8 Jun
tarikh
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
8 Jun merupakan hari ke-159 (hari ke-160 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 206 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Lautan Sedunia.
Peristiwa
sunting- 632 - Abu Bakar as-Siddiq menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., memulakan era Khulafa al-Rasyidin.
- 1783 - Kawah Laki (gambar) mula meletus dan berterusan sehingga lapan bulan, mencetuskan kebuluran dan keracunan fluorin di Iceland.
- 1887 - Herman Hollerith menerima paten untuk kalkulator kad tebuk.
- 1949 - Novel politik distopia Nineteen Eighty-Four oleh George Orwell diterbitkan.
- 1966 - Sebuah prototaip XB-70 Valkyrie berlanggar di udara dengan sebuah pesawat pengejar F-104 Starfighter ketika membuat penggambaran. Kedua-dua juruterbang NASA Joseph A. Walker serta juruterbang ujian Tentera Udara Amerika Syarikat Carl Cross, maut dalam kemalangan itu.
- 1967 - Tentera Udara Israel menyerang kapal risikan Tentera Laut A.S. USS Liberty di perairan antarabangsa, membunuh 34 orang dan mencederakan 173 lagi.
- 1972 - Perang Vietnam: Jurugambar Associated Press Nick Ut mengambil gambar Pulitzernya, Phan Thị Kim Phúc yang berumur 9 tahun berlari bogel selepas dibakar napalm.
- 1995 - Pengatur cara Rasmus Lerdorf mengeluarkan versi awam pertama bahasa penskripan PHP untuk menghasilkan laman web dinamik.
- 2004 - Pelari jarak jauh Habsyah Kenenisa Bekele memecahkan rekod dunia bagi 10,000 meter luar di Ostrava, Republik Czech.
- 2010 - Benigno Aquino III bakal menjadi Presiden Filipina setelah disahkan memenangi pilihan raya presiden.
Kelahiran
sunting- 1921 - Suharto, Presiden Indonesia ke-2
- 1975 - Ruwaida al-Mahrouqi, penyanyi dan pelakon wanita Emiriah Arab Bersatu
- 1983 - Saykoji, pelakon, penyanyi, dan rap Indonesia.
- 1991 - Keira Shabira, pelakon wanita Indonesia
- 1993 - Ammar Zoni, pelakon lelaki Indonesia
Kematian
sunting- 632 - Nabi Muhammad s.a.w., seorang kekasih Allah
- 1845 - Andrew Jackson, Presiden Amerika Syarikat ke-7