Bintang Marsyal
Bintang Marsyal (Rusia: маршальская звезда ) adalah satu lencana pangkat tambahan yang dipakai oleh para marsyal angkatan tentera Kesatuan Soviet, dan kemudiannya Persekutuan Rusia. Angkatan tentera bekas Soviet Union dan Persekutuan Rusia mempunyai dua insignia tersebut untuk pangkat tentera yang lebih tinggi, kedua-duanya dalam bentuk bintang emas pecah lima dan platinum bertakhta batu berlian. Ia dipakai pada tali leher pakaian istiadat (asalnya dibawah kolar pakaian seragam istiadat, semenjak tahun 1955 pada atas tali leher). Terdapat dua saiz bintang yang berbeza. Secara rasmi namanya telah berubah, bergantung pada jenis pangkat apa yang diterima serta hak untuk memakainya, dan dikenali sebagai bintang marsyal besar dan bintang marsyal kecil.
Bintang marsyal sepadan dengan penggunaan baton marsyal Barat. Pada hari kematian penerima, anugerah tersebut dipulangkan kepada tabung berlian untuk digunakan semula.[1]
Pada tahun 2013, satu insignia baru telah dizahirkan untuk jeneral ketumbukan, laksamana armada, jeneral ketumbukan udara, dan disamping itu, pangkat-pangkat ini sekarang layak menerima bintang marsyal dengan reka bentuk baru—sekarang berbentuk cross.
Para penerima
suntingNama rasmi, saiz dan jumlah batu berlian sepadan dengan pangkat marsyal. Bintang marsyal pada mulanya dikurniakan kepada Marsyal Kesatuan Soviet dan Laksamana Armada Kesatuan Soviet. Dalam masa yang sama, bintang lebih kecil telah dikurniakan kepada "marsyal pasukan cawangan" dan "ketua marsyal pasukan cawangan", laksamana armada dan kemudian jeneral ketumbukan angkatan tentera Soviet.[2]
Bintang marsyal besar
sunting"Bintang marsyal besar" ialah tanda lencana penghormatan bagi pangkat-OF10 seperti berikut:
- Sejak 2 September 1940 kepada Marsyal Kesatuan Soviet
- Sejak 3 Mac 1955 kepada Laksamana Armada Kesatuan Soviet
- Sejak 1993 kepada Marsyal Persekutuan Rusia
Ia berbentuk bintang emas pecah lima dengan pancaran pepenjuru licin di bahagian depan. Bahagian tengah diperbuat dari platinum dengan bintang pecah lima bertakhta batu berlian. Batu berlian di bahagian tengah mempunyai jumlah berat 2.62 karat dan di pancaran terdapat 25 batu berlian seberat 1.25 karat. Antara bucu pancaran terdapat 5 batu berlian seberat 3.06 karat. Diameter bintang emas ialah 44.5 milimeter (1.75 in) dan bintang platinum adalah 23 milimeter (0.91 in) diameter. Bintang tersebut mempunyai ketebalan 8 milimeter (0.31 in).[2]
Bintang marsyal ini mempunyai lelubang bentuk segi tiga di bahagian atas bucu yang disambungkan dengan lelubang bentuk bujur yang berukuran 14 milimeter (0.55 in). Bintang marsyal digantung oleh 25 milimeter (0.98 in) reben moire. Jumlah berat bintang marsyal besar ialah 36.8 gram (1.30 oz). Kira-kira 200 bintang marsyal jenis ini telah dikeluarkan.[2]
Persekutuan Rusia
suntingDidalam angkatan tentera Persekutuan Rusia bintang marsyal – besar adalah tanda lencana penghormatan bagi pangkat-OF10 Marsyal Persekutuan Rusia sehingga 21 Januari 1997.
Bintang marsyal kecil
suntingSoviet Union
sunting"Bintang marsyal kecil" adalah tanda lencana penghormatan bagi pangkat-OF9 seperti berikut:
- Sejak 27 Februari 1943 kepada pangkat Marsyal pasukan cawangan[3]:
- Marsyal artileri, marsyal udara dan marsyal pasukan armor
- Sejak 20 Mac 1944 diikuti oleh pangkat:
- Marsyal pasukan semboyan dan Marsyal pasukan jurutera
- Sejak 5 Jun 1962: Laksamana Armada
- Sejak 1 November 1972: Jeneral Ketumbukan
Tidak ada dekri rasmi yang berkaitan dengan penggunaan "bintang marsyal – kecil" sebagai tanda lencana penghormatan bagi pangkat Ketua Marsyal. Namun, selepas kenaikkan pangkat dari "marsyal pasukan cawangan" ke "ketua marsyal pasukan cawangan" pegawai jeneral yang sesuai terus memakai "bintang marsyal – kecil".
Ia berbentuk bintang emas pecah lima dengan pancaran dihedral licin di bahagian depan. Dibahagian tengah bintang emas terdapat bintang pecah lima yang lebih kecil diperbuat dari platinum. Di tengah-tengah bintang platinum terdapat batu berlian 2.04-karat. Pada pancaran bintang platinum terdapat 25 batu berlian 0.91-karat. Jumlah diameter bintang emas ialah 42 milimeter (1.7 in) dan seberat 35.1 gram (1.24 oz). Ia disambungkan dengan reben moire dencan cara yang sama seperti bintang besar.[2] Kira-kira 370 bintang marsyal kecil telah dikeluarkan.[2]
Persekutuan Rusia
suntingDidalam angkatan tentera Persekutuan Rusia, bintang marsyal – kecil adalah tanda lencana penghormatan bagi pangkat-OF9 Jeneral Ketumbukan dan Laksamana Armada sehingga 21 Januari 1997.
Reben
suntingWarna reben berbeza-beza mengikut pasukan cawangan: warna emas untuk artileri, warna biru muda untuk tentera udara, warna burgundy untuk pasukan armor, warna merah untuk jurutera, warna biru untuk semboyan, dan warna firus untuk tentera laut.[2]
Rujukan
sunting- ^ "Маршальская звезда: история описания и фотографии маршальской звезды (Marshal's star: a description and photographs of the marshal's star)" (dalam bahasa Rusia). Журнал СЕНАТОР (SENATOR journal). Dicapai pada 2011-09-16.
- ^ a b c d e f Кузнецова, Андрея; Пака, Игоря. "Маршальская Звезда (marshal's star)" (dalam bahasa Russian). Ордена и Медали СССР (Orders and Medals of the Soviet Union). Dicapai pada 2011-09-16.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Указ Президиума Верховного Совета СССР «Об учреждении маршальского знака отличия «Маршальская Звезда» маршала артиллерии, маршала авиации, маршала бронетанковых войск» от 27 февраля 1943 года // Ведомости Верховного Совета Союза Советских Социалистических Республик : газета. — 1943. — 6 марта (№ 10 (216)). — С. 1
- Ministry of Defense Military Uniform Regulations, 1988 edition, pp. 99, 101.