Bola keranjang

sukan berpasukan yang dimainkan di gelanggang di mana penghujungnya terdapat keranjang

Bola keranjang (atau bola basket) ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Sara Giauro melakukan lontaran tiga mata, Piala Eropah FIBA peringkat Akhir Wanita 2005.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata. Bola digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya (mengelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola-bola dikawal (penalti).

Permulaan

sunting
 
Gelanggang bola keranjang pertama di Kolej Springfield

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Oleh itu, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.

Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz gelanggang National Basketball Association pada hari ini.

 
Lapangan bola keranjang di Singapura. Terkadang, lapangan tersebut mungkin boleh berubah jadi lapangan futsal.

Perubahan dalam permainan

sunting

Selepas James Naismith mencipta bola keranjang, terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan dalam permainan tersebut. Pada tahun 1893, gegelang besi yang dipasangkan beg jaring digunakan untuk mengantikan bakul. Korda diletakkan bersama jaring supaya bola dapat jatuh ke tanah.

Lihat juga

sunting
  NODES
Association 1