Bahasa Malagasi adalah bahasa dituturkan dalam kalangan orang Malagasi yang menduduki pulau Madagaskar di bahagian tenggara benua Afrika. Ia merupakan turunan cabang timur bahasa Barito yang datang dari cabang Melayu-Polinesia rumpun Austronesia,[1] ia merupakan cabang paling barat dalam bahasa-bahasa Austronesia yang dituturkan.

Bahasa Malagasi
malagasy
Asli kepadaMadagaskar, Comoros, Réunion, Mayotte
Penutur bahasa
17 juta
Huruf Rumi
Kod bahasa
ISO 639-1mg
ISO 639-2mlg
ISO 639-3mlg – kod inklusif
Kod individu:
xmv – Antankarana
bhr – Bara
buc – Bushi
msh – Masikoro
bmm – Northern Betsimisaraka
plt – Plateau Malagasy
skg – Sakalava
bzc – Southern Betsimisaraka
tdx – Tandroy-Mafahaly
txy – Tanosy
tkg – Tesaka
xmw – Tsimihety
Glottologmala1537
Linguasphere31-LDA-a

Sejarah

sunting

Bahasa Malagasi merupakan satu bahasa yang ada kaitan rapat dengan bahasa Melayu-Polinesia yang merupakan cabang keluarga bahasa Austronesia. Bahasa ini mula dikatakan ada hubungan dengan Melayu-Polinesia sejak kurun ke-18. Namun, agak jarang bahasa ini dikait dengan bahasa Afrika. Bahasa ini berkait dengan bahasa-bahasa di Malaysia, Filipina, Indonesia moden dan lebih rapat dengan Barito Timur yang ditutur di pulau Borneo.

Bahasa Malagasi berasal dari bahasa Barito Tenggara, lebih 90% sebutan bahasa ini terutamanya berkaitan dengan bahasa Maanyan, iaitu bahasa dari kawasan Sungai Barito di Kalimantan Tengah. Induk bahasa ini mendapat pengaruh langsung bahasa-bahasa Melayu dan Jawa[2] [3] unsur Melayu terutamanya dapat diperhatikan melalui kesan unsur pinjaman bahasa Arab dalam beberapa kosa kata Malagasi melalui pengantaraan bahasa Melayu itu sendiri mahupun pengungkapan kata menggagaskan benda yang sudah lama wujud dalam dua-dua ketamadunan ini.[4] Perkara ini seiring sejarah mengenai perpindahan orang Ma'anyan dibawa sebagai buruh dan hamba oleh orang-orang Melayu dan Jawa dalam armada perdagangan mereka yang sampai di Madagaskar sekitar tahun 50-500 Masihi.[5][6][7] Kemudiannya, pendatang Indonesia bercampur-gaul dengan penduduk dari Afrika Timur dan tanah Arab.

Perkamusan

sunting

Frederick de Houtman mengarang sebuah kamus gandingan bahasa Malagasi-Belanda-Melayu pada tahun 1603.[8]

Pada tahun 2019, sebuah buku dwibahasa Malagasi-Melayu bertajuk Buku Asas Perbualan Malagasy-Melayu ditulis Ny Aina Merryl Raharinarivonirina dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Grup Penjejak Tamadun Dunia mula diterbitkan; buku tersebut diperkenalkan semasa program Diskusi Dari Madagaskar ke Malaysia di Perpustakaan Pengajian Melayu Universiti Malaya pada 10 Julai tahun itu.[9]

Perbandingan dengan bahasa serumpun

sunting

Suku kata terbuka yakni yang berhujung bunyi vokal merupakan ciri utama bahasa ini yang menonjol berbanding bahasa-bahasa turunan Austronesia lain:[10]

Bahasa Melayu Bahasa Banjar Bahasa Malagasi
kulit kulit huditsa
tahun tahun taona
bulan bulan volana
tanduk tanduk tàndroka
tarik tarik tàrika (= membawa)
perak pirak firaka

Secara umumnya juga, bunyi fonem konsonan bahasa ini boleh saling berpadanan menunjukkan perbezaan dengan bunyi yang ada pada bahasa-bahasa Nusantara:[11]

  • bunyi /h/ dihilangkan
  • bunyi sengauan seperti /ŋ/ diringkaskan kepada -/na/
  • bunyi /t/ menjadi /ʈʳ/ (diwakili tr)
  • bunyi /d͡ʒ/ beralih kepada /dz/
  • bunyi /p/ beralih kepada /f/ kecuali selepas bunyi sengauan (misalnya pusa "kucing" kepada fosa)

