Beluntas

spesies tumbuhan

Beluntas atau beluntas paya (nama botani: Pluchea indica[1]) ialah sejenis tumbuhan berbunga dalam spesies Asteraceae yang terdapat di hutan-hutan Asia Tenggara dan India serta meluas di kawasan Pasifik.[2][3] Ia sering tumbuh di paya air payau atau sekitar pokok-pokok bakau.[2][4]

Beluntas
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. indica
Nama binomial
Pluchea indica
Sinonim

Baccharis indica L. (basionim)

Tumbuhan ini sering dipetik sebagai suatu ulam.

Peristilahan

sunting

Ia dikenali dengan banyak nama setempat termasuklah:[5]

  • baluntas, baruntas (Sunda)
  • luntas (Jawa)
  • baluntas (Madura)
  • lamutasa (Makasar)
  • lenabou (Timor),
  • Luan Yi' (Cina),
  • Phatpai (Vietnam)

Botani

sunting

Beluntas adalah tumbuhan renek yang bercabang banyak sehingga muncul banyak tunas, berusuk halus, dan berbulu lembut separa berbulu halus.[5] Umumnya tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman pagar atau bahkan tumbuh liar, tingginya bisa mencapai 3 meter apabila tidak dipangkas.[6] Daun bertangkai pendek, letaknya berselang-seling, berbentuk bulat telur sunsang, ujung bundar melancip.[5] Tepi daun bergerigi kasar beriak, daun-daun muda berwarna kuning berkilat semasa muda namun menggelap berwarna hijau terang apabila mencapai kematangan.

Bunga-bunganya keluar menjambak di hujung cabang dahan dan ketiak daun, ia berbentuk bonggol, bergagang atau duduk, dan berwarna putih keunguan.[6] Buahnya agak longkah erbentuk gasing berwarna perang dengan bersudut putih,[7] ia mempunyai banyak rerambut halus berfungsi memudahkannya terbesar melayang ditiup angin.[2]

Kegunaan

sunting

Pucuknya dijadikan sebagai ulam dan boleh juga sebagai salah satu ramuan untuk nasi kerabu. Rasanya masam-masam manis dan berangin serta berbau harum.

Sifat tumbuhan ini cepat menjalar menjadikan ia sering kali ditanam sebagai pagar pekarangan.[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ Muhamad Zakaria; Mustafa Ali Mohd. Traditional Malay Medicinal Plants. Institut Terjemahan Negara Malaysia. m/s. 78. ISBN 978-983-068-385-0.
  2. ^ a b c Pluchea indica. Pacific Island Ecosystems at Risk (PIER).
  3. ^ "Pluchea indica". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 21 January 2018.
  4. ^ Pluchea indica. Flora of China.
  5. ^ a b c Dalimartha, S: "Tanaman Obat di Lingkungan Sekitar", halaman 5. Puspa Swara, 2005
  6. ^ a b c S. Sastrapradja; B. P. Naiola; E. R. Rasmadi; Roemantyo; E. K. Soepardjono; E. B. Waluyo (1979). Tanaman Pekarangan. Jakarta: Balai Pustaka. m/s. 67–68.
  7. ^ Beluntas: http://agribisnis.deptan.go.id/web/diperta-ntb/data_base/beluntas.pdf[pautan mati kekal][pautan mati kekal]. Diakses tanggal 1 April 2010.
  NODES
Done 1
jung 2
jung 2