Bahasa Cina Kuno (atau bahasa Cina Lama, Cina Ringkas: 上古汉语; Cina Tradisional: 上古漢語; pinyin: shànggǔ hànyǔ) merupakan bahasa Cina yang ditutur sejak Dinasti Shang (Zaman Gangsa China, berakhir abad ke-11 SM), sehingga Dinasti Han Awal (206 SM hingga 9 M). Istilah ini, di samping Bahasa Cina Pertengahan dan Bahasa Cina Moden, sering dipakai dalam bidang kaji selidik fonologi Cina bersejarah, yang bertujuan membina semula sistem sebutan bahasa Cina lama.

Bahasa Cina Kuno
上古漢語
Asli kepadaChina
KawasanChina Purba
PupusBerevolusi menjadi Bahasa Cina Pertengahan
Sino-Tibetan
Tulisan Tulang Nujum, Tulisan Mohor, Tulisan Gangsa, Tulisan Kerani, Kaishu, Tulisan Separa Kursif, Tulisan Rumput
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Dinasti Shang, Dinasti Zhou, Zaman Negeri-negeri Berperang, Dinasti Qin, Dinasti Han
Dikawal selia olehKerajaan Dinasti Zhou[1]
Kod bahasa
ISO 639-3
Aksara tulisan mohor untuk "orang" dan "menuai" (kini "tahun"). Sebutan hipotesis bagi setiap aksara ini boleh menjelaskan adanya keserupaan. Perhatikan konsonan berfaringal.

Oleh sebab bahasa Cina lama adalah bahasa yang ditutur oleh masyarakat Cina ketika karya-karya klasik seperti Lun Yu (Bunga Rampai Kongzi), Kitab Mengzi dan Tao Te Ching dikarang, serta mengambil peranan sebagai bahasa rasmi empayar Dinasti Qin dan Dinasti Han, maka bahasa Cina lama diabadikan selama dua ribu tahun seterusnya dalam bentuk Bahasa Cina Klasik, iaitu gaya penulisan bahasa Cina yang mencontohi nahu dan kosa kata Bahasa Cina Lama seperti yang dipaparkan dalam karya-karya tersebut. Ketika itu, Bahasa Cina Klasik merupakan bahasa yang lazim digunakan untuk urusan rasmi di China, Korea, Jepun, dan Vietnam. Walau bagaimanapun, besar bezanya yang dilihat antara penulisan Cina Klasik dari zaman purba dan penulisan Cina Klasik dari pada zaman-zaman selanjutnya, lebih-lebih lagi yang ditemui di luar China, yang pasti sukar difahami sesiapa dari zaman Confucius.

Sebutan

sunting

Oleh sebab tulisan Cina ditulis dalam aksara logogram, bukannya berbentuk huruf, maka bukan senang untuk menjejak perubahan bunyi bahasa Cina sepanjang zaman. Percubaan membina semula bahasa Cina lama sering bermula dari membina semula sebutan Bahasa Cina Pertengahan terlebih dahulu melalui penggunaan kamus rima dan jadual rima dari zaman-zaman dinasti Sui, Tang, dan Song.

Bahasa Cina lama tiada jadual rimanya, maka para pengkaji terpaksa bergantung pada bukti tidak langsung untuk membina semula bahasa Cina lama, misalnya catatan berima pra-dinasti Qin, terutamanya Shi Jing, serta kenyataan bahawa aksara yang berkongsi komponen fonetik yang sama adalah kata sebunyi atau hampir sebunyi ketika direka awal-awal lagi. Pembinaan semula bahasa Cina Lama dimulakan apabila Gu Yanwu dari Dinasti Qing membahagikan bunyi-bunyi bahasa Cina lama kepada sepuluh kumpulan rima. Para ilmuwan dinasi Qing mengikut jejak Gu, dengan memperhalusi pembahagian tersebut. Ahli sinologi Sweden Bernhard Karlgren menjadi orang pertama yang membina semula bahasa Cina lama dalam abjad Rumi (bukan IPA).

E. G. Pulleybank telah membentuk gambaran yang agak lengkap mengenai struktur fonologi dan morfologi bahasa Cina lama. Nilai-nilai fonetik yang dibina semula untuk bunyi akhiran bahasa Cina lama berasaskan kaedah pembezaan yang tertera dalam kumpulan rima Shi Jing, maka menampakkan tarikhnya kira-kira abad ke-6 SM. Pembinaan semula bunyi awalan pula berlandaskan ekstrapolasi dari konsonan-konsonan yang dibina semula untuk bunyi akhiran serta hipotesis Pulleybank bahawa 22 lambang yang dikenali sebagai Batang Samawi dan Dahan Duniawi (ganzhi) menggambarkan inventori konsonan yang lengkap tanpa berulang dalam bahasa terbabit. Nilai-nilai fonetik ganzhi boleh dijejak kepada catatan zaman Shang seawal-awalnya sekitar tahun 1200 SM.

Macam-macam pertikaian yang timbul mengenai fonologi bahasa Cina lama. Kini, adalah diakui bahawa bahasa Cina lama ini mempunyai gugus konsonan seperti *kl- dan gl- yang tiada dalam mana-mana loghat Cina zaman sekarang. Walau bagaimanapun, perihal-perihal berikut masih dibahaskan, sama ada:

Tulisan

sunting

Penulisan bahasa Cina terawal dikenal pasti dari catatan tulang nujum dan gangsa zaman Shang yang ditemui di Anyang, namun adanya bukti bahawa aksara-aksara Cina juga ditulis pada buluh atau jaluran kayu. Tulisan Cina mungkin dicipta tidak lebih awal dari 1200 SM, serta serupa perkembangannya dengan hieroglif Mesir dan kuneiform Mesopotamia.

Perbendaharaan kata

sunting

Mula-mulanya dianggap bahawa bahasa Cina ialah bahasa analitik tanpa fleksi. Namun begitu, semenjak terhasilnya usaha peloporan Henri Maspero,[3] para ilmuwan semakin mendalami morfologi bahasa Cina lama ini. Sagart (1999) provides a summary of these efforts, and a word-list based on his work is available at the Austronesian Basic Vocabulary Database [1].

Tatabahasa

sunting
Peringatan: Sebutan diberi dalam pinyin bahasa Mandarin moden.

Tatabahasa Cina lama tidak seiras dengan tatabahasa Cina klasik, sebaliknya tidak kurang perbezaannya seperti ciri-ciri bahasa Cina klasik yang tiada dalam bahasa Cina lama. Misalnya, perkataan (qí) ialah kata ganti nama ketiga ("ia") dalam bahasa Cina, tetapi lain pula dalam bahasa Cina lama yang mana peranan aksara tersebut adalah kata sifat milik orang ketiga ("-nya").

Kopula tidak wujud dalam bahasa Cina lama. Perkataan (shì) yang merupakan kopula dalam bahasa Cina Pertengahan dan Moden merupakan kata ganti penunjuk dekat dalam bahasa Cina lama ("ini", bersamaan dengan (zhè) dalam bahasa Cina).

Rujukan

sunting
  1. ^ Fāngyán suntingan Yang Xiong
  2. ^ Jerry Norman (1994). "Pharyngealization in Early Chinese". Journal of the American Oriental Society Vol.114, No.3, pp. 397-408. Available through JSTOR.
  3. ^ Henri Maspero (1930). "Préfixes et dérivation en chinois archaïque". Mémoires de la Société de Linguistique de Paris 23:5.313-27.

Pautan luar

sunting
  NODES
mac 3
os 1
web 1