Anna Hazare
Kisan Baburao Hazare (lahir pada 15 Jun 1937) lebih dikenali sebagai 'Anna Hazare' merupakan aktivis sosial di India .Namanya diingati kerana Peranan dan sumbangan kepada pembangunan dan penstrukturan Ralegan Siddhi , sebuah kampung model di Parner taluka, daerah Ahmednagar , negeri Maharashtra , India.Beliau diberi Anugerah Padma Bhushan oleh kerajaan India pada tahun 1992.
Kisan Baburao Hazare किसन बाबुराव हजारे | |
---|---|
Kelahiran | Bhingar, Bombay Province, British India | 15 Jun 1937
Warganegara | Indian |
Nama lain | Anna Hazare |
Terkenal kerana | Watershed development programmes Right to Information movement Anti-corruption movement |
Pasangan | unmarried |
Ibu bapa | Laxmibai Hazare (Mother) Baburao Hazare (Father) |
Anugerah | Padma Shri 1990 Padma Bhushan 1992 |
Laman web rasmi | www.annahazare.org |
Anna Hazare melancarkan mogok lapar pada 5 April 2011 untuk memberi tekanan kepada kerajaan India agar segera menggubal akta anti-rasuah .Ekoran itu ramai menyokong Hazare dan membantah kerajaan India. Puasa berakhir pada 9 April 2011, sehari selepas semua tuntutan Hazare telah dipersetujui.Jawatankuasa bersama dibentuk bagi menggubal Rang Undang-Undang Lokpal yang berkesan .
Akhbar India Daily News menyenaraikan Hazare sebagai orang ke-50 berpengaruh di India dan paling berpengaruh di Mumbai.
Gerakan anti rasuah 2011
suntingBeberapa siri bantahan dilancarkan terhadap kerajaan India yang gagal membanteras rasuah khususnya Rang Undang-Undang Jan Lokpal . Bantahan itu mendapat momentum apabila Anna Hazare melancarkan mogok lapar mulai 5 April 2011 - agar cepat mati. Kontroversi tercetus apabila bertembung dengan aktivis yoga, Swami Ramdev pada 4 Jun 2011 yang membabitkan isu "Wang hitam disimpan di luar negara".Ramdev menuntut agar wang yang tidak dikenakan cukai di simpan dan dilabur di luar negara diisytiharkan sebagai kekayaan negara.
Ditahan kerana mogok lapar
suntingPada 16 Ogos 2011, beliau ditahan oleh polis India kerana hendak melancarkan mogok lapar agar kerajaan India membasmi rasuah yang berleluasa di negara itu.Polis turut melarang orang ramai berkumpul di Delhi , lokasi mogok lapar itu akan dilancarkan. Perusuh kini berjumlah 5000 orang. Hazaze ditahan di Penjara Tihar untuk selama 7 hari. Hazare berikrar akan mogok lapar sehingga Rang Undang-Undang Jan Lokpal diluluskan oleh parlimen India.Perdana Menteri India, Manmohan Singh menolak usaha menguatkuasakan undang-undang anti rasuah itu.
Turut ditahan di beberapa lokasi lain ialah Arvind Kejriwal, Shanti Bhushan, Kiran Bedi dan Manish Sisodia. Seramai 1300 penyokongnya telah di tahan di Delhi. Mereka turut menyatakan sokongan menerusi Twitter dan Facebook. Namun Anna Hazare menolak sokongan daripada pemimpin rohani Sri Sri Ravi Shankar , Swami Ramdev , Swami Agnivesh dan bekas pemain kriket Kapil Dev India.
Protes merebak ke Bangalore , Mumbai , Chennai , Ahmedabad , Guwahati , Shillong , Aizawl dan lain-lain bandar besar di India. India pernah mengisytiharkan darurat pada 1975 .
Pembaharuan pilihan raya
suntingPada 2011, Ana Hazare mendesak agar tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Mesin undian elektronik hendak digunakan dalam pilihan raya di India. Shahabuddin Yaqoob Quraishi selaku ketua Suruhanjaya Pilihan raya India setuju dengan desakan Anna Hazare agar pembaharuan pilihan raya dilakukan segera.
Pranab Mukherjee akan menjadi pengerusi Jawatankuasa Bersama memperbaharui pilihan raya. Lima wakil orang awam ialah Anna Hazare, N. Santosh Hegde , Shanti Bhushan, Prashant Bhushan dan Arvind Kejriwal . Wakil kerajaan ialah P. Chidambaram , M. Veerappa Moily ,Kapil Sibal dan Salman Khursheed. Selepas mogok lapar selama 98 jam, pada 9 April 2011 menamatkan mogok lapar dan minum jus limau.
Protes menentang Swami Ramdev
suntingPada 8 Jun 2011, Anna Hazare dan ribuan penyokongnya berkumpul di Rajghat menentang Swami Ravdev yang berkumpul di Ramlila Maidan, New Delhi. Rancangan berkumpul di Jantar Mantar dihalang oleh polis Delhi.
Komplot membunuh beliau
suntingPada 26 September 2009, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Ahmednagar di Maharashtra terhadap pemimpin Parti Kongres Kebangsaan (NCP) MP Padamsinha Patil kerana berkomplot untuk menghapuskan beliau. Ini kerana ekoran Hazare menuduh berlakunya rasuah besar dalam kilang gula koperasi di Maharashtra. Kilang itu dikawal oleh ahli parlimen Padamsinha Patil. Kes ini belum selesai.
Kehidupan peribadi
suntingAnna Hazare belum berkahwin. Beliau tinggal di sebuah bilik kecil di kuil Sant Yadavbaba di Ralegan Siddhi sejak tahun 1975 . Dia tidak pernah melawat rumahnya walaupun ia adalah di kampung yang sama. Pada 16 April 2011, beliau mengisytiharkan penyata bank miliknya berjumlah US $ 1,500 dan AS $ 30 di tangan.Beliau memiliki 0,07 hektar tanah keluarga di Ralegan Siddhi yang sedang digunakan oleh saudara-saudaranya. Dua keping tanah yang didermakan kepadanya oleh Tentera India dan oleh seorang penduduk kampung yang lain telah disumbangkan olehnya untuk kegunaan kampung . Beliau hanya menerima pencen dari tentera India sebagai Pendapatan .