Penyimpangan sebutan antara bahasa Malagasi dengan bahasa-bahasa serumpun yang asal di kepulauan Melayu dapat ditunjukkan dalam pengiraan angka seperti berikut:

Bahasa dibandingkan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 n00 n,000
Bahasa Proto-Austronesia, s. 4000 SM *isa *DuSa *telu *Sepat *lima *enem *pitu *walu *Siwa *puluq *ɣatus
Bahasa Malagasi iray/isa roa telo efatra dimy enina fito valo sivy folo zato arivo
Bahasa Maanyan isa rueh telo epat dime enem pitu balu su'ey sapulu jatuh saribu
Bahasa Melayu satu dua tiga[nota 1] empat lima enam tujuh (de)lapan sembilan sepuluh seratus seribu

Sistem tulisan

sunting

Sebelum kedatangan orang Barat ke Madagaskar, tulisan Sorabe berasaskan abjad Arab digunakan dalam kalangan yang celik huruf masyarakat pulau tersebut dari seawal abad ke-15. Manuskrip tertua dalam tulisan ini adalah suatu kamus kecil dwibahasa Malagasi-Belanda bertarikh 1908 oleh Gabriel Ferrand.[12] Kamus pertama bahasa ini turut dikembangkan pada ketika ini oleh pembesar jajahan Perancis, Étienne de Flacourt.[13]

Tulisan Rumi dipilih Raja Radama I pada tahun 1823 sebagai sistem penulisan rasmi kerajaan baginda dikembangkan seorang mubaligh Kristian dari Wales, David Jones.

Perbendeharaan kata contoh

sunting

Contoh berikut datang dialek Merina dituturkan di ibu kota Madagaskar dan dataran tinggi tengah didiami oleh suku Merina serta asas kepada bahasa Malagasi baku difahami seluruh pulau ini.[14][15]

Bahasa Melayu Bahasa Malagasi Notasi IPA
Bahasa Inggeris Anglisy ãŋɡliʂ
Ya Eny ˈʲenj
Tidak Tsia, Tsy[16] tsi, tsʲ
Halo! dan Apa kabarmu? Manao ahoana! manaˈʷonə̥, manaˈonə̥
Halo! (wilayah pedesaan) Salama! saˈlamə̥
Saya baik, terima kasih. Tsara fa misaotra. ˈtsarə̥ fa mʲˈsoːtʂə̥
Selamat tinggal! Veloma! veˈlumə̥
Silakan Azafady azaˈfadʲ
Terima kasih Misaotra mʲˈsoːtʂa
Terima kasih kembali Tsisy fisaorana. tsʲ ˈmisʲ fʲˈsoːranə̥
Tumpang lalu Azafady (dengan lengan dan tangan menunjuk ke tanah) azaˈfadʲ
Maaf Miala tsiny mjala ˈtsinʲ
Siapa? Iza? ˈiːza, ˈiza
Apa? Inona? inːa
Bila? Rahoviana? roᶷˈvinə̥, rawˈvinə̥
Di mana? Aiza? ajzə̥
Mengapa? Fa maninona? fa maninːə̥
Bagaimana/Macam mana? Ahoana? aˈʷonə̥
Berapa? Firy? ˈfirʲ
Berapa banyak? Ohatrinona? ʷoˈtʂinːə̥
Siapa nama kamu? Iza ny anaranao? iza njanaraˈnaw
Untuk Ho an'ny, atau ho an'i wanːi
Kerana/Sebab Satria saˈtʂi
Saya tidak faham/mengerti. Tsy mazava, atau tsy azoko. tsʲ mazavə̥
Ya, saya faham/mengerti. Eny, mazava (atau azoko). ʲenʲ mazavə̥
Tolong! Vonjeo! vunˈdzew
Dapatkah kamun membantu saya? Afaka manampy ahy ve ianao azafady? afaka manapʲ a ve enaw azafadʲ
Di mana tandas/bilik air? Aiza ny efitrano fivoahana? (Aiza ny W.C.?) ajza njefitʂanʷ fiˈvwaːnə̥
Boleh kamu berbahasa Melayu? Miteny fiteny malay ve ianao? miˈtenʲ maˈlaʲ ve eˈnaw
Saya tidak boleh berbahasa Malagasi. Tsy mahay teny malagasy aho. tsʲ maaj tenʲ malaˈɡasʲ a
Saya tak boleh berbahasa Perancis. Tsy mahay teny frantsay aho. tsʲ maaj tenʲ frantsaj a
Saya haus. Mangetaheta aho. maŋɡetaˈeta
Saya lapar. Noana aho. noːna
Saya lelah. Vizaka aho. / Reraka aho. ˈvizaka / ˈrerakau
Saya harus buang air kecil. Poritra aho. purtʂa
Saya ingin pergi ke Antsirabe. Tiako handeha any Antsirabe. tiku ande anjantsirabe
Itu mahal! Lafo be izany! lafʷˈbe zanʲ
Saya lapar. Noana vary aho. noːna varja
Apa yang boleh saya tolong kamu? Inona no azoko atao ho anao? inːa ɲazʷkwataʷ wanaw
Saya suka... Tiako... tikʷ
Aku cinta kamu. Tiako ianao. tikwenaʷ
  1. ^ telu dalam bahasa lama

Rujukan

sunting
  1. ^ "Malagasy". Ethnologue.
  2. ^ Otto Chr. Dahl, Malgache et Maanjan: une comparaison linguistique, Egede-Instituttet Avhandlinger, no. 3 (Oslo: Egede-Instituttet, 1951), p. 13.
  3. ^ There are also some Sulawesi loanwords, which Adelaar attributes to contact prior to the migration to Madagascar: See K. Alexander Adelaar, “The Indonesian Migrations to Madagascar: Making Sense of the Multidisciplinary Evidence”, in Truman Simanjuntak, Ingrid Harriet Eileen Pojoh and Muhammad Hisyam (eds.), Austronesian Diaspora and the Ethnogeneses of People in Indonesian Archipelago, (Jakarta: Indonesian Institute of Sciences, 2006), pp. 8–9.
  4. ^ Adelaar, K. A. (1989). "Malay Influence on Malagasy: Linguistic and Culture-Historical Implications". Oceanic Linguistics. 28 (1): 1–46. doi:10.2307/3622973. ISSN 0029-8115.
  5. ^ Dewar, Robert E.; Wright, Henry T. (1993). "The culture history of Madagascar". Journal of World Prehistory. 7 (4): 417–466. doi:10.1007/bf00997802. hdl:2027.42/45256.
  6. ^ Burney DA, Burney LP, Godfrey LR, Jungers WL, Goodman SM, Wright HT, Jull AJ (August 2004). "A chronology for late prehistoric Madagascar". Journal of Human Evolution. 47 (1–2): 25–63. doi:10.1016/j.jhevol.2004.05.005. PMID 15288523.
  7. ^ Kumar, Ann (2012). 'Dominion Over Palm and Pine: Early Indonesia’s Maritime Reach', di Geoff Wade (ed.), Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies), 101–122.
  8. ^ Linehan, W. (Mar 1949). "The Earliest Word-lists and Dictionaries of the Malay Language". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 22 (1 (147)): 183–187.
  9. ^ Iskandar Shah Mohamed (10 Julai 2019). "Dari Madagaskar ke Malaysia". Harian Metro.
  10. ^ Keraf, Gorys (1984). Linguistik bandingan historis. Gramedia. m/s. 47–48, 81.
  11. ^ Markhamah; Sabardila, Atika; Haryanti, Dwi. Teori Linguistik: Beberapa Aliran Linguistik. Muhammadiyah University Press. m/s. 71. ISBN 978-602-361-149-2.
  12. ^ Ferrand, Gabriel (1908). "Un vocabulaire malgache-hollandais." Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde van Nederlandsch Indië 61.673-677. The manuscript is now in the Arabico-Malagasy collection of the Bibliothèque nationale de France.
  13. ^ Flacourt, Étienne de (1658). Dictionnaire de la langue de Madagascar. Paris.
  14. ^ [1] Diarkibkan 2014-07-08 di Wayback Machine Winterton, Matthew et al. (2011). Malagasy–English, English–Malagasy Dictionary / Diksionera Malagasy–Anglisy, Anglisy–Malagasy. Lulu Press.
  15. ^ Rasoloson, Janie (2001). Malagasy–English / English–Malagasy: Dictionary and Phrasebook. Hippocrene Books.
  16. ^ sebelum kata kerja
  NODES