Atari 5200 (dikenali juga dengan nama Atari 5200 SuperSystem) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Atari Inc. pada tahun 1982. Konsol ini dikeluarkan dengan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding dengan konsol Atari 2600[1]. Selepas pelancaran konsol ini, ianya banyak bersaing dengan konsol ColecoVision dan Intellivision[2][3].

Atari 5200
PengilangAtari
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kedua
Ketersediaan runcitAmerika Syarikat November 1982
MediaKatrij ROM
CPUMOS 6502C berkelajuan 1.79 MHz
Input pengawalAlat pengawal kayu ria, penjejak bebola

Alat pengawal konsol Atari 5200 mempunyai pengawal kayu ria, beberapa butang nombor serta butang Start, Pause dan Reset[4]. Pengawal kayu ria yang terdapat pada konsol ini memberi gerakan 360 darjah berbanding dengan pengawal kayu ria pada konsol Atari 2600 yang memberi gerakan 8 arah sahaja.


Spesifikasi

sunting

Konsol Atari 5200 direka berdasarkan kepada spesifikasi komputer yang dikeluarkan oleh Atari iaitu model 400 dan 800, namun begitu perisian dan bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam konsol ini sedikit berbeza[5]. Konsol ini juga direka untuk memberikan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding dengan konsol Atari 2600.

Sistem teras
Cip mikropemproses MOS 6502C berkelajuan 1.79 MHz
RAM 16 KB
RAM video Tiada
Grafik dan suara
Palet warna 256 warna
Resolusi skrin 320px x 192px
Saluran audio 4 saluran


Rujukan

sunting
  1. ^ Watcher, Dark. "Atari 5200 SuperSystem". Videogameconsolelibrary.com. Dicapai pada 14 Oktober 2015.
  2. ^ "The Video Game Critic's Console Reviews Atari 5200 (1982-1984)". Videogamecritic.com. Dicapai pada 14 Oktober 2015.
  3. ^ Ledford, Jon (2 Oktober 2015). "The Greatest Generation: The Nintendo Entertainment System Turns 30". Arcade Sushi. Dicapai pada 15 Oktober 2015.
  4. ^ "Atari 5200 is number 23". IGN. 3 Disember 2010. Dicapai pada 15 Oktober 2015.
  5. ^ Buchholz, Claus. "TRANSPORTING ATARI COMPUTER PROGRAMS TO THE ATARI 5200". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-02. Dicapai pada 15 Oktober 2015.


  NODES
os 3