Alan Dzagoev
Alan Yelizbarovich Dzagoev (Rusia: Алáн Елизбáрович Дзагóев , lahir 17 Jun 1990) merupakan pemain bola sepak Rusia yang kini bermain untuk CSKA Moscow dan pasukan kebangsaan Rusia. Beliau bermain di posisi pemain tengah menyerang.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Alan Yelizbarovich Dzagoev | ||
Tarikh lahir | 17 Jun 1990 | ||
Tempat lahir | Beslan, Kesatuan Soviet | ||
Ketinggian | 1.79 m (5 ka 10 1⁄2 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | CSKA Moscow | ||
Nombor | 10 | ||
Kerjaya remaja | |||
2000–2005 | Yunost Vladikavkaz | ||
2005 | Akademi Konoplyov | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2007 | Krylya Sovetov-SOK | 37 | (6) |
2008– | CSKA Moscow | 244 | (52) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2013 | Rusia B21 | 2 | (1) |
2008– | Rusia | 59 | (9) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Mac 2020 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Julai 2018 |
Kerjaya kelab
suntingAkademiya Tolyatti
suntingDari Januari 2006 sehinga Disember 2007, Dzagoev bermain untuk Akademiya Tolyatti yang bermain di Divisyen Kedua Rusia. Beliau membuat debut untuk kelab itu pada 29 April 2006 menentang Tyumen dengan kekalahan 2-1. Beliau bermain sebanyak 37 perlawanan dan menjaringkan enam gol.
CSKA Moscow
suntingDzagoev menandatangani kelab CSKA Moscow sebelum bermulanya musim 2008. Kemunculan pertamanya ketika menentang Luch. Pada perlawanan berikutnya iaitu menentang FC Khimki, beliau berjaya menjarigkan gol dan membuat dua hantaran. Beliau juga antara skuad yang menjuarai Piala Rusia 2008. Beliau membuat tiga hantaran untuk membantu CSKA menang besar 5-1 ke atas kelab Spartak Moscow. Dzagoev menjadi pemain terbaik perlawanan ketika beliau menjaringkan dua gol menentang juara Liga Europa, Zenit Saint Petersburg, 3-1. Pada penghujung musim 2008, Dzagoev dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik oleh Kesatuan Bola Sepak Rusia.
Dzagoev berjaya menjairngkan gol pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Manchester United pada 4 November 2009, yang berkesudahan seri 3–3. Pada 30 September 2012, beliau dibuang padang pada perlawanan menentang Dynamo Moscow selepas mengasari pemain Luke Wilkshire dan digantung lima perlawanan.
Kerjaya antarabangsa
suntingDzagoev telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Rusia untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Jerman yang dijadualkan pada 11 Oktober 2008. Beliau membuat debut pada usia 18 tahun dan 116 hari, beliau menjadi pemain kedua termuda berbuat demikian selepas rakan sepasukan kelab, Igor Akinfeev.
Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 8 Oktober 2010 ketika menang 3-2 ke atas Republik Ireland pada pusingan kelayakan UEFA Euro 2012. Beliau disahkan memasuki skuad Euro 2012 pada 25 Mei 2012. Beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan pembukaan kejohanan menentang Republik Czech yang menyaksikan pasukannya menang 4-1. Dzagoev menambahkan gol ketiganya di kejohanan Euro pada perlawanan seterusnya menentang tuan rumah, Poland. Dengan menjaringkan tiga gol, beliau menjadi penjaring terbanyak kejohanan serta berkongsi dengan Cristiano Ronaldo, Fernando Torres, Mario Gómez, Mario Balotelli dan juga Mario Mandžukić.
Pada 2 Jun 2014, beliau termasuk dalam skuad Rusia di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.
Gol antarabangsa
sunting# | Tarikh | Arena | Pihak lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 8 Oktober 2010 | Dublin, Ireland | Ireland | 2–0 | 3–2 | Kelayakan Euro 2012 |
2. | 7 Oktober 2011 | Žilina, Slovakia | Slovakia | 3–1 | 3–2 | Kelayakan Euro 2012 |
3. | 11 Oktober 2011 | Moscow, Rusia | Andorra | 1–0 | 6–0 | Kelayakan Euro 2012 |
4. | 4–0 | |||||
5. | 8 Jun 2012 | Wrocław, Poland | Republik Czech | 1–0 | 4–1 | UEFA Euro 2012 |
6. | 3–1 | |||||
7. | 12 Jun 2012 | Warsaw, Poland | Poland | 1–0 | 1–1 | UEFA Euro 2012 |
8. | 15 Ogos 2012 | Moscow, Rusia | Ireland | 1–0 | 1–1 | Persahabatan |
Statistik kerjaya
sunting- Sehingga 14 Mac 2014
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Super | Eropah | Jumlah | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Hntrn | Kmncln | Gol | Hntrn | Kmncln | Gol | Hntrn | Kmncln | Gol | Hntrn | Kmncln | Gol | Hntrn | ||
Krylia Sovetov SOK | 2006 | 12 | 1 | 0 | 1 | 0 | 0 | — | 13 | 1 | 0 | |||||
2007 | 25 | 5 | 0 | 1 | 0 | 0 | — | 26 | 5 | 0 | ||||||
Jumlah | 37 | 6 | 0 | 2 | 0 | 0 | — | 39 | 6 | 0 | ||||||
CSKA Moscow | 2008 | 20 | 8 | 10 | 3 | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | 6 | 3 | 0 | 29 | 13 | 10 |
2009 | 27 | 7 | 12 | 2 | 0 | 0 | 1 | 0 | 0 | 10 | 3 | 1 | 40 | 10 | 13 | |
2010 | 24 | 6 | 6 | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 0 | 10 | 2 | 4 | 36 | 8 | 10 | |
2011–12 | 31 | 5 | 14 | 5 | 0 | 0 | 1 | 0 | 0 | 11 | 1 | 4 | 48 | 6 | 18 | |
2012–13 | 24 | 7 | 10 | 4 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | 0 | 30 | 7 | 10 | |
2013-14 | 18 | 3 | 5 | 3 | 0 | 0 | 1 | 0 | 1 | 1 | 0 | 0 | 23 | 3 | 6 | |
2014-15 | 15 | 2 | 3 | 2 | 2 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | 0 | 20 | 4 | 4 | |
Jumlah | 159 | 38 | 60 | 20 | 4 | 1 | 4 | 0 | 1 | 43 | 9 | 9 | 226 | 51 | 71 | |
Jumlah kerjaya | 196 | 44 | 60 | 20 | 4 | 0 | 4 | 0 | 1 | 43 | 9 | 9 | 265 | 57 | 71 |
Penghargaan
suntingKelab
sunting- CSKA Moscow
- Liga Perdana Rusia (2): 2012–13, 2013–14
- Piala Rusia (4): 2007–08, 2008–09, 2010–11, 2012–13
- Piala Super Rusia (2): 2009, 2013
Individu
sunting- Pemain Muda Terbaik Rusia (1): 2008
- Penjaring terbanyak Kejohanan Bola Sepak Eropah (1): 2012
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Alan Dzagoev |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Alan Dzagoev |
- (Inggeris) Profil Alan Dzagoev di National-Football-Teams.com
- Profile Diarkibkan 2009-04-18 di Wayback Machine a
- Profile[pautan mati kekal]
- cskainfo.com profile