Menurut ajaran rumpun agama Ibrahim, buah khuldi merupakan buah larang yang dipetik dari sebatang pokok larangan lalu dimakan oleh Nabi Adam a.s. dan Hawa atas hasutan Iblis, hingga mereka berdua diusir dari Syurga ke Bumi sebagai hukuman oleh Allah

Tafsiran Islam

sunting

Menurut al-Qur'an, Surah Al-A’raaf ayat 19, Adam dan isterinya Hawa pada asalnya menetap d Syurga di mana mereka boleh memakan apa sahaja yang dibekalkan kecuali buah dari sebatang pokok yang tertentu kerana itu akan menjadikan mereka dalam golongan zalimun.[1] Surah Ibrahim ayat 26 menyifatkan pokok larangan itu sebagai pokok kejahatan yang pantang dipohon tunjuk ajarnya.[2]

Surah Al-A'raf ayat 22 menerangkan bahawa Iblislah yang menghasut mereka dengan perdayaan, kemudan Adam sendiri yang mula memakan buah pokok larangan itu. Setelah merasa buah pokok itu, maka yang terselindung daripada mereka atas kemaluan menjadi nyata kepada mereka, maka mereka menutup diri dengan daun Syurga. Maka Allah menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"(Quran 7:19). Kitab Al-Qur'an mempertanggungjawabkan Nabi Adam dan Siti Hawa kerana memakan buah khuldi larangan itu. Sebagai pembalasan, mereka berdua diusir dari Syurga dan dihantar ke Bumi di mana mereka diampuni setelah bertaubat.

Tafsiran Kristian

sunting

Kisah buah khuldi disuratkan dalam Kitab Kejadian bab 2, yang mana Tuhan memerintahkan sang manusia (Adam), "Semua pohon dalam taman ini boleh kau makan buahnya dengan bebas, tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, janganlah kaumakan buahnya, sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati."[3] Setelah diberi makan buah larangan oleh Hawa atas hasutan seekor ular (yakni Iblis yang menyamar), Tuhan menghukum mereka berdua: "Oleh sebab engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perutmulah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kaumakan seumur hidupmu."[3]

Dalam kebudayaan Eropah Barat, buah ini sering digambarkan sebagai epal, mungkin disebabkan salah faham atau main kata terhadap mălum, sepatah kata nama Latin yang bererti kejahatan (dari kata sifat malus), dan mālum, sepatah lagi kata nama Latin yang diserap dari bahasa Yunani μῆλον dan bererti epal.[4] Menurut Vulgat, Kitab Kejadian 2:17 menyifatkan pokok buah larangan itu sebagai de ligno autem scientiae boni et mali: "dari pokok pengetahuan kebaikan dan kejahatan" (mali ini merupakan bentuk genitif malum).

  1. ^ Quran 7:19: "Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."
  2. ^ Quran 14:26: "Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup."
  3. ^ a b Kejadian 2 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "kejadian" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Was the Forbidden Fruit Really an Apple? – Creation Revolution". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-18. Dicapai pada 2013-02-01.
  NODES