Aliran Circle
Aliran Circle merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Dalam peta London Underground aliran ini berwarna kuning. Perkhidmatan kereta api ini mencatatkan perkhidmatan kelapan paling banyak digunakan dalam London Underground.[1] Landasan perkhidmatan kereta api ini sebenarnya mengelilingi sekitar kawasan London Tengah, di bahagian utara Sungai Thames, namun pada 13 Disember 2009, perkhidmatan aliran ini dipanjangkan mencapai stesen Hammersmith.
Warna dalam peta | Kuning |
Tahun dibuka | 1884 |
Jenis aliran | Aras bawah permukaan tanah |
Pusingan simpanan (Rolling stock) |
C Stock |
Stesen dalam perkhidmatan |
35 |
Panjang | 27 km (17 batu) |
Depoh | Hammersmith |
Bilangan penumpang | 74 juta (2002) (setahun) |
Perkhidmatan kereta api Transport for London | |
---|---|
Aliran Circle Pra-13 Disember 2009
suntingSebelum 13 Disember 2009, landasan yang digunakan dalam perkhidmatan aliran Circle sememangnya berbentuk seperti sebuah gelung. Terdapat 27 buah stesen dalam perkhidmatan ini, sepanjang 14.5 batu (23.3 km). Berikut merupakan peta menggambarkan kedudukan landasan dan stesen mengikut peta geografi yang sebenar:
Aliran Circle sebelumnya, sebelum perkhidmatan dipanjangkan ke stesen Hammersmith |
Maklumat perkhidmatan
suntingPada 13 Disember 2009, aliran Circle tidak lagi menyediakan perkhidmatan lingkaran dengan penyambungan landasan ke Hammersmith. Secara teknikalnya perkhidmatan aliran ini lebih berbentuk "gayung". Perjalanan perkhidmatan yang lengkap mengambil masa lebih kurang 55 minit. Namun begitu, atas sebab perlaksanaan jadual waktu perjalanan, masa yang diambil ialah selama 59 minit kerana kereta api perlu berhenti selama dua minit di stesen High Street Kensington dan Aldgate. Tujuh perkhidmatan disediakan bagi setiap hala bagi memastikan sebuah kereta api tiba bagi setiap 8.5 minit.[2]
Perkhidmatan kini
suntingPeta bagi aliran Circle
Penyambungan perkhidmatan aliran Circle ke Hammersmith dibuat dari stesen Edgware Road ke Hammersmith.[3] Cadangan ini diumumkan pada bulan Mac 2009 dan bakal dilaksanakan pada bulan Disember 2009.[4]
Stesen dalam perkhidmatan
suntingStesen | Imej | Tarikh dibuka | Maklumat tambahan |
---|---|---|---|
Hammersmith | 1 Disember 1868 | Hammersmith & Citypeta 1. Stesen pengakhiran bagi kereta api yang bergerak arah lawan jam. | |
Goldhawk Road | 13 Jun 1864 | peta 2 | |
Shepherd's Bush Market | 13 Jun 1864 | peta 3 | |
Wood Lane | 12 Oktober 2008 | peta 4 | |
Latimer Road | 16 Disember 1868 | peta 5 | |
Ladbroke Grove | 13 Jun 1864 | Nama asalnya Notting Hill, sebelum ditukar kepada Notting Hill & Ladbroke Grove pada tahun 1880, selepas itu menjadi stesen Ladbroke Grove (North Kensington) pada 1 Jun 1919. Nama sekarang dikekalkan mulai tahun 1938.peta 6 | |
Westbourne Park | 1 Februari 1866 | peta 7 | |
Royal Oak | 30 Oktober 1871 | peta 8 | |
Paddington ( Kereta api ke Heathrow) | 1 Disember 1913 | peta 9 | |
Edgware Road | 1 October 1863 | peta 10 | |
Baker Street | 10 Januari 1863 | peta 11 | |
Great Portland Street | 10 January 1863 | Nama asalnya ialah stesen Portland Roadpeta 12 | |
Euston Square ( Euston) | 1863 | Nama asalnya Gower Streetpeta 13 | |
King's Cross St Pancras ( Kereta api ke Gatwick dan Luton) | 1863 | peta 14 | |
Farringdon ( Kereta api ke Gatwick and Luton) | 10 January 1863 | peta 15 | |
Barbican | 1865 | Nama asalnya ialah stesen Aldersgate Street, sebelum ditukar kepada Aldersgate pada tahun 1910, kemudiannya kepada Aldersgate and Barbican pada tahun 1923. Nama stesen sekarang digunakan dari tahun 1968.peta 16 | |
Moorgate | 1865 | peta 17 | |
Liverpool Street ( Kereta api ke Stansted) | 12 Julai 1875 | Nama asalnya ialah stesen Bishopsgate, sebelum ditukar kepada nama sekarang pada 1 November 1909peta 18 | |
Aldgate | 18 November 1876 | Aliran Metropolitanpeta 19 | |
Tower Hill | 25 September 1882 | Aliran Districtpeta 20 | |
Monument | 6 Oktober 1884 | Aliran Central, Northern, Waterloo & City, DLR (dihubungkan melalui tangga bergerak ke stesen Bank)peta 21 | |
Cannon Street ( Fenchurch Street) | 6 Oktober 1884 | Perkhidmatan kereta api syarikat Southeasternpeta 22 | |
Mansion House | 3 Julai 1871 | peta 23 | |
Blackfriars (ditutup hingga penghujung tahun 2011) |
30 Mei 1870 | Perkhidmatan kereta api syarikat First Capital Connect / Southeastern (Thameslink)peta 24 | |
Temple | 30 Mei 1870 | peta 25 | |
Embankment | 30 Mei 1870 | Aliran Bakerloo, Northernpeta 26 | |
Westminster | 24 Disember 1868 | Aliran Jubileepeta 27 | |
St. James's Park | 24 Disember 1868 | peta 28 | |
Victoria | 24 Disember 1868 | Aliran Victoria, perkhidmatan kereta api syarikat Southeastern dan Southernpeta 29 | |
Sloane Square | 24 Disember 1868 | peta 30 | |
South Kensington | 24 Disember 1868 | Aliran Piccadillypeta 31 | |
Gloucester Road | 1 Oktober 1868 | Aliran Piccadillypeta 32 | |
High Street Kensington | 1 Oktober 1868 | Aliran Districtpeta 33 | |
Notting Hill Gate | 1 Oktober 1868 | Aliran Centralpeta 34 | |
Bayswater | 1 Oktober 1868 | peta 35 | |
Paddington ( Kereta api ke Heathrow) | 1 Oktober 1868 | Aliran Bakerloo, District, Hammersmith & City, perkhidmatan kereta api syarikat First Great Westernpeta 9 |
Nota: Kereta api akan berhenti di stesen Edgware Road, platform 2[5] dan kemudiannya bergerak dalam arah pusingan lawan jam ke stesen Hammersmith.
Koordinat stesen dalam peta geografi
suntingRujukan
sunting- ^ (Inggeris) Line facts Diarkibkan 2010-07-29 di UK Web Archive.
- ^ Key Facts Diarkibkan 2011-12-15 di Wayback Machine, Transport for London.
- ^ Mayorwatch – Circle Line Extension
- ^ (Inggeris)[1] Transport for London. 5 Mac 2009
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-06-23. Dicapai pada 2011-07-03.
Pautan luar
sunting- Laman rasmi Transport for London mengenai aliran Circle.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Aliran Circle |