26 Julai
tarikh
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
26 Julai merupakan hari ke-207 (hari ke-208 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 158 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Liberia (1847) dan Maldives (1965);
- Hari Pengguna di Malaysia.
Peristiwa
sunting- 1139 - Selepas memenangi Pertempuran Ourique, Afonso si Penakluk (gambar) diisytiharkan sebagai raja pertama Portugal yang merdeka.
- 1822 - José de San Martín bertemu dengan Simón Bolívar di Guayaquil untuk merancang masa hadapan Peru dan Amerika Selatan.
- 1882 – Opera Parsifal Richard Wagner mengadakan tayangan perdananya di Festspielhaus Bayreuth, Bavaria.
- 1887 - L. L. Zamenhof menerbitkan Unua Libro, penerbitan pertama yang menerangkan mengenai bahasa Esperanto.
- 1908 – Peguam Negara A.S. Charles Joseph Bonaparte mengasaskan Biro Penyiasatan Persekutuan.
- 1945 - Pentadbiran Tentera Jepun di Tanah Melayu menyatakan persetujuan untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama dengan Indonesia.
- 1953 - Fidel Castro dan adiknya Raúl mengetuai serangan yang tidak berjaya terhadap Berek Moncada, dengan itu mencetuskan Revolusi Cuba.
- 1963 - NASA melancarkan Syncom 2 (gambar), satelit komunikasi geosegerak yang pertama di dunia.
- 1999 - Konflik Kashmir: Perang Kargil berakhir selepas India menawan kembali subsektor Dras daripada Pakistan.
- 2010 - Kang Kek Iew dihukum 35 tahun penjara atas peranannya dalam rejim Khmer Rouge di Kampuchea Demokratik antara 1975 dan 1979.
- 2011 - Truong Tan Sang menjadi Presiden Vietnam manakala Nguyen Tan Dung kekal sebagai Perdana Menteri.
Kelahiran
sunting- 1922 - Chairil Anwar, seorang sasterawan di Indonesia.
- 1939 - John Howard, seorang Perdana Menteri Australia ke-25.
- 1984 - Sabri Sarıoğlu, seorang pemain bola sepak kebangsaan Turki.