Anthurium
Anthurium ialah genus tumbuhan berbunga dengan sekitar 1,000 spesies[2][3] yang menjadi genus terbesar keluarga keladi-keladian, Araceae. Nama amnya termasuklah anturium[4] dan telinga gajah (atau kuping gajah di Indonesia[5]). Dalam bahasa Inggeris tumbuhan ini disebut tailflower, flamingo flower dan laceleaf.[6]
Anthurium | |
---|---|
Anthurium sp. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | Anthurium
|
Species | |
Lihat senarai spesies | |
Julat genus Anthurium. | |
Sinonim[1] | |
|
Genus ini tempatan dari Amerika, di mana ia tersebar dari utara Mexico ke utara Argentina dan sebahagian Karibia.[7]
Penerangan
suntingAnthurium ialah genus herba yang kerap tumbuh menjadi pokok tumpang pada tumbuhan lain. Beberapanya adalah daratan. Daunnya sering berkelompok dan bermacam bentuk. Jambak bunganya mengeluarkan bunga kecil lengkap yang mengandungi struktur jantan dan betina. Bunganya tersusun rapat dalam lingkaran tongkol bunga. Tongkolnya selalunya memanjang membentuk bulir, tetapi ia turut berbentuk glob atau bak piala. Di bawah tongkol bunga adalah seludang iaitu sejenis pengasuh bunga. Bentuknya berubah-ubah, tetapi ia berbentuk tombak dalam kebanyakan spesies. Ia terentang leper atau melengkung. Kadang-kadang ia melitupi tongkol bunga semacam tukup. Buahnya berkembang daripada bunga pada tongkol. Ia membentuk beri berair yang bermacam warna, selalunya mengandungi dua benih.[8]
Seludang dan tongkolnya adalah tumpuan terpenting pembiak anturium, yang mengembangkan kultivar berwarna terang dan berbentuk tersendiri. Anthurium scherzerianum dan A. andraeanum, dua takson terumum dalam penanaman, ialah satu-satunya spesies yang berseludang merah terang. Mereka turut dibiakkan untuk mengeluarkan seludang dalam banyak warna dan corak lain.[9] Tumbuhan Anthurium adalah beracun lantaran kristal kalsium oksalat. Getahnya merengsakan kulit dan mata.
Spesies
suntingPada 1860 terdapat 183 spesies telah diketahui sains, dan Heinrich Wilhelm Schott menetapkan mereka dalam 28 ceraian dalam bukunya Prodromus Systematis Aroidearum.[10] Pada 1905, genus ini telah disemak dengan gambaran 18 ceraian.[11] Pada 1983 genus ini dipecahkan kepada ceraian berikut:[12]
Galeri
sunting-
Bunga flamingo
-
Jambak bunga Anthurium digitatum
-
Buah dan daun Anthurium scandens
-
Anthurium andraeanum cv. Previa
Lihat juga
sunting- Spathiphyllum, genus tumbuhan dengan bentuk hampir sama
- Keladi hiasan
Rujukan
sunting- ^ Kew World Checklist of Selected Plant Families
- ^ Mantovani, A. and T. E. Pereira. (2005). Anthurium (section Urospadix; subsection Flavescentiviridia). Rodriguesia 56(88), 145–60.
- ^ Haigh, A. Araceae. Neotropical Araceae. Taman Botani Diraja, Kew.
- ^ "Anturium". Pusat Rujukan Persuratan Melayu - Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ Cynthia Novianti (18 Oktober 2021). "5 Cara Merawat Tanaman Kuping Gajah Di Rumah". 99.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-03-03.
- ^ Govaerts, R. & Frodin, D.G. (2002). World Checklist and Bibliography of Araceae (and Acoraceae): 1–560. The Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew.
- ^ Croat, T. (1983). A revision of the genus Anthurium (Araceae) of Mexico and Central America. Part 1: Mexico and Middle America. Ann. Missouri Bot. Gard. 70: 211–417.
- ^ Croat, T. B. Anthurium description. aroid.org
- ^ Anthurium scherzerianum (flamingo flower). Diarkibkan 2013-10-23 di Wayback Machine Taman Botani Diraja, Kew.
- ^ Schott, H. W. Prodromus Systematis Aroidearum. Wien. 1860.
- ^ Engler, A. (1905). Araceae-Pothoideae. Das Pflanzenreich IV. 23B, Heft 21, pp. 1–330.
- ^ Sections of Anthurium. Diarkibkan Disember 31, 2007, di Wayback Machine aroid.org