Anugerah NME
Anugerah NME (bahasa Inggeris: NME Awards ) adalah sebuah majlis penganugerahan musik tahunan yang popular di United Kingdom, dianjurkan majalah musik NME (New Musical Express). Acara anugerah pertama diadakan pada 1953 sebagai NME Poll Winners Concerts sebelum majalah itu mula terbit. Penganugerahan ini diadakan dengan serius namun akan ada juga segmen yang menghiburkan untuk melegakan tekanan dalam kalangan hadirin dan penonton yang menyaksikan; terutamanya dengan wujudnya kategori yang pernah dipertandingkan seperti "Musuh Tahunan" dan "Album Terburuk". Trofi yang diberikan kepada pemenang berbentuk simbol tangan yang menunjukkan isyarat jari hantu (Middle Finger).
NME Awards | |
---|---|
Jenis | Anugerah muzik |
Penerangan | Pencapaian memukau dalam Industri Musik |
Negara | United Kingdom |
Disampaikan oleh | New Musical Express |
Kali pertama | 1953-1971 (NME Poll Winners Concerts) 1994-2000 (NME Brat Awards) 2002-Kini (NME Awards) |
Liputan televisyen/radio | |
Rangkaian | ITV |
Tapak web | |
nme | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingPenganugerahan bermula sebagai NME Poll Winners Concert and awards ceremonies pada 1952/1953. Acara diteruskan sehingga 1972 bilamana konsert dirakam dan disiarkan menerusi ITV. The Beatles dan The Rolling Stones sering ditampilkan. Majlis pernah diadakan di Royal Albert Hall dan di Empire Pool, Wembley.
Zaman Britpop
suntingPenganugerahan diadakan pada 1994 sebagai NME Brat Awards sebuah anugerah setaraf Brit Awards. Majlis anugerah pada mulanya disokong oleh beberapa kugiran dan penggiat dunia musik Britpop dengan Kumpulan Oasis menjadi kumpulan pertama dizaman moden memenangi lebih daripada 3 anugerah. Sekali lagi pada 1996 Oasis memenangi 4 anugerah termasuk - Kugiran Terbaik, Kugiran Siaran Langsung Terbaik, Album Terbaik menerusi ((What's the Story) Morning Glory?) dan Single Terbaik menerusi "Wonderwall".
Kemudian pada dekad yang sama diikuti Kumpulan Manic Street Preachers (Menang 4 Anugerah pada 1999) dan Kumpulan Blur (Menang 3 Anugerah pada 2000).
Zaman Garage Rock Revival
suntingPada 2002, Anugerah itu menonjolkan sokongan NME kepada "Revolusi Rock Baru" oleh Garage Rock revival, dengan The Strokes memenangi tiga anugerah (Penggiat Baru Terbaik, Album Terbaik, dan Kugiran Terbaik Tahun Ini).
Selepas majlis anugerah pada 2002, sebuah artikel di telegraph.co.uk melaporkan para pemenang di NME awards "adalah hampir sama" dengan para pemenang di Brit Awards dan dikritik sebagai tindakan hipokrit terhadap nilai komersil Brit Awards.[1]
Pada 2003, Nick Jago, pemain drum dari Kumpulan Black Rebel Motorcycle Club memberikan ucapan "senyap" yang berlangsung selama 7 minit menyebabkan beliau dikecam dan diberi sorakan berbaur kutukan sehingga memaksanya diusir dari pentas.[perlu rujukan]
The Libertines memenangi "Kugiran British Terbaik" pada 2004 dan 2005, termasuk anugerah "Kugiran Baru Terbaik" pada 2003.
Pada 2006, Arctic Monkeys menang anugerah "Kugiran Baru Terbaik" dan "Kugiran British Terbaik" pada tahun yang sama yang menjadikan mereka kugiran ketiga memenangi tiga anugerah dizaman moden. (Kugiran Baru Terbaik, Kugiran British Terbaik, Lagu Terbaik). Dalam ucapannya, penyanyi utama Alex Turner menyatakan bagaimana kecenderungan pemenang pada malam itu yang sering dimuatkan dalam keluaran bulanan majalah NME; "Siapa lagi yang akan jadi Kugiran British Terbaik? Kamu takkan tulis mengenai sesebuah Kugiran dengan kerap dan dan tidak memberitahu bahawa kalianlah Kugiran British Terbaik". Sementara itu pada tahun yang sama, Semasa Bob Geldof menerima penghargaan atas kerja kebajikannya, Beliau menggelar hos pada malam itu Russell Brand sebagai "puki". Ini mencetuskan sedikit kontroversi.[2] Pada tahun yang sama juga, Kumpulan Kaiser Chiefs dicalonkan untuk enam anugerah dan memenangi Album Terbaik untuk Employment.
Pada 2007, Razorlight menerima pencalonan Album Terburuk untuk Album "Razorlight", yang mana NME sendiri memberi rating 8/10. Ini menjadikan ia album paling tinggi dari segi rating yang menerima Album Terburuk.
Pada 2008, anugerah itu dikritik teruk di The Guardian kerana kurang memberi tumpuan kepada penggiat wanita.[3] Juga pada 2008, majlis disusuli NME Big Gig yang diadakan di O2 Arena, dimana The Cribs membuat persembahan bersama Johnny Marr, disusuli oleh Klaxons, Bloc Party, Kaiser Chiefs, dan Manic Street Preachers.
Pada 2009, Kumpulan Oasis mencipta rekod tercalon dalam 7 anugerah, sementara itu Anugerah Musuh Tahunan dirangkul oleh Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W. Bush untuk kali keenam berturut-turut. The Killers menerima anugerah ketiga mereka untuk "Kugiran Antarabangsa Terbaik".
Pemenang Utama
suntingNota: Senarai ini hanya menyenaraikan pemenang utama (cth. Best Album, Best British Band, Best Track, dll.)
- 1995 – Oasis (3 anugerah)
- 1996 – Oasis (4 anugerah)
- 1999 – Manic Street Preachers (4 anugerah)
- 2000 – Blur (3 anugerah)
- 2001 – Coldplay (2 anugerah)
- 2002 – The Strokes (3 anugerah)
- 2003 – Coldplay (2 anugerah)
- 2005 – Franz Ferdinand (2 anugerah)
- 2006 – Arctic Monkeys (3 anugerah)
- 2007 - Arctic Monkeys (2 anugerah)
- 2008 – Arctic Monkeys (3 anugerah)
- 2009 – MGMT (2 anugerah)
- 2010 – Muse dan Kasabian (2 anugerah)
- 2011 – My Chemical Romance (2 anugerah)
- 2012 - Florence and the Machine (2 anugerah)
- 2013 - Foals
Rujukan
sunting- National Musical Express, 4 March 2006
- ^ "Where's the aggro?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-06. Dicapai pada 2021-08-15.
- ^ http://www.independent.ie/opinion/analysis/tell-me-why-they-dont-like-geldof-90194.html
- ^ Where are the women?
Pautan Luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anugerah NME |