Beri biru
Beri biru (Tulisan Jawi: بيري بيرو) (Vaccinium corymbosum) ialah sejenis tumbuhan berbunga saka dengan beri berwarna nila. Tumbuhan ini dikelaskan dalam bahagian Cyanococcus genus Vaccinium. Vaccinium juga termasuk kranberi, bilberi dan grouseberry.[1]
Beri biru بيري بيرو | |
---|---|
Vaccinium corymbosum, beri biru semak tinggi utara | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Seksyen: | Cyanococcus |
Spesies | |
Lihat teks |
Pokok beri ini bercirikan renek rendah yang boleh mencecah dari setinggi 10 sentimeter (3.9 in) hingga ke 4 meter (13 kaki). Dalam konteks pengeluaran beri biru secara komersil, spesies yang bersaiz kecil dikenali sebagai lowbush blueberry ("beri biru semak rendah" atau " ~ liar"), manakala spesies yang bersaiz lebih besar dikenali sebagai highbush blueberry ("beri biru semak tinggi"). Beri biru yang ditanam secara komersilnya tumbuh asli di Amerika Utara, dengan beri jenis "highbush" belum lagi diperkenalkan ke Eropah sehingga tahun 1930-an.
Daunnya (sama ada ia bersifat luruh atau malar hijau) berbentuk bujur atau seakan pisau, serta berukuran sepanjang 1–8 cm (0.39–3.15 in) dan selebar 0.5–3.5 cm (0.20–1.38 in). Bunganya berbentuk loceng berwarna putih, merah jambu pucat atau merah yang kadangkalanya kehijauan sedikit. Buah yang dihasilkan bercirikan beri dengan diameter antara 5–16 milimeter (0.20–0.63 in), dengan hujungnya berbentuk mahkota. Buah beri ini pada mulanya kehijauan pucat, kemudiannya merah keunguan dan akhirnya ungu gelap apabila masak. Buah ini juga dilitupi lilin epikutikular seakan serbuk apabila disentuh,[2] ia mempunyai rasa manis apabila ia masak dengan rasa kemasaman yang berbeza. Pokok beri ini biasanya berbuah pada pertengahan musim tumbuhnya bergantung kepada persekitarannya seperti kentinggian dan latitud. Oleh itu, musim berbuahnya memuncak dari seawal Mei hingga Ogos di Hemisfera Utara.
Pengeluaran
suntingPengeluaran biru – tahun 2014 | |
---|---|
Negara | (tan) |
Pada tahun 2014, pengeluaran dunia beri biru dunia (kedua-dua jenis lowbush dan highbush) dikira sebanyak 525,620 tan metrik, didahului oleh Amerika Syarikat dengan 50% dari jumlah pengeluaran kesuluruhannya dan Kanada dengan 35%.
Kegunaan
suntingNilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 240 kJ (57 kcal) |
Karbohidrat | 14.49 g |
- Gula | 9.96 g |
- Serabut diet | 2.4 g |
Lemak | 0.33 g |
Protein | 0.74 g |
Vitamin A | 54 IU |
- beta-karotena | 32 μg (0%) |
- lutein dan zeaksantin | 80 μg |
Tiamina (vit. B1) | 0.037 mg (3%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.041 mg (3%) |
Niasin (vit. B3) | 0.418 mg (3%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.124 mg (2%) |
Vitamin B6 | 0.052 mg (4%) |
Folat (vit. B9) | 6 μg (2%) |
Vitamin C | 9.7 mg (12%) |
Vitamin E | 0.57 mg (4%) |
Vitamin K | 19.3 μg (18%) |
Kalsium | 6 mg (1%) |
Besi | 0.28 mg (2%) |
Magnesium | 6 mg (2%) |
Mangan | 0.336 mg (16%) |
Fosforus | 12 mg (2%) |
Kalium | 77 mg (2%) |
Natrium | 1 mg (0%) |
Zink | 0.165 mg (2%) |
Water | 84 g |
Link to USDA Database entry Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Beri biru dijual segar atau diproses dalam bentuk beku, puri, jus, kering atau dipekatkan. Beri yang diproses ini mungkin akan digunakan dalam pelbagai produk seperti jem, puri, pai, mufin, makanan ringan, atau sebagai tambahan kepada bijirin sarapan.
Nutrisi
suntingBeri biru terdiri dari 14% karbohidrat, 0.7% protein, 0.3% lemak dan 84% air (meja). Ia hanya mengandungi jumlah mikronutrien yang diabaikan, dengan zat galian seperti mangan, vitamin C, Vitamin K dan serat (meja) yang penting pada tahap sederhana.[4] Umumnya, kandungan nutrien beri biru mempunyai peratusan zat harian (meja) yang rendah. Satu hidangan menyediakan agak rendah nilai kalori yang agak rendah sebanyak 57 kcal per 100 g hidangan dan muatan glisemik bernilai 6 daripada 100 sehari.
Rujukan
sunting- ^ Litz, Richard E (2005). Google Books -- Biotechnology of fruit and nut crops By Richard E. Litz. ISBN 9780851996622.
- ^ "Blueberry Information". Jerseyfruit.com. Dicapai pada 6 November 2013.
- ^ "Crops/Regions/World list/Production Quantity (pick lists), Blueberries, 2014". UN Food and Agriculture Organization, Corporate Statistical Database (FAOSTAT). 2017. Dicapai pada 14 Ogos 2017.
- ^ "In-depth nutrition information on raw blueberries, per 100 g, USDA Nutrient Database, Standard Reference version SR-21". Nutritiondata.com. Conde Nast. 2014. Dicapai pada 28 November 2014.
Bacaan lanjut
sunting- Retamales, J.B. / Hancock, J.F. (2012). Blueberries (Crop Production Science in Horticulture). CABI. ISBN 978-1-84593-826-0
- Sumner, Judith (2004). American Household Botany: A History of Useful Plants, 1620-1900. Timber Press. m/s. 125. ISBN 0-88192-652-3. Google books link
- Wright, Virginia (2011). The Wild Blueberry Book. Down East Books. ISBN 978-0-89272-939-5