Amir Qatar

rencana senarai Wikimedia

Amir, atau Emir Negara Qatar (Arab: أمیر دولة قطر) ialah raja pemerintah dan ketua negara bagi Qatar. Amir juga ialah panglima tertinggi bagi Angkatan Bersenjata dan penjamin Perlembagaan. Amir memegang kedudukan paling berkuasa di negara tersebut, dan mempunyai peranan penting dalam hubungan luar negeri.[1]

Amir Negara Qatar
أمیر دولة قطر
Amir Dawlat Qatar
Penjawat kini
Tamim bin Hamad Al Thani
sejak 25 Jun 2013
Butiran
GelaranDuli Yang Amat Mulia
Pewaris rajaAbdullah bin Hamad Al Thani
Penyandang pertamaMohammed bin Thani
Pembentukan1851

Para Amir ialah anggota Wangsa Al Thani, yang berasal dari Bani Tamim, sebuah puak terbesar di semenanjung Arab. Pemerintah terkini ialah Tamim bin Hamad Al Thani, yang menyandang sejak 25 Jun 2013.

Senarai

sunting

Berikut merupakan daftar Amir Qatar:

  1. Syeikh Mohammed bin Thani (1868 — 1878)
  2. Syeikh Jasim bin Mohammed Al Thani (1876 — 1913)
  3. Syeikh Abdullah bin Jasim Al Thani (1913 — 1949)
  4. Syeikh Ali bin Abdullah Al Thani (1949 — 1960)
  5. Syeikh Ahmad bin Ali Al Thani (1960 — 1972)
  6. Syeikh Khalifa bin Hamad Al Thani (1972 — 1995)
  7. Syeikh Hamad bin Khalifa Al Thani (1995 — 2013)
  8. Syeikh Tamim bin Hamad Al Thani (2013 — sekarang)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Qatari emir Hamad hands power to son Tamim". BBC News. 25 June 2013. Dicapai pada 25 June 2013.
  NODES