Bahasa Melayu-Polinesia Purba

Bahasa Melayu-Polinesia Purba merupakan bahasa rekonstruksi bahasa leluhur kepada cabang bahasa Melayu-Polinesia yakni cabang terbesar (berdasarkan bilangan penutur semasa) dalam keluarga bahasa Austronesia. Bahasa yang direkonstruksi ini merupakan bahasa moyang kepada semua bahasa Austronesia yang dituturkan luar Pulau Taiwan selain bahasa Yami di tenggara Pulau Tao. Rekonstruksi sistematik bahasa Austronesia Purba ("Uraustronesisch") yang pertama dilakukan oleh Otto Dempwolff berdasarkan bukti daripada bahasa-bahasa di luar Taiwan sekaligus menjadi asas kepada rekonstruksi pertama bahasa purba tersebut yang kemudiannya diklasifikasikan semula sebagai bahasa Melayu-Polinesia Purba.[1]

Bahasa Melayu-Polinesia Purba
PMP
Rekonstruksi Subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia
RantauSelat Luzon?
Rekonstruksi turutan

Fonologi

sunting

Bunyi-bunyi konsonan

sunting

Bunyi-bunyi konsonan berikut dapat direkonstruksi untuk bahasa Melayu-Polinesia Purba (Blust 2009):[2]

Dwibibir Gusi Lelangit keras Gelungan Velar dipalatalkan Velar Uvular Glotal
Obstruen tak bersuara *hlm *t *c /c͡ç/ *k *q
Obstruen bersuara *b *d *z /ɟ͡ʝ/ *D /ɖ/ *j /ɡʲ/ *g
Sengauan *m *n *ñ /ɲ/
Geseran *s *h
Sisian *l
Tamparan atau getaran *r *R /ʀ/
Hampiran *w *y /j/

Nilai fonetik bunyi yang dibina semula *p, *b, *w, *m, *t, *d, *n, *s, *l, *r, *k, *g, *ŋ, *q, * h adalah seperti yang ditunjukkan oleh ejaan. Simbol *ñ, *y, *z, *D, *j, *R ialah konvensyen ortografik yang pertama kali diperkenalkan oleh Dyen (1947).[3] Nilai fonetik yang diandaikan diberikan pada jadual tersebut.

Sistem konsonan ini agak serupa dengan sistem bahasa leluhur Austronesia Purba (PAN), tetapi dicirikan oleh tiga penggabungan:

  • PAN *t/*C > PMP *t
  • PAN *l/*N > PMP *l
  • PAN *h/*S > PMP *h

Bunyi-bunyi vokal

sunting

Tiada perbezaan dengan bunyi-bunyi vokal Austronesia Purba iaitu *a, *i, *u, *e (/ə/) dan diftong akhir *ay, *aw, *uy, *iw kekal tidak berubah. [2]

Pandangan alternatif

sunting

Dalam kajian beberapa tahun ini, Roger Blench (2016)[4] mempersoal mengenai kewujudan kesatuan pada bahasa Melayu-Polynesia Purba. Sebaliknya, perluasan Melayu-Polinesia merentasi Selat Luzon adalah terdiri daripada penghijrah yang berbilang etnik menetap dengan pantas di pelbagai tempat di kawasan maritim Asia Tenggara, seperti yang dicadangkan oleh bukti arkeologi dan linguistik. Terdapat juga penghijrahan Melayu-Polinesia ke Hainan; Blench (2016) menyatakan bahawa kedua-dua orang Hlai dan Austronesia menggunakan akik sandar yang diikat pada kaki.

Leksikon

sunting

Berikut merupakan nama-nama haiwan dan tumbuhan terpilih dalam bahasa Melayu-Polinesia Purba daripada Kamus Perbandingan Austronesia (Austronesian Comparative Dictionary);[5] perkataan yang dicondongkan pada lajur ketiga diketahui menurun langsung dari akar ini.

Nama haiwan

sunting
Nama-nama ikan
No. Tahap rekonstruksi Nama umum dalam bahasa Melayu Nama saintifik Rekonstruksi bahasa Melayu-Polinesia Purba
710 PMP sejenis burung merpati Ducula spp.? *baluj
2201 PMP sejenis ikan pelagik Scomberoides sp. *daRi
9215 PMP sejenis ikan delah Caesionidae sp. *sulig
8519 PMP keluarga ikan kerapu Epinephelus spp. *kuRapu
4366 PMP sejenis ikan Trachiurops crumenophthalmus *qatulay
251 PMP sejenis tumbuhan, pohon kemudu Pisonia umbellifera *añuliŋ
1532 PMP ikan bulan Megalops cyprinoides *bulan-bulan₁
1636 PMP ikan bonang Platax spp. *buna
1635 PMP Platax spp. *bunaR
4379 PMP sejenis ikan belanak Neomyxus chaptalli *qawas
4380 PMP ikan jangas Chanos chanos *qawa₁
4378 PMP Chanos chanos *qawan
2095 PMP sejenis ikan Mullidae *tiqaw₂
9513 PMP sejenis ikan Aprion virescens *qutun
3187 PMP ikan kertang Epinephelus spp. *keRteŋ
9509 PMP ikan layar-layar Istiophorus spp. *saku₂
5519 PMP ikan buntal Diodon sp. *taRutuŋ
9141 PMP ikan tenggiri Scomberomorini spp. *taŋiRi
5516 PMP sejenis ikan Holocentrus spp. *taRaqan
3168 PMP ikan kemi Echeneis naucrates *kemi
2492 PMP ikan gedemi Echeneis naucrates *gemi
11354 PMP sejenis ikan dingkis Acanthurus spp. *qapaliR
11354 PMP sejenis ikan dingkis Acanthurus spp. *qapaliR
10662 PMP sejenis ikan dingkis Acanthurus unicornis *taRaq₂
4703 PMP sejenis ikan debam Naso spp. *qumi
4699 PMP sejenis ikan debam Naso spp. *qumay
Nama haiwan lain
No. Tahap rekonstruksi Nama umum dalam bahasa Melayu Nama saintifik Rekonstruksi bahasa Melayu-Polinesia Purba
7001 PMP penyu hijau (diluas makna kepada penyu seumumnya) Chelonia mydas *peñu
9539 PMP burung pekaka Halcyon spp. *sikek
6845 PAN, PMP, PWMP beruk batu Formosa (berubah makna kepada lutung) Macaca cyclopis *luCuŋ
3809 PMP kelawar buah, keluang Pteropus spp. *paniki
9052 PMP musang Viverridae *musaŋ
7811 PMP kima gergasi Tridacna gigas *kima
4842 PMP kerang rangak Lambis lambis *Raŋa
8637 PMP Lambis lambis *Raŋak
8638 PMP Lambis lambis *RaŋaR
4390 PMP ketam kelapa Birgus latro *qayuyu
4224 PMP sejenis lebah madu kecil Apis indica *qani-Ruan
4283 PMP sejenis lebah madu kecil Apis indica *qari-ñuan
6861 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP pacat Haemadipsa spp. *-matek
6864 PMP pacat Haemadipsa spp. *qala-matek
1726 PMP kurap Tinea imbricata *buqeni
3800 PMP panau Tinea flava atau Pityriasis *panaw₁

Nama tumbuhan

sunting
Nama tumbuhan terpilih
No. Tahap rekonstruksi Nama umum dalam bahasa Melayu Nama saintifik Rekonstruksi bahasa Melayu-Polinesia Purba
8724 PMP jelai Coix lachryma-jobi *zelay
4343 PMP serunai laut Wedelia biflora *qatay qatay₁
11282 PMP paku acu Cycas rumphii *patuRu
3686 PMP sejenis reribu Lygodium spp. *nituq
7071 PMP sejenis ulan Pueraria hirsuta *bahay
4562 PMP merbau ipil Intsia bijuga, Afzelia bijuga *qipil
484 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP bakung Crinum asiaticum *bakuŋ₁
4206 PMP nibung Oncosperma sp.? *qanibuŋ
8448 PMP mali-mali, memali Leea spp. *mali
3566 PMP Leea spp. *mali-mali
7082 PAN, PMP, PWMP rumput gedabung Phragmites spp. *qaReNu
71 PMP sejenis tumbuhan renek Pipturus argenteus *adamay
11885 PMP kelampung puyuh Solanum nigrum *hameti
4039 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP pulut-pulut, pepulut Urena lobata *puluC
11265 PMP [akar] tuba Derris elliptica *bunat
8455 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP, PEMP, POC *tuba
590 PMP bebaru Thespesia populnea *balu₁
1832 PMP butun, butung, pertun Barringtonia spp. *butun
1275 PMP bintangur Calophyllum inophyllum *bitaquR
301 PMP ru, aru, eru Casuarina equisetifolia *aRuhu
4290 PMP *qaRuhu
10441 PMP ketapang, talisai Terminalia catappa *talisay
5317 PMP jenjuang Cordyline, Dracaena *siRi
717 PMP bebaru, embaru Hibiscus tiliaceus *baRu
12684 PMP teh Ehretia spp. *kanawah
8398 PMP nipah Nipa fruticans *nipaq
10824 PMP perupuk Sterculia foetida *bubuR₃
5189 PMP sepang Caesalpinia spp. *sepaŋ
612 PMP akar banar Smilax spp. *banaR₁
620 PMP Smilax spp. *banaw
2257 PMP sejenis pulai Alstonia scholaris *ditaq
3274 PMP kulur Artocarpus sp. *kulu₁
12727 PMP jitang Bischofia javanica *tuquR₂
2574 PMP nunang, nona burung Cordia dichotoma *hanunaŋ
4243 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP *qaNuNaŋ
3103 PMP petekat Cordia spp. *kanawa
10144 PMP sekendal Cordia spp. *kendal
6886 PMP sejenis kangkatung Cynometra spp. *namut-namut
5661 PMP tui Dolichandrone spathacea *tui₁
2198 PMP sengkuang Dracontomelon edule *daqu₁
2218 PMP dedap Erythrina spp. *dedap
4279 PMP akar tengkuk Ficus spp. *qaRa₁
5384 PMP sokak, songkok Gnetum gnemon *suka₁
4220 PMP sejenis pokok cenerah, cenerai Grewia spp. *qanilaw
8451 PMP gayam Inocarpus spp., boleh jadi Inocarpus edulis *gayam
3097 PMP kemuning Murraya sp. *kamuniŋ
782 PMP mengkal Nauclea sp. *baŋkal
3884 PMP sejenis pohon Ochrosia oppositifolia *pauq
3649 PMP angsana Pterocarpus indica *nara
3648 PMP angsana Pterocarpus indica *naRah
738 PMP bayur Pterospermum sp. *bayuR
3126 PMP sejenis pokok Schleichera trijuga *kasambiʔ
3086 PMP kelumpang jari Sterculia foetida *kalumpaŋ
2239 PMP menarung, narung Trema orientalis *deRuŋ₂
3903 PMP leban, halban Vitex pubescens *pa(m)pa
7098 PMP dedap Erythrina indica *dapdap₁
9114 PMP otak udang Buchanania arborescens? *balunuR
3104 PMP kenanga Cananga odorata *kanaŋa
12774 PMP sejenis pokok alan Shorea albus *bulah
2719 PMP sejenis rotan Flagellaria indica *huaR
11109 PMP kangkatung Cynometra ramiflora *namut
1046 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP, PEMP, POC buluh betung Dendrocalamus sp.? *betuŋ₁
9776 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP sejenis buluh Bambusa spinosa? *kawayan
11263 PMP sirih Piper betle *bu-bulu
8466 PMP sejenis kulat, (terluas makna kepada kulat seumumnya) Polyporus spp. *kulat₂
1146 PMP tabu kayu Crescentia spp. *bila₁
1223 PAN, PMP, PWMP sejenis pokok biras Miscanthus sp. *biRaSu
10249 PAN, PMP, PWMP jarak Ricinus communis *katawa
1582 PMP siput gerus? Cypraea mauritiana *buliq₁
4358 PMP timun Cucumis sativus *qatimun
10768 PMP pimping, riang-riang Themeda gigantea *taŋelaj
1255 PMP palas Licuala rumphii *biRu
7972 PMP taban Palaquium spp. *ñatuq
7996 PMP tarum Indigofera suffruticosa dan Indigofera tinctoria *taRum
7083 PMP kungki Pometia pinnata *tawan
6542 PMP tengar Ceriops spp. *teŋeR
11007 PMP pokok dan buah pauh Mangifera altissima? *pahuq₁
8750 PAN, PMP, PWMP sekoi Setaria italica (?) *zawa₂
1033 PMP Setaria italica *betem
812 PMP Setaria italica *beteŋ₁
7254 PAN, PMP, PWMP kertau, mulberi Morus formosensis *taNiud
11844 PMP lalang baru Imperata cylindrica *mimis₁
1763 PMP ibus Corypha elata *buri₁
3089 PAN, PMP, PWMP buah mentega Diospyros discolor *kamaya
3671 PMP bemban Donax canniformis, digunakan sebagai bahan pembuatan bakul *niniq₁
4614 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP, PEMP, PSHWNG, POC rotan kerai Calamus sp. *quay
7169 PMP jelatang, latang Laportea spp. *la-lateŋ
7167 PMP *lateŋ
7183 PMP *zalateŋ
7185 PMP *zilateŋ
4204 PMP enau Arenga spp. *qanahaw
7953 PMP tebu Saccharum officinarum *tebuh₁
2055 PMP *tebuh₂
2399 PMP lalang Imperata cylindrica *eRiq
10161 PMP lalang Imperata cylindrica *guRun
12663 PMP lalang Imperata cylindrica *keRiq
4900 PAN, PMP, PWMP lalang Imperata cylindrica *Riaq
7486 PMP ubi keladi, talas Colocasia esculenta *tales
9775 PMP buah keras, kemiri Aleurites moluccanus *kamiri
9775 PMP *kamiri
12248 PMP sejenis pokok Millingtonia hortensis *taŋga₂
11262 PMP baru laut Thespesia populnea *banaRu
3066 PMP kekabu Bombax ceiba *kabu-kabu
3263 PMP bayur bukit Schoutenia ovata *kukun
5653 PMP turi Sesbania grandiflora *tudiq
8882 PMP dedap Erythrina indica *depdep
9942 PMP kenari Canarium indicum[a] *kanari
4260 PMP sejenis pokok ara Ficus spp. *qa(m)pelas
3332 PMP ipuh, upas? Antiaris toxicaria? *laji₁
4722 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP nunang, nona Cordia spp. *quNuNaŋ
10888 PMP putat Barringtonia spp. *putat
7652 PMP kunyit Curcuma longa *kunij
1601 PAN, PMP, PWMP, PCEMP, PCMP, PEMP, PSHWNG, POC sejenis buluh halus (terluas makna kepada buluh seumumnya) Schizostachyum spp. *buluq₂
1219 PMP birah air Alocasia spp. *biRaq₁
1219 PMP Alocasia spp. *biRaq₁
4625 PMP ubi kenduduk (terluas makna kepada ubi seumumnya) Dioscorea alata *qubi

Lihat juga

sunting
  1. ^ Pokok ini sebelumnya dipanggil Canarium commune L., and is sometimes still erroneously called this; also conflated with the closely related C. vulgare.[6][7]

Rujukan

sunting
  1. ^ Dempwolff, Otto (1934-37). Vergleichende Lautlehre des austronesischen Wortschatzes. (Beihefte zur Zeitschrift für Eingeborenen-Sprachen 15;17;19). Berlin: Dietrich Reimer. (3 vols.)
  2. ^ a b Blust, Robert (2009). The Austronesian languages. Pacific Linguistics, Research School of Pacific and Asian Studies, The Australian National University. ISBN 978-0-85883-602-0.
  3. ^ Dyen, Isidore. (1951). Proto-Malayo-Polynesian *Z. Language, 27(4), 534-540.
  4. ^ Blench, Roger. 2016. The boiling pot: 4000 years ago in the Luzon straits.
  5. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (April 25, 2020). "Austronesian Comparative Dictionary, web edition". Dicapai pada May 1, 2020.
  6. ^ Kew Science. "Canarium commune L." Plants of the World Online (dalam bahasa Inggeris). Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 27 January 2022.
  7. ^ Kew Science. "Canarium indicum L." Plants of the World Online (dalam bahasa Inggeris). Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 27 January 2022.

Bacaan lanjut

sunting
  • Blust, Robert (1979). "Proto-Western Malayo-Polynesian vocatives". Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde. 135 (2): 205–251. JSTOR 27863237. Accessed: 27 Dec. 2022.
  • Blust, Robert (2017). "The Challenge of Semantic Reconstruction: Proto-Malayo-Polynesian *suku 'Lineage; Quarter'?". Oceanic Linguistics. 56 (1): 247–56. JSTOR 26408531. Accessed 26 Dec. 2022.
  • Blust, Robert (2018). "The Challenge of Semantic Reconstruction 2: Proto-Malayo-Polynesian *kamaliR 'Men's House'". Oceanic Linguistics. 57 (2): 335–358. JSTOR 26779837. Accessed 26 Dec. 2022.
  • Blust, Robert (2021). "The Challenge of Semantic Reconstruction 3: Proto-Malayo-Polynesian *guntiŋ 'scissors'?". Oceanic Linguistics. 61 (1). doi:10.1353/ol.2021.0024.
  • DYEN, ISIDORE (1953). The Proto-Malayo-Polynesian Laryngeals. Linguistic Society of America. doi:10.2307/j.ctt1x76d60. Accessed 27 Dec. 2022.
  • Haudricourt, André-G. (1954). "Origines asiatiques des langues malayo-polynésiennes". Journal de la Société des océanistes (dalam bahasa French). 10: 180–183. doi:10.3406/jso.1954.1831.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Reid, Lawrence. "The Reconstruction of a Dual Pronoun to Proto Malayo-Polynesian". In: Discovering History Through Language. Papers in Honour of Malcolm Ross. edited by Bethwyn Evans. Canberra: Pacific Linguistics, 2009. pp. 461-477.

Pautan luar

sunting

 

  NODES
Chat 1
Done 1
eth 1
orte 2
Story 1