Abdul Rahman Mohamed Yassin
Allahyarham Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamed Yassin (1890 – 24 Mei 1970)[1] merupakan anak watan negeri Johor berasal dari Parit Bakar, Muar, Johor. Beliau ialah Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia yang pertama.
Abdul Rahman Mohamed Yassin | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 11 September 1959 – 31 Disember 1968 | |
Yang di-Pertuan Agong | Tuanku Abdul Rahman Sultan Hisamuddin Alam Shah Tuanku Syed Putra Jamalullail Sultan Ismail Nasiruddin Shah |
Perdana Menteri | Tunku Abdul Rahman |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Tun Syed Sheh Syed Hassan Barakbah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1890 Parit Bakar, Muar, Johor |
Mati | 24 Mei 1970 Johor Bahru, Johor, Malaysia | (umur 79–80)
Tempat semadi | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
Pasangan | Datin Zaharah Orang Kaya Abu Bakar Datin Kamariah Dato' Jaafar Ungku Salamah Ungku Abdul Rahman |
Pertalian | Dato' Onn Jaafar (ipar) Dato' Mohd Seth Mohd Said (besan) Tun Dr. Awang Hassan (menantu) Mohamed Tawfik Ismail (cucu) Tariq Ismail Mustafa (cicit) |
Anak | 9 (termasuk Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Dato' Suleiman Abdul Rahman) |
Keluarga
suntingBeliau berkahwin dengan Zaharah Abu Bakar dan dikurniakan 9 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Muar Selatan, Parlimen Malaya pertama. Anak keduanya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Johor Timor serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2. Menantu lelakinya, Tun Dr. Awang Hassan (suami kepada Khadijah Abdul Rahman) juga pernah menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi Muar Selatan ekoran kematian penyandangnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pada 6 November 1963.[2]
Kerjaya
suntingBeliau pernah menjadi kerani, Pesuruhjaya Daerah, Majistret dan Bendahari Negeri Johor. Selain daripada itu menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama.[3] Dato’ Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang Malayan Union pada 1946 iaitu selepas Perang Dunia II. Sebagai ketua Orang Tujuh, beliau menuntut Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Meninggal Dunia
suntingDato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin meninggal dunia pada 24 Mei 1970 dan telah disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.[4]
Anugerah
sunting- Johor :
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) (1930)
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (1941)[5]
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) (1967)[6]
Tempat dinamakan sempena nama beliau
sunting- Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor
- Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yassin (SDARY), Johor Bahru, Johor
Rujukan
sunting- ^ Ooi Kee Beng (2007). Bukan kerana pangkat : Tun Dr. Ismail dan masanya. Bashir Basalamah. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 14. ISBN 978-983-3782-18-5. OCLC 191805054.
- ^ Ooi Kee Beng (2007). Bukan kerana pangkat : Tun Dr. Ismail dan masanya. Bashir Basalamah. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 165. ISBN 978-983-3782-18-5. OCLC 191805054.
- ^ "Portal Rasmi Parlimen Malaysia - Yang di-Pertua". www.parlimen.gov.my. Dicapai pada 3 Februari 2021.
- ^ Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Zam Ismail, 1943-, Kamdi Kamil, 1949- (ed. 1st). Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. 2012. m/s. 32. ISBN 978-983-2440-46-8. OCLC 870691698.CS1 maint: others (link)
- ^ "BIRTHDAY HONOURS". The Straits Times. 17 September 1941. m/s. 7.
- ^ "Sultan Perak dapat kurnia hari jadi". Berita Harian. 28 October 1967. m/s. 1.
Penyandang Terdahulu | Yang di-Pertua Dewan Negara 1959 – 1968 |
Penyandang Kemudian |
"Yang Pertama" | Syed Sheh Hassan Barakbah |