Allianz
Allianz SE[2] (/ˈæliənts/ AL-ee-ənts; Sebutan bahasa Jerman: [aliˈants] ( dengar)) ialah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan Eropah yang beribu pejabat di Munich, Jerman. Perniagaan utamanya adalah insurans dan pengurusan aset. Sehingga 2014, ia merupakan syarikat insurans terbesar di dunia, kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar dan syarikat terbesar mengikut ukuran komposit oleh majalah Forbes,[3] serta syarikat perkhidmatan kewangan terbesar apabila diukur pada tahun 2013. Syarikat itu merupakan komponen dari indeks pasaran saham Euro Stoxx 50.[4]
Jenis/bentuk sah | Societas Europaea |
---|---|
Didagangkan sebagai | FWB: ALV OTCQX AZSEY Komponen DAX |
ISIN | DE0008404005 |
Industri | Perkhidmatan kewangan |
Ditubuhkan | 5 Februari 1890 |
Pengasas | Carl von Thieme |
Ibu pejabat | Munich, Jerman |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Oliver Bäte (CEO) Helmut Perlet (pengerusi lembaga penyeliaan) Maximilian Zimmerer (CFO) |
Keluaran | Insurans, pengurusan aset |
Hasil | ▲ €126,149 bilion (2017)[1] |
Pendapatan kendalian | ▲ €11.097 bilion (2017)[1] |
Pendapatan bersih | ▼ €7.207 bilion (2017)[1] |
Modal | 91,089,693,762 euro (2019) |
Aset di bawah pengurusan | ▲ €1.960 trilion (2017)[1] |
Jumlah aset | ▲ €901,300 bilion (2017)[1] |
Jumlah ekuiti | ▼ €65.553 bilion (2017)[1] |
Bilangan kakitangan | 140,553 (2017)[1] |
Anak syarikat | Allianz France Allianz Worldwide Care Allianz Global Investors Risklab Allianz Global Assistance Allianz Insurance plc Allianz Global Corporate and Specialty Allianz Life Club Marine Hunter Premium Funding Allianz Marine & Transit Euler Hermes Mondial Assistance Group Allianz Technology PIMCO |
Tapak web | www.allianz.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Bahagian pengurusan asetnya, yang terdiri daripada PIMCO dan Allianz Global Investors, mempunyai €1,960 bilion aset di bawah pengurusan (AuM), di mana €1.448 bilion adalah aset pihak ketiga (pada 31 Disember 2017).
Allianz menjual Dresdner Bank kepada Commerzbank pada November 2008.[5] Hasil daripada transaksi ini, Allianz mendapat pegangan 14% dalam Commerzbank yang baru.
Operasi
suntingAllianz mempunyai operasi di lebih dari 70 buah negara dan mempunyai sekitar 147,000 pekerja. Syarikat induk, Allianz SE, beribu pejabat di Munich, Jerman. Allianz mempunyai lebih dari 85 juta pelanggan di seluruh dunia dan perkhidmatannya termasuk insurans harta benda dan kecederaan, insurans hayat dan kesihatan dan pengurusan aset.[6] Pada tahun 2013 ia adalah nombor 25 dalam senarai Forbes 2000 global.[7]
Allianz Malaysia
suntingAllianz secara rasminya bermula di Malaysia pada 2001 ketika menjadi pemegang saham pengendali Allianz General Insurance Malaysia Berhad ("AGIM"). Pada tahun 2007, perniagaan insurans am AGIM telah dipindahkan ke anak syarikat milik penuhnya, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad ("Allianz General"). Berikutan penyempurnaan perniagaan insurans am, AGIM menukar namanya kepada Allianz Malaysia Berhad ("AMB"). AMB adalah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai dua anak syarikat milik penuh: Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ("Allianz Life") dan Allianz General.
Pengurusan senior
suntingKetua Pegawai Eksekutif
suntingBerikut ialah senarai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz.[8]
Tahun | Nama |
---|---|
1890–1904 | Carl von Thieme |
1894–1921 | Paul von der Nahmer |
1921–1933 | Kurt Schmitt |
1933–1948 | Hans Hess |
1948–1961 | Hans Goudefroy |
1962–1971 | Alfred Haase |
1971–1991 | Wolfgang Schieren |
1991–2003 | Henning Schulte-Noelle |
2003–2015 | Michael Diekmann |
2015–kini | Oliver Bäte |
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f g "Allianz: Investor Relations". Allianz.
- ^ Allianz note to shareholders confirming conversion to SE
- ^ "The Global 2000: 1–100". Forbes. May 2013. Dicapai pada 6 April 2014.
- ^ "Frankfurt Stock Exchange". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-08. Dicapai pada 2018-08-31.
- ^ AFX-News: Allianz jumps after Dresdner deal sealed
- ^ Uwe G. Seebacher (2003). Template-driven Consulting: How to Slash More Than Half of Your Consulting Costs. Springer. m/s. 191. Dicapai pada 16 July 2013.
- ^ "#25 Allianz". Forbes. Dicapai pada 17 July 2013.
- ^ of management Allianz SE. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Allianz. |