Asbestos
Asbestos ialah sebarang kumpulan serat mineral bak benang yang lembut. Asbestos mempunyai banyak sifat yang menjadikannya berharga dari segi komersial seperti ketahanannya dengan api, haba, elektrik dan bahan kimia.
Asbestos | |
---|---|
Asbestos tremolit berserat pada muskovit |
|
Maklumat am | |
Kategori | Mineral |
Formula kimia | Mg3Si2O5(OH)4 |
Pengecaman | |
Berat molekul | 277.11 gm |
Warna | Hijau, Merah, Kuning, Putih, Biru |
Tabii hablur | Amorfus, Bergranul, Masif |
Sistem hablur | Ortorombus |
Fraktur | Berserat |
Kekerasan skala Mohs | 2.5 - 3 |
Kilau | Sutera |
Sifat-sifat optik | Dwipaksi |
Dwibiasan | 0.008 |
Penyebaran | Agak lemah |
Pendarfluor ultraunggu | Tanpa pendarfluor |
Guris | Putih |
Risiko kesihatan
suntingAsbestos boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika banyak dihidu. Ia dianggap tidak menimbulkan bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh. Asbestos menjadi berbahaya hanya apabila ia berkecai dan membebaskan seratnya yang halus ke udara. Asbestos yang kering dan mudah berkecai dengan sedikit sahaja tekanan dikatakan mudah hancur. Penyakit ini biasa terjadi di kalangan orang yang bekerja menangani asbestos dan juga ahli keluarganya. Penyakit ini juga boleh dihidap apabila menghirup atau mengambil bahan yang tercemar dengan asbestos seperti air yang mengalir dari paip air konkrit yang mempunyai asbestos. Asbestos sedemikian dikaitkan dengan penyakit yang berikut: [1][2]
- Asbestosis
- Mesotelioma
- Kanser paru-paru
Rujukan
sunting- ^ "Asbestos and Cancer Risk". American Cancer Society. 15 September 2016.
- ^ "Asbestos and health risks". NSW Government. 21 Disember 2007.