Bangunan Universiti Merah
Bangunan Universiti Merah | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Bangunan |
Gaya seni bina | late Classicism |
Lokasi | Volodymyrska Street, Kyiv |
Bandar/pekan | Kyiv |
Negara | Ukraine |
Koordinat | 50°26′30.99″N 30°30′40.53″E / 50.4419417°N 30.5112583°EKoordinat: 50°26′30.99″N 30°30′40.53″E / 50.4419417°N 30.5112583°E |
Pembinaan bermula | 1837 |
Disiapkan pada | 1843 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Vincent I. Beretti |
sunting · sunting di Wikidata |
Bangunan Universiti Merah (Bahasa Ukraine: Червоний корпус Київського університету; translit.:Chervonyi Korpus Kyivskoho Universytetu) ialah bangunan utama dan tertua di Universiti Kyiv yang mempunyai 4 tingkat dan terletak di 60 Volodymyrska Street, di Kyiv, ibu negara Ukraine. Bangunan ini adalah simbol terkenal Universiti Kyiv dan simbol kepada sistem pendidikan tinggi di Ukraine.
Sejarah
suntingIa dibina dari tahun 1837 sehingga tahun 1843 dan dibina dalam gaya pembinaan jenis Klasikisme lewat, oleh seorang arkitek yang berasal dari Itali, Vincent I. Beretti yang bekerja untuk Empayar Rusia ketika itu. Bangunan itu membentuk sebuah figura yang besar yang meliputi sebuah halaman dengan panjang fasad sepanjang 145.68 meter (478.0 ka). Dinding bangunan tersebut dicat merah, manakal kepala dan pangkalan tiang dicat dengan warna hitam, sepadan dengan warna jalur pada Order of St. Vladimir (diasaskan pada tahun 1782), kerana Universiti Kyiv pernah menyandang nama ini. Moto kumpulan tersebut, "Manfaat, kehormatan dan kemuliaan" telah pun menjadi moto untuk Universiti Kyiv. Pemandu pelancong tempatan kadangkala menyatakan bahawa Tsar Nicholas II pernah mengarahkan seluruh bangunan utama dicat merah sebagai tindak balas kepada protes kerahan pelajar semasa Perang Dunia pertama untuk mengingatkan pelajar tentang pengorbanan askar Ukraine. Dibina di puncak bukit, bangunan ini telah mempengaruhi reka letak seni bina Kyiv dengan ketara pada abad ke-19.
Bangunan ini juga diberi nama timangan sebagai Kor Merah. Sebuah roket hampri terkena bangunan ini semasa Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022, dan peristiwa tersebut sempat dirakam secara dekat oleh video telefon pintar. [1]
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Bangunan Universiti Merah di Wikimedia Commons