Balai Cerap Diraja, Greenwich

Balai Cerap Diraja, Greenwich (Inggeris: Royal Observatory, Greenwich; dahulu dikenali sebagai Royal Greenwich Observatory atau RGO) merupakan sebuah balai cerap yang terletak berhadapan dengan Sungai Thames di Greenwich, London. Bangunan ini memainkan peranan penting dalam sejarah ilmu falak dan pandu arah serta lebih dikenali sebagai lokasi meridian perdana.

Balai Cerap Diraja, Greenwich dengan bebola masa terletak di atas Bilik Oktagon.

Balai cerap ini dirasmikan oleh Raja Charles II pada tahun 1675 dimana batu asasnya diletakkan pada 10 Ogos.[1] Pada masa itu juga, baginda telah mewujudkan jawatan Ahli Falak Diraja (Astronomer Royal atau kependekannya AR) yang bertindak sebagai pengarah bagi Balai Cerap Diraja. Baginda melantik John Flamsteed sebagai AR yang pertama. Bangunan itu telah siap dibina pada musim panas 1676.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ "The History Channel: This day in history". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2013-02-05.
  2. ^ Robert Chambers, Book of Days

Pautan luar

sunting

Koordinat: 51°28′40.12″N 0°00′00″E / 51.4778111°N 0.00000°E / 51.4778111; 0.00000

  NODES
mac 1
os 3