Andrew Jackson (15 Mac 17678 Jun 1845) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-7. Beliau memegang jawatan Presiden A.S selama dua penggal berturut-turut iaitu bermula tahun 1829 sehingga 1837. Amerika memasuki fasa penting selama 8 tahun pemerintahan Presiden Andrew Jackson, berkatnya Amerika Syarikat menjadi lebih kuat.

Andrew Jackson
Presiden Amerika Syarikat ke-7
Dalam jawatan
4 Mac 1829 – 4 Mac 1837
Naib PresidenJohn C. Calhoun (1829–1832),
Tiada (1832–1833),
Martin Van Buren (1833–1837)
Didahului olehJohn Quincy Adams
Digantikan olehMartin Van Buren
Gabenor Wilayah Florida Pertama
Gabenor Ketenteraan
Dalam jawatan
10 Mac 1821 – 12 November 1821
PresidenJames Monroe
Didahului olehTiada (Wilayah Sepanyol)
Digantikan olehWilliam P. Duval
Senator Amerika Syarikat
dari Tennessee
Dalam jawatan
26 September 1797 – April 1798
Didahului olehWilliam Cocke
Digantikan olehDaniel Smith
Dalam jawatan
4 Mac 1823 – 14 Oktober 1825
Didahului olehJohn Williams
Digantikan olehHugh Lawson White
Ahli U.S. House of Representatives
from Tennessee's kawasan At-Large
Dalam jawatan
4 Disember 1796 – 26 September 1797
Didahului olehTiada — Ahli Kongres pertama
(diisytiharkan negeri)
Digantikan olehWilliam C. C. Claiborne
Maklumat peribadi
Lahir200px
(1767-03-15)15 Mac 1767
kawasan Waxhaws
Mati8 Jun 1845(1845-06-08) (umur 78)
Nashville, Tennessee;
Tempat semadi200px
KewarganegaraanAmerika
Parti politikDemokrat-Republik dan Demokrat
PasanganDuda. Rachel Donelson Robards Jackson. (Anak saudara Emily Donelson Jackson dan menantu Sarah Yorke Jackson merupakan Wanita Pertama)
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • 200px
PekerjaanPendakwa, Hakim, Petani (Peladang), Askar (Jeneral)
TandatanganTandatangan

Latar belakang

sunting

Andrew Jackson lahir pada 15 Mac 1767 di sebuah ladang, Waxhaw, Carolina Selatan. Dua minggu sebelum kelahirannya, ayah beliau telah meninggal dunia. Andrew Jackson menjadi anak yatim sejak lahir. Andrew Jackson diasuh oleh ibu beliau yang tinggal bersama-sama ipar beliau. Pada masa itu beliau tidak memiliki banyak kesempatan untuk bersekolah, namun beliau memiliki kemahuan kuat, semangat merdeka dan keberanian besar yang hidup dalam dirinya.

Pada usia 13 tahun, beliau memasuki tentera Amerika dan turut berjuang dalam Revolusi Amerika dalam melawan Inggeris, yang kemudian merebak menjadi Perang Kemerdekaan Amerika. Beliau pernah ditangkap dan ditawan oleh pihak musuh. Semasa ditawan, beliau pernah menolak untuk menggosok kasut seorang askar Inggeris, askar tersebut memukul beliau dengan sebilah pedang, parut disebabkan oleh pedang itu tidak hilang seumur hidup beliau. Berkat permohonan ibu beliau, beliau dibebaskan dari tawanan, tetapi beberapa bulan kemudian ibu beliau meninggal dunia akibat demam yang diderita beliau ketika beliau bekerja sebagai jururawat sukarela bagi orang Amerika yang ditawan oleh tentera Inggeris. Andrew Jackson menjadi yatim piatu pada usia 14 tahun. Hal ini menimbulkan rasa tidak suka beliau kepada orang-orang Inggeris, perasaan yang berpengaruh selama hidupnya.

Pada mulanya, Andrew Jackson berusaha untuk menjadi seorang guru, lalu beliau mulai belajar undang-undang pada usia 17 tahun. Pembelajaran ini tidak beliau dapatkan melalui sekolah, tetapi dari sebuah pejabat seorang peguam. Beliau lalu mendapat surat keizinan untuk membuka pusat latihan undang-undang dan berpindah ke Nashville, Tennessee lalu beliau menjadi orang yang kaya dan berpengaruh. Beliau menjadi orang pertama yang mewakili negeri Tennessee di Kongres Amerika Syarikat, dan kemudian diangkat menjadi senator untuk mengisi kerusi seorang senator yang meninggal dunia. Pada tahun yang sama, beliau keluar dari senat untuk mengurus hal-hal pribadi.

Setelah keluar dari senat, Andrew Jackson menjadi hakim di Makamah Tinggi Tennessee.

Pada tahun 1804, beliau menjadi Mejar Jeneral dalam Tentera Tennessee dan terbukti cekap sebagai seorang tentera, dua tahun kemudian, beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai hakim di Makamah Tinggi Tennessee dan mendedikasikan waktunya pada jabatan ketenteraan. Kecekapannya sebagai seorang tentera membuahkan kemenangan-kemenangan Amerika ke atas Inggeris pada peperangan yang terjadi pada tahun 1812-1814 di bawah pemerintahan Presiden James Madison, beliau menjadi masyhur dikalangan rakyat Amerika. Hal ini merintis jalan baginya untuk menjadi presiden.

Pernikaha beliau dengan Rachel Donelson Jackson tidak dikurniakan keturunan, tetapi beliau mengambil anak saudara isterinya sebagai anak angkatnya, dan menamakannya Andrew Jackson Jr.

Andrew Jackson berusaha untuk dipilih menjadi Presiden pada tahun 1824, tetapi gagal. Empat tahun kemudian beliau berusaha lagi, dan kali ini berjaya.

Pada tahun 1829 Andrew Jackson dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-7. Sewaktu menjawat, beliau didampingi oleh John Caldwell Calhoun (1829-1832) dan Martin Van Buren (1832-1837) sebagai wakil presiden.

Kemenangannya melambangkan kemenangan rakyat pada umumnya kerana Andrew Jackson melambangkan rasa dan harapan orang biasa. Rakyat umum menaruh kepercayaan pada dirinya dan tetap berdiri di belakangnya.

Andrew Jackson pengikut parti Demokrat, yang hingga kini, tetap berpegang pada prinsip-prinsip yang ditetapkannya.

Pada 4 Mac 1837, Andrew Jackson meninggalkan Rumah Putih, kala itu kekayaannya telah merudum dan kesihatannya semakin buruk.

Pada 8 Jun 1845, Andrew Jackson meninggal dunia ketika usianya 78 tahun di Hermitage, Nashville, Tennessee.

Erti baru yang diberikan Andrew Jackson pada istilah "Demokrasi" tetap hidup sebagai sumbangannya yang terbesar pada masa depan.

Slogan

sunting

Slogan beliau yang terkenal adalah

Berikan pemerintahan kepada rakyat

Rujukan

sunting
  • Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES
Done 4
see 9