Celt
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Orang-orang Kelt
Orang-orang Kelt (Bahasa Ireland: Ceiltigh, Bahasa Gaelik Scotland: Ceilteach, bahasa Wales: Celtiaid, Breton: Kelted ; bahasa Inggeris: Celts ) merupakan beberapa kumpulan yang berkait di Eropah tengah pada masa silam yang berkongsi kebudayaan dan ciri-ciri bahasa asal. Masa kini, Kelt sering digunakan untuk menggambarkan penduduk beberapa kelompok etnik, termasuk kebudayaan dan bahasanya, di Kepulauan British, daerah Bretagne di Perancis dan daerah Galicia di Sepanyol yang turut berkongsi ciri-ciri serupa Kelt asal. Walau bagaimanapun, pada masa silam, mereka tidak semestinya dianggap berkait dengan Kelt oleh orang luar (puak atau negara dari tanah besar daerah Kelt, seperti Gaul dan Belgium, diketahui berpindah ke kepulauan British, seperti Atrebates, Menapii, dan Parisi, dan menyumbang kepada pembentukan penduduk Celt).
Rujukan bertulis pertama mengenai orang ini sebagai Κελτοί Keltoi (puak tersorok) dicatat oleh Hekataios dari Miletos, seorang sejarawan Yunani menggambarkan sekelompok yang menduduki kawasan terangkum dalam Marseille moden pada 517 SM.[1][2]
Kajian DNA moden (seperti yang dilakukan oleh UCL) menunjukkan bahawa penduduk England kini sebahagian besarnya ialah keturunan Kelt/British kuno, sungguhpun England ketiadaan bahasa Kelt yang terselamat. Keadaan yang sama juga berlaku di Scotland, bahasa Gaelic terbatas kebanyakannya pada pinggir utara dan barat.
Rujukan
sunting- Cunliffe, Barry. The Ancient Celts. Oxford: Oxford University Press, 1997. ISBN 0198150105.
- James, Simon. The Atlantic Celts - Ancient People Or Modern Invention? University of Wisconsin Press: Madison, August 1999. ISBN 0299166740.
- Kruta,V., O. Frey, Barry Raftery and M. Szabo. eds. The Celts. Thames & Hudson: New York, 1991. ISBN 0847821935.
- Laing, Lloyd. The Archaeology of Late Celtic Britain and Ireland c. 400--1200 AD. 1975.
- Powell, T. G. E. The Celts. Thames and Hudson: New York, 1980. third ed. 1997. ISBN 0500272751.
- Ward-perkins, Bryan. "Why Did The Anglo-Saxons Not Become More British?" English Historical Review, June 2000.
- Weale, M. Y Chromosome Evidence For Anglo-Saxon Mass Migration. Society For Molecular Biology And Evolution. 2002
- Article On Study Re Celtic Population Cristian Capelli, David Goldstein and others at University College London. https://web.archive.org/web/20120125165821/http://www.iht.com/cgi-bin/generic.cgi?template=articleprint.tmplh&ArticleId=97790
- ^ Sarunas Milisauskas, European prehistory: a survey. Springer. 2002. m/s. 363. ISBN 978-0-306-47257-2. Dicapai pada 7 June 2010.
- ^ Rankin, H. David (1998). Celts and the Classical World. Routledge. m/s. 1–2. ISBN 978-0-415-15090-3. Dicapai pada 7 June 2010.