinal melantik Clement VII sebagai paus lain, meletakkan Gereja Roman Katolik dalam kekacauan.
- 1854 – Perang Krimea bermula dengan kemenangan Perancis-British ke atas Rusia dalam Pertempuran Alma, berhampiran Sungai Alma, Krimea.
- 1906 – Kapal samudera RMS Mauretania (gambar), kapal terbesar dan terpantas di dunia ketika itu, dilancarkan di Newcastle, England.
- 1946 – Pesta Filem Cannes pertama bermula. Hadiah Palme d'Or, pada masa itu dipanggil Grand Prix du Festival, dikongsi bersama oleh 11 filem.
- 1954 – Atur cara pertama dalam bahasa pengaturcaraan FORTRAN dijalankan.
- 2001 – Semasa suatu sesi bersama Kongres Amerika Syarikat, Presiden A.S. George W. Bush mengisytiharkan "Perang Terhadap Keganasan" terhadap Al Qaeda dan kumpulan militan sejagat lain.
- 2008 – Sebuah lori meletup di luar hotel Marriott di Islamabad, Pakistan, membunuh 54 orang dan mencederakan 266 yang lain.
- 2013 – Permainan video Grand Theft Auto V mencapai jualan AS$1 bilion dalam masa tiga hari, lebih pantas daripada mana-mana produk hiburan lain.
- 2013 – Syria menyerahkan data berkenaan senjata kimianya kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia.
Kelahiran
sunting- 1940 - Taro Aso, seorang Perdana Menteri Jepun
Kematian
sunting- 2011 - Burhanuddin Rabbani, mantan Presiden Afghanistan